Tempat Menarik di Cameron Highland 2023: Aktiviti dan Itinerary

Senarai aktiviti dan Tempat Menarik di Cameron Highland 2023 termasuk yang percuma, penginapan best, kedai makan best waktu malam dan waktu siang : Itinerary Trip di Cameron Highlands 3 hari 2 malam 3d2n tahun ini

tempat menarik di cameron highland waktu malam 2023

Assalammualaikum. Disebabkan dah nak cuti Chinese New Year, jadi nak share my trip dan jalan jalan  ke cameron highland. Harap dapat dijadikan panduan.

BACA SINI >> Booking air asia ticket secara online

Semoga perkongsian kali ini membantu anda merancang percutian tempat best di Cameron Highland.

Anda boleh ikut contoh trip Itinerary cameron highlands untuk percutian selama 3 hari 2 malam bergantung kepada bajet 2024 malaysia dan tempoh percutian anda kelak.

Itinerary Tempat Menarik di Cameron Highland 2023

Boleh semak Itinerary ke Cameron Highland 3 hari 2 malam untuk pergi ke senarai tempat menarik dan best di Cameron Highlands 2023 termasuk travel malaysia yang percuma seperti di bawah ini

DAY 1 (LALU TOL TAPAH)

  • cameron valley tea shop
  • strawberry farm ringlet
  • ARK Strawberry park
  • kampung taman sedia
  • KHM strawbeey and farm
  • taman agro almashor
  • signature cameron highland
  • check in century pine resort
  • pasar malam golden hills sungai ruil
  • atilla boxport steamboat

Itinerary DAY 2 di Cameron Highlands

  • 200 seeds cafe kampung Taman sedia
  • pasar tani ahad brinchang
  • singgah di salah satu cafe hipster cameron highland iaitu cafe lorong kea farm
  • kea garden guesthouse
  • ladang boh sungai Palas
  • ladang lebah ee feng hui
  • cameron square
  • lavender garden
  • cactus point
  • kwang & son grape and tomato farm
  • avant chocolate cameron highlands and greenview hills

TURUN TOL SIMPANG PULAI KE IPOH

  • lubuk timah
  • laksa telur bersarang taman seri botani
  • lost world hotel
  • lost world hotspring and spa

Itinerary DAY 3

  • Ipoh mural streets
  • concubine lane
  • kellie’s castle
  • balik batu pahat…

8 Tempat Menarik di Cameron Highland Waktu Siang

Terdapat banyak aktiviti yang boleh kita lakukan di siang hari. Memang tidak sah kalau tidak ke ladang teh jika tidak pergi ke Cameron.

Pemandangannya menarik dan cuacanya sejuk. Terbaik sungguh apabila bercuti di cameron Highland

1. Lavender Garden Cameron Highland

Ini adalah salah satu lokasi wajib untuk dikunjungi semasa berada di Cameron Highland, walaupun sekali, anda mesti singgah ke tempat ini. Tiket perlu dibayar untuk masuk ke tempat ini. Pada tahun lepas, harga tiket pun sudah naik.

aktiviti menarik cameron lavender garden

  • Alamat Rujukan : Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang
  • No Telefon : 05-496 1208
  • Waktu lawatan : Dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

2. Taman Agroteknologi MARDI Cameron 

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman Agroteknologi MARDI Cameron ini buat mereka yang suka bercucuk tanam.

taman agroteknologi mardi cameron

Terdapat pelbagai tanaman ditanam di sini seperti markisa, strawberi, epal dan bunga tanah tinggi.

Jika pergi ke sini, pasti anda akan teringat akan Taman Botani Shah Alam. Jangan lupa untuk mencuba ais krim strawberi di sini kerana ia adalah antara yang terbaik di sini.

Selain itu, pemandangannya sangat cantik dan mengagumkan dan bunga-bungaan yang menghiasi kawasan di sekitarnya yang selalunya hanya tumbuh di kawasan beriklim sejuk seperti di tanah tinggi.

Abadikan kenangan terindah anda dengan mengambil gambar berlatar belakangkan pemandangan di sini.

Iklim yang sangat sejuk di sini memang sesuai untuk bunga-bungaan eksotik dari Barat seperti lavender untuk tumbuh subur dan mekar di bumi Cameron ini.

  • Waktu lawatan : Dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang
  • Alamat Rujukan : Tanah Rata. 39000 Tanah Rata, Pahang
  • No Telefon : 010-844 9624

3. Kampung Taman Sedia Strawberry

Taman Sedia ini berskala kecil bagi segi saiz ladang strawberi. Tetapi, rata-rata ramai yang berpuas hati dengan makanan yang disediakan dan buah strawberi yang ada.

kampung taman sedia strawberry

Ini adalah penempatan orang Melayu paling awal. Warga tempatan di sini banyak mengusahakan homestay dan ladang strawberi.

Lauk pauk dijual dengan harga berpatutan, jadi tiada isu atau masalah untuk masak hidangan apa. Inilah tempatnya jika mahu merasai suasana kampung di tanah tinggi.

Tandas di sini pun bersih, jadi tidak hilang selera makan anda.

Lagipun, kebanyakan homestay adalah kepunyaan orang Islam di sini. Tempoh hari, kami tinggal di Homestay Desa Anthurium, berhampiran dari Taman Sedia.

Anda boleh lihat kampung ini betul-betul di bawah bukit. Terdapat air terjun dan air sungai yang jernih.

Yang penting kebersihan sungai dan air terjun ini terjaga.

  • Alamat rujukan : 12, 59, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

4. Big Red Strawberry Farm, Tempat Menarik di Cameron Highland Mesti Pergi

Ia adalah antara ladang strawberi paling besar di Cameron dan masuk pun percuma sahaja.

tempat menarik big red strawberry farm cameron

Cuma laluan naik dan turunnya yang sangat cerun itu tidak berapa digemari kerana agak menggerunkan.

Pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik terutama sekali sistem brake dan clutch.

  • Waktu lawatan : Dibuka daripada jam 8.30 pagi hingga 6 petang setiap hari
  • Alamat Rujukan : Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
    No Telefon : 05-491 3327

5. KHM Strawberries & Jam

Jangan lupa makan scone dengan jam strawberi segar yang dibuat sendiri jika anda sudah sampai ke mari. Ia adalah satu lagi tempat yang diusahakan pengusaha muslim.

KHM Strawberries & Jam

Ia diyakini halal dan jika anda mahu makan scone, aiskrim strawberi elok makan sahaja di sini.

Jika anda mengimbau kembali pengalaman ke sini, memang manis sungguh rasanya.

Lagipun harga lauk pauk dan scone di sini memang jauh lebih murah daripada di kedai dan ladang teh lain. Rasanya pun memang sedap tidak terkata.

Wajib sokong untuk cuba makanan di sini. Lagi banyak untung jika boleh bayar zakat perniagaan kan?

  • Alamat Rujukan : No. 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
  • No. Telefon : 05-491 5809

6. Tempat Menarik YZ Agro Farm & Cafe, Cameron Highland

Ia terletak di lokasi yang strategik di Kampung Taman Sedia dan ia adalah salah satu ladang strawberi dari pengusaha muslim di Cameron Highland.

YZ Agro Farm & Cafe

Kami sekeluarga suka ke ladang ini dan boleh makan tanpa was-was kerana pengusahanya adalah seorang Muslim.

Ais krim strawberi dan scone boleh dimakan sampai puas. Kebiasaannya, ais krim ikat strawberi amat digemari bagi sesiapa yang berkunjung ke sini. Rasanya memang terbaik.

  • Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang setiap hari.
  • Alamat rujukan : Cameron Highlands No. 22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.
  • No. Telefon : 019-541 6377

Ini antara Ladang Strawberi di Cameron Highlands pilihan kami.

7. Ladang Teh Bharat

Anda pasti akan melalui Ladang Teh Bharat ini sebelum sampai ke Tanah Rata jika anda memandu ke cameron highlands dari arah Tapah. Terdapat kafe dan kedai teh yang menyediakan scone, kek dan pelbagai air panas yang menyelerakan.

ladang teh bharat cameron

Kafe/kedai teh ini dibuka pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

  • Alamat Rujukan : 15-16, Jalan Besar, Cameron Highlands, Pahang, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
  • No Telefon : 05-491 1133

Pengalaman paling berharga yang boleh dinikmati bersama keluarga tercinta dan insan tersayang, makan scone, minum teh / hot chocolate sambil menikmati pemandangan ladang teh yang indah.

Lagi terbaik jikalau hujan. Sejuk sangat! Dan angin dia sepoi-sepoi bahasa seperti duduk di tepi pantai pula.

Soal keselamatan pula, walaupun ada dinding kaca penghalang, namun pastikan anda memerhatikan anak-anak untuk mengelakkan terjatuh. Cuma khuatir jika anak memanjat dinding kaca itu.

  • Tempat letak kereta pun banyak dan turut disediakan tempat letak untuk bas.
  • Kebersihan tandas yang kurang terjaga adalah satu kekurangan yang ketara. Bukan kami sahaja yang mengadu hal ini.
  • Setakat ini, kebersihan tandas di tempat melancong Melaka sememangnya antara yang memuaskan. Belum terbaik, cuma terdapat perbezaan.

Ini antara tempat menarik tanah rata yang mesti anda masukkan dalam aktiviti percutian anda di sini.

8. Tempat di Ladang Teh Boh Cameron

Ladang teh boh terdapat di 2 lokasi, tetapi yang cantik adalah di Sungai Palas.

tempat ladang teh boh cameron highland

Tempat boh tea ini agak tersembunyi juga dan jalan cerun setinggi 3.5km ke atas bukit.

Agak gerun juga untuk sampai ke destinasi, jalan untuk naik agak sempit dan terpaksa berhadapan dengan trafik. Tetapi usah risau, ada tips untuk mudah naik.

  • Waktu lawatan : Dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari (kecuali Isnin)
  • Alamat Rujukan : Boh Road Habu, 39200 Ringlet, Pahang
    No. Telefon : 05-493 1324

Sambil menikmati pemandangan ladang teh, sedap juga jika 1minum teh susu panas dan minum kopi.

Anda disarankan untuk menikmati masa dan suasana ini, sebab kita tidak tahu bila anda akan dapat sampai ke sini lagi. Maklumlah, jarang negeri di semenanjung Malaysia terdapat ladang teh.

Terdapat beberapa pilihan ladang teh untuk dimasukan dalam aktiviti menarik yang wajib di Cameron Highlands untuk dilawati. Setiap ladang ini akan memberikan anda pengalaman berbeza.

Kami sekeluarga suka pergi ke ladang teh Bharat. Anda pula bagaimana?

9. Indoor Theme Park Cameron Highland

Indoor Theme Park Cameron Highland Smurf Inn Fun Park menawar harga tiket masuk yang murah bagi kami sekitar RM5. Antara game dan permainan yang ditawar adalah Jurassic Dino World.

2 Tempat Menarik di Cameron Highland Waktu Malam 2023

Manfaatkan sebaiknya waktu siang kita di sana kerana tidak banyak yang tempat menarik di cameron  highland yang percuma dibuka pada waktu malam. Antara aktiviti malam di cameron highland yang boleh anda lakukan adalah…

1. Cameron Square

Ia adalah satu-satunya kompleks membeli-belah di Cameron Highland untuk membeli belah.

tempat menarik di cameron quare highland

Terdapat banyak butik dan kedai di dalam kompleks membeli belah ini. Antaranya adalah 3D Art Muzium.

Bayaran masuk untuk kanak-kanak adalah RM10, manakala untuk dewasa pula adalah RM18.

  • Waktu Operasi : 10 am – 10 pm. Isnin -Ahad
  • Alamat Rujukan : The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland

Anda boleh singgah ke sini bagi mereka yang tidak mahu tidur awal dan bersiar-siar. Tempat letak kereta selalunya tiada masalah di sini.

2. Pasar Malam Pekan Brinchang Cameron Highland

Untuk beli hasil tanaman dan makanan wajib beli di cameron highland seperti sayur dan buah yang ditanam segar, ada dua tempat terbaik di Cameron. Pasar malam di Pasar Brinchang, manakala pasar pagi pula di Kee Farm. 

pasar malam pekan brinchang

Pantang datang ke sini, makanan wajib beli di cameron highland pasti strawberi, jagung dan cili capsicum akan dibeli. Sememangnya segar dan manis semuanya. Jika kita mengamalkan buahan-buahan dan sayur- sayuran segar, ia akan menjadi ubat untuk badan kita.

Susu segar old school pun banyak dijual di sini. Teringat zaman sekolah dahulu.

  • Waktu Operasi : Jumaat – Sabtu (6pm-11pm)
  • Alamat Rujukan : Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Dengan melawat pasar malam di Golden Hill Cameron Highland, pengalaman berbeza yang boleh didapati adalah suasana waktu malamnya yang sejuk.

Dan kadang kala ia berkabus pada waktu malam.

Selain itu juga, hasil ladang yang segar dapat dibeli dari Cameron Highland pada harga berpatutan.

Sesuai jika anda bertandang pada hujung minggu jika anda berasa lapar. Jika anda pergi ke sini, anda disarankan untuk tidak menahan lapar atau berlapar.

Berbanding makan di kedai-kedai yang berhampiran, harga makanan di sini jauh lebih murah.

Ataupun jika anda mahu murah lagi, kami syorkan anda menyewa homestay. Homestay pun banyak pilihan yang boleh didapati dan kita boleh masak sendiri pada waktu malam.

Senarai lain untuk peta tempat menarik Cameron Highland, boleh anda semak di sini

Perjalanan ke Cameron Highland

  1. Pergi waktu cuti sekolah orang lebih pack so rancang awal kemana hang nak pi.
  2. Kami exit tol Tapah dari duta. Jalan dari Tapah ke Cameron sangat teruk, tapi kereta tak banyak, tak nampak gaung sangat. Jalan simpang pulai lebih elok dan besar tapi gaung dia. Serammm…hehehe
  3. Kalau dari tanah rata nak ke brinchang sila gerak awal. Sebabnya pukul 10 jalan dah sesak..pukul 8.30 jalan masih lengang
  4. Alternative lain exit simpang pulai yang lebih selesa

Tempat Penginapan Menarik di Cameron Highland

Boleh cuba tempat penginapan menarik kami semasa bercuti dan melancong di cameron highland

  1. Kami check in Hotel Kea Garden Guest House (kami book online 3hari 2 malam dekat booking.com, RM360 katil King)
  2. Boleh juga tempah hotel di traveloka sebab dia sentiasa ada discount dan harga tertera termasuk tax. which kadang-kadang lebih murah dari booking, agoda, expedia dll
  3. Hotel Kea Garden memang terbaik sebab ada taman bunga sendiri (orang luar pun datang nak ambil gambar). Hotel kami sebelah sahaja dengan pasar Kea Farm

24 Tips Percutian Tempat Menarik di Cameron Highland

  1. So jalan nak ke Kea farm brinchang cameron highland pahang sangat jam dan parking susah kalau dari tanah rata dan brinchang
  2. Sayur jual dalam RM10 7 jenis
  3. Kemudian kami pergi ke Cameron Lavender Garden
  4. (Waze dalam 15 minit sebab jam). Masuk dalam seorang RM10
  5. Waffle Chocolate + Peanut butter dlm RM4 + sedap
  6. BOH Sungai Palas tutup pukul 5PM
  7. Sediakan payung takut hujan sebab kena jalan jalan kaki dan naik tangga dari parking
  8. Steamboat Taman Abang yang viral tu dalam RM40 seorang. Frozen food tiada banyak sangat. Buffet akan tambah kalau habis (ada Nasi Lemak, Bihun n Nasi Goreng). Overall tempat sahaja menarik kualiti makanan kurang
  9. Boleh juba juga salah satu tempat makan cameron highlands iaitu Nasi lemak sambal strawberry dekat Kampung Sedia dalam RM10. Hot Chocolate sedap
  10. Cameron Valley Tea House mmg terbaik. Air Teh semua mahal hahaha
  11. Beli lah cactus dekat Cactus Point. RM11 dapat 6 pot kecik
  12. Pasar malam tiada best mana. Kalau tak puas pergi pasar malam hari sabtu boleh pergi pasar tani hari ahad di brinchang
  13. Harga barang di pasar malam dan kea farm lebih kurang sama. Tapi bagi i kea farm lebih banyak pilihan dan lebih murah sikit
  14. Kalau nak beli sayur beli di cafe lorong aunty viral 16 bag RM10 sahaja
  15. Ticket entrance lost world hotspring i beli di 11streets which 70 peratus cheaper than walk in…
  16. Balik lalu Tapah juga
  17. Makesure gerak sebelum malam sebab tiada lampu jalan dan jalan yang teruk

Pengalaman Bajet Bercuti di Cameron Highland

Boleh semak juga pengalaman kami bercuti di cameron highland, pada waktu malam dan waktu siang

pengalaman bercuti di cameron highland

Untuk penginapan di Cameron Highland, ada banyak pilihan senarai hotel di cameron highland yang terbaik, hotel mewah, atau bajet di yang best dan menarik serta murah.

Jika anda dalam kumpulan yang ramai, dicadangkan anda menginap homestay di cameron highland.

Banyak rumah homestay di kawasan tanah rata dan Ringlet. Anggaran kos penginapan dalam RM300-450 sehari.

7 Info Pengalaman Bercuti di Cameron Highland

YouTube video

1) Keistimewaan Suhu & Cuaca Cameron Highland

bercuti tempat menarik di cameron highlands

Cuaca di Cameron Highland adalah dalam kategori sejuk, suhu dalam 15-19 °c. Sangat sejuk pada waktu pagi.

Anda WAJIB bawak baju sejuk dan stokin tebal. Kalau hujan lagi lah sejuk ya amat. Ada juga kedai yang menjual baju sejuk dan stokin di tanah rata dalam harga yang agak murah. Anak2 kecil wajib dibekalkan dengan baju sejuk dan stokin. Waktu petang sampai ke malam memang sejuk giler…

2) Stesen minyak

Di tanah rata, Ringlet dan Brinchang ada disediakan stesen minyak seperti Petronas dan shell, jadi kalau minyak anda dah nak habis, boleh topup kat situ.

3) Tempat Makan Best & Menarik di Cameron Highland

Jika anda memilih homestay dan hotel yang boleh masak, anda boleh bawak makanan yang ringkas untuk digoreng. Kalau anda malas, banyak jer kedai, gerai makanan dan tempat makan menarik dan best di cameron highland di tepi jalan untuk anda lawati.

Kedai-makan macam KFC, starbucks, secret recipe juga ada untuk anda pergi di tanah rata.

Tempat menarik di cameron highland waktu malam lagi meriah, banyak kedai dan gerai serta tempat makan yang disediakan untuk anda pilih baik di tanah rata atau brinchang.

Ada juga kedai makan steamboat sedap, sup daging di uptown tanah rata (Adeq mee sup) cameron highland. Anda boleh jalan-jalan untuk cari makanan dengan senang.

Jika anda berkunjung ke ladang strawberi, jangan lupa beli ais krim, memang lazat dan sedap sebab ianya dibuat pakai strawberi asli yang pekat dan padu.

Jika anda pergi ke ladang teh, anda boleh minum teh yang fresh Dan segar sambil makan kek dan menikmati pemandangan yang indah di atas bukit.

4) Ubat ubatan

Sila bawak ubat ubatan asas seperti Panadol, ubat selsema dan batuk. Jika anda ada penyakit lain, sila bawak ubat secukupnya .

Ada juga klinik disediakan di tanah rata. Sila juga bawak ubat asas untuk anak-anak anda. Cuaca di sini memang cukup syarat untuk demam dan selsema . Sejuk…

5) Kedai serbaneka

Di tanah rata ada disediakan 7 eleven, ada juga kedai-kedai runcit untuk anda beli barangan keperluan.

6) Jalan ke Tempat Menarik di Cameron Highlands

Perjalanan ke tempat tempat menarik di Cameron Highlands

tempat peranginan di cameron highland
  • gerai Sayur sayuran, buah buahan, petai
  • lavender garden
  • tempat menjual sayuran
  • bee farm
  • strawberry pluck
  • ladang teh dan tempat minum teh
  • agro farm
  • Air terjun lata iskandar
  • banyak lagi tempat tempat menarik di Cameron Highland yang mungkin saya tak sempat nak pergi.

Pastikan anda bertolak awal awal untuk ke bercuti Cameron Highland kerana jika waktu cuti, memang agak jem dan banyak kereta, parking juga susah nak dapat jika terlalu banyak orang.

7) Kelengkapan Asas

Sila bawak kelengkapan asas seperti berus gigi, ubat gigi, shampoo dan sabun mandi, jika anda duduk di hotel mungkin takda masalah. Takda lah nak keluar semata-mata nak beli keperluan tu sahaja.

8) Bank dan ATM

Di tanah rata, bank dan ATM tiada masalah, Maybank, CIMB, AmBank , agro bank semua ada. Bagus kemudahan di sini.

tempat menarik di cameron highland yang percuma

Secara keseluruhannya, tempat percutian di Cameron Highlands banyak berubah dari segi kawasan dan kemudahan.

Banyak tempat tempat menarik di Cameron Highland termasuk yang percuma yang boleh dikunjungi dan kemudahan asas yang banyak. Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi.

Selamat Bercuti!

Amat penting untuk kita merancang sebaiknya percutian. Anda digalakkan menginap tidur di tempat penginapan homestay dan hotel Cameron Highland terbaik dan menarik berdekatan tempat menarik dan kedai makan best yang ingin dikunjungi. Banyak tempat penginapan yang best dan murah di Cameron Highlands

So tunggu apa lagi. Sediakan duit yang banyak semua benda mahal dan banyak senarai tempat menarik di cameron highlands

Sebab dalam Malaysia pun macam cuti di eropah. Sedia kan sweater, cuaca berubah-ubah. Nak berak RM0.50 sen.

Di sini, memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Insya Allah, dari semasa ke semasa, kami akan menambah lagi senarai tempat yang menarik untuk dilawati.

Jika anda mahu kongsikan senarai best untuk tempat menarik di Cameron Highland termasuk yang percuma berserta 23 tips di atas di Facebook dan Whatapps kawan-kawan dan family terdekat anda, dipersilakan

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia