≡ Menu

Tugasan Sejarah PT3 : Kerja Kursus Sejarah Kegiatan Ekonomi

Tugasan Sejarah PT3 : Kerja Kursus Sejarah Kegiatan Ekonomi

Jikalau sekarang ini, pelajar tingkatan 3 sedang bertungkus lumus menyiapkan Tugasan Geografi PT3, sekarang ini tiba giliran mereka untuk mula membuat semakan dan perancangan bagi perancangan menyiapkan tugasan Sejarah PT3 tahun ini.

tugasan sejarah pt3

Pelajar Tingkatan 3 diarahkan untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah dan juga Tugasan Sejarah PT3 merujuk kepada dokumen Persetiaan Persekutuan 1895 yang mana anda perlu sertakan beberapa perkara dan isi penting termasuklah :

  • Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
  • Faktor Persetiaan Persekutuan 1895
  • Kesan Persetiaan Persekutuan 1895
  • Perkaitan Persetiaan Persekutuan 1895

Pelajar Tingkatan 3 diarahkan untuk disiapkan kajian dan kerja kursus Sejarah PT3 sekurang-kurangnya 300 patah perkataan dan ke atas yang mana tempoh masa yang diberikan sekitar 2 minggu bermula 28 Jun 2015 sehinggalah 10 Julai 2015. Anda boleh juga semak buku teks muka surat 46 untuk dijadikan rujukan.

Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 : Senarai Penting Kandungan

Klik gambar di bawah ini untuk melihatkan contohnya…

  • a) Tajuk : Terpulang kepada kreativiti contohnya anda boleh letakkan seperti Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
  • b) Nama Penulis Tugasan Sejarah Pt3 : Nama Anda
  • c) Isi Kandungan : Yang mana anda perlu sertakan 4 faktor, kesan dan juga perkaitan disebalik terjadinya Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
  • (i) Pengenalan – Latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895 (Punca, sebab dan bagaimana perjanjian ini perlu dilakukan)
  • (ii) Faktor – Senaraikan sekurang-kurangnya 4 faktor punca Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 ditandatangani
  • (iii) Kesan – Sertakan 4 kesan persetiaan Persekutuan 1895 melibatkan Negeri-Negeri Melayu
  • (iv) Hubung kait dan Perkaitan Pembentukan Persekutuan dan Kedaulatan Malaysia.
    Pelajar Tingkatan 3 perlu sertakan 3 perkaitan Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 berserta dengan contoh dan penjelasannya. Bagai memudahkan anda memahami apa yang dikehendaki, MYpt3 sertakan contoh seperti di bawah ini :
    – Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
    – Kejayaan dalam perkembangan ekonomi
    – Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial konsep Persekutuan
  • e) Rumusan dan kesimpulan Tugasan Sejarah Pt3 : Pengetahuan nilai atau unsur patriotisme dan harapan
  • f) Senarai sumber rujukan yang sahih dan lengkap : Contohnya : buku, internet, majalah, jurnal dan internet

Lagi Klik SINI : Faktor, Kesan dan Rumusan Sejarah PT3 bagi Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895? (PART 3)

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibr... Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 2016 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada se...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: