Piramid Makanan: Contoh Ulasan Karangan

Contoh karangan Ulasan Piramid Makanan malaysia tentang pemakanan seimbang untuk kesihatan dan gaya hidup sihat

contoh karangan ulasan piramid makanan 2023

Untuk kali ini bagi latih tubi untuk bahasa C kertas Bahasa Melayu, Mypt3 kongsikan kepada anda contoh karangan piramid makanan malaysia yang akan meliputi aspek kepentingan pemakanan seimbang untuk kesihatan dan juga, gaya hidup sihat dan contoh peribahasa yang bersesuaian.

Seperti yang anda tahu untuk bahagian ini, format yang diberikan memerlukan anda untuk memerhatikan contoh carta yang diberikan seperti di bawah.

Selepas itu anda diminta untuk memberikan ulasan dan pendapat bernas anda yang mana panjang ulasan karangan yang diperuntukkan kepada anda adalah antara 80 hingga 100 patah perkataan sahaja.

Tidak boleh lebih daripada. Bermakna ulasan karangan anda mesti berfakta, padat dan bernas.

Contoh Ulasan Piramid Makanan

Nah…contoh anda boleh semak seperti di bawah ini.

Pyramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan. Amalan pemakanan yang seringkali dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia.

Selain itu, kita disarankan mengambil hidangan sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Bagi mengelakkan gejala obesiti, kita diperingatkan supaya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu.

Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi carta yang diberikan agar kesihatan kita lebih terjamin.

Semak: http://www.myhealth.gov.my

Contoh Hidangan

  1. ARAS 1 : Capati, Kentang, Keladi, Roti, Nasi, Bubur Pasta, Biskut, Mihun, Tosai dan Bijiran
  2. ARAS 2: Buah dan sayur
  3. ARAS 3: Kacang, Ikan, dan ayam serta daging
  4. ARAS 4: Gula, Coklat, Minyak dan juga lemak

Pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM ingin ingatkan di sini, setiap apa yang dihidangkan dan dimakan mestilah beringat dan berserdahana. Jangan makanan secara berlebihan tidak kira apa hidangan yang anda makan.

Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan memberikan contoh yang terbaik dalam menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kepada anak-anak.

Pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kecil adalah peringkat yang paling kritikal untuk dipantau terutamanya perkembangan otak anak-anak anda. Sebaiknya ikutlah panduan piramid makanan malaysia yang telah ditetapkan seperti gambarajah yang dikongsikan di atas.

KLIK SINI JUGA : Senarai 4 Contoh Ulasan PT3 dan Tips Terbaik

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia