≡ Menu

Kronologi Tragedi Lahad Datu Sabah Paling Lengkap

Kronologi Tragedi Lahad Datu Sabah Paling Lengkap semasa insiden dan peristiwa disebalik pencerobohan tentera SULU di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah.

Berita Lahad Datu sabah ini betul-betul mengejutkan negara kita Malaysia. Apabila pertahanan negara berjaya diceroboh masuk untuk melakukan huru hara sehingga telah menyebabkan ramai yang terbunuh termasuk pasukan keselamatan Malaysia.

tragedi lahad datu

Punca Pencerobohan Lahad Datu

Mereka gelarkan diri mereka sebagai pewaris Takhta Sulu.

Mereka datang ke Lahad Datu Sabah dengan bersenjata untuk membuat tuntutan supaya bahagian timur sabah dikembalikan di bawah jajahan dan kuasa wilayah mereka. Apabila kerajaan Malaysia tidak melayan tuntutan mereka, maka tragedi berdarah telah berlaku.

Dan berta Al Jazeera menambah, kesemua mereka yang datang ke Sabah Malaysia dalam pada masa yang sama merancang untuk tinggal selama-lama di Malaysia

Kronologi Tragedi Lahad Datu Sabah

Tarikh Butiran Insiden Lahad Datu Yang Berlaku
3 Hingga 11 Februari Penceroboh sudah mula masuk ke Felda Sabahat 17 Kampung Tanduo lahad Datu Sabah Malaysia guna kapal nelayan
Bagi elakkan mereka dikesan polis dan tentera Malaysia mereka telah bergerak pada kumpulan yang kecil sedikit demi sedikit
12 Februari Apa semua sudah mula masuk ke lahad datu Sabah Malaysia mereka mula berpecah untuk bergerak pada kumpulan kecil
14 Februari Pengikut Setia Raja Muda Sulu Azimudie Kiram juga dikesan berada di Lahad Datu Sabah Malaysia
16 Februari Ini tujuan punca dan sebab mereka lakukan pencerobohan. Kumpulan ini mula membuat tuntutan kepada kerajaan malaysia. Mereka mahu menuntut wilayah negeri Sabah. Tuntutan ini dibuat atas nama Kerajaan Kesultanan Sulu
18 Februari Bagi mengelakkan pertumbuhan darah dan pembunuhan kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina melakukan proses diplomasi
24 Februari Kerajaan Filipina mula hantar askar dan tentera ke Lahad Datu Sabah sebagai tindakan berjaga-jaga
26 Februari Merupakan tarikh akhir yang diberikan kerajaan Malaysia kepada militan yang lakukan pencerobohan Lahad Datu sabah. Walaubagaimanapun rundingan tetapkan diteruskan
28 Februari Kerajaan Malaysia berunding dengan Jamalul Kiram III supaya 180 militan tinggalkan negeri Sabah segera. Jamalul Kiram III meminta kerajaan Malaysia berunding terus dengan adiknya Agbimuddin Kiram.

peristiwa lahad datu

Tarikh Butiran Pencerobohan Lahad Datu Yang Berlaku
1 Mac 2013 Berlaku insiden tembah menembak. Malangnya 2 anggota polis Malaysia ASP Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud mati terbunuh. 3 lagi anggota polis turun cedera
Kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah
Berita baik 12 militan berjaya ditembak mati
2 Mac 2013 6 polis Malaysia mati ditembak
Berita baik 6 militan juga ditembak mati di Kampung Sri Jaya Siminul Semporna Sabah
3 Mac 2013 Bantuan segera telah sampai bagi menyelamatkan bagi anggota polis yang masih terselamat. Ada 19 anggota kesemuanya yang diselamatkan.

insiden lahad datu
Tarikh Butiran Peristiwa Lahad Datu Yang Berlaku
4 Mac 2013 Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina telah melakukan rundingan dan perbincangan dengan harapan masalah pencerobohan lahad datu Sabah diselesaikan segera. Mereka datang dari Pulau Simunul Tawi-Tawi di selatan Filipina
5 Mac 2013 Kerajaan Malaysia telah keluar arahan supaya serangan besar-besaran dilakukan bagi menghapuskan militan SULU yang masih ada di negeri Sabah
11 pagi Ketua Polis Negara telah melancarkan OPS DAULAT
1:30 petang Menteri Dalam Negeri telah sahkan tiada anggota tentera dan anggota polis Malaysia yang cedera mahupun terbunuh
4 petang Operasi OPS DAULAT Diteruskan di mana jet pejuang melakukan serangan dari udara di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah.

pencerobohan lahad datu

Di bawah ini juga kami kongsikan bersama video dokumentari tragedi lahad datu sabah ini yang cukup terperinci bagi mengumpul bahan untuk kerja kursus sejarah pt3 anda kali ini.

P/S : Diharapkan laporan berita dan kronologi tragedi Lahad datu Sabah membantu anda menyiapkan contoh jawapan sejarah pt3 yang terbaik

P/S : Kami juga berharap insiden dan peristiwa hitam tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Semoga keselamatan negara, kedaulatan negara dan rakyat Malaysia terus terpelihara.

PPP/S : Anda disarankan untuk share dan kongsikan di Facebook dan Whatapps kepada rakan-rakan anda yang sama-sama sedang memulakan kerja kursus sejarah pt3. Sama-sama dapat manfaatnya

PPPP/S : Pada bahagian Sumber, letakkan Mypt3.com sebagai salah satu sumber rujukan anda


Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com