≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

5 Kriteria Penting Untuk Dapat Tawaran Sambung Belajar

5 Sebab dan Punca Anda Tidak Berjaya dan Gagal Dapat Tawaran Sambung Belajar ke Universiti Awam, Politeknik, Matrikulasi

Kepada kalangan yang berminat sambung belajar itu. Sejak daripada awal lagi anda perlu ada matlamat dan sasaran supaya mudah untuk anda buat perancangan apa yang perlu anda belajar dan fokuskan sebenarnya.

tawaran belajar

Bukan cara dahulu lagi. Semua nak belajar, semua nak dapatkan yang bagus akhirnya kesemuanya tidak menjadi menyebabkan apa yang anda harapkan tidak menjadi kenyataan.

Jadi apa yang perlu anda ketahui adalah apa yang senarai kriteria yang diperlukan untuk melayakkan anda masuk ke Kole Komuniti, Politeknik atau universiti awam di Malaysia bagi mengelakkan anda gagal dallam setiap permohonan yang anda hantar kelak.

5 Tips Untuk Berjaya Dapat Tawaran Sambung Belajar

1) Hakikat yang sebenarnya tempat untuk masuk ke universiti awam tidak sebanyak permohonan UPU online. Setiapnya ada kuota yang tersendiri. Begitu juga tempat di Kolej Komuniti ataupun Politeknik. Oleh itu, jikalau anda melepasi semak sarat yang telah ditetapkan sekalipun, anda tetap tiada peluang untuk dapat tawaran sambung belajar ke instituasi yang anda inginkan disebabkan kerana ada yang lebih layak daripada anda. Oleh itu anda mesti jadi terbaik dikalangan yang terbaik untuk mendapatkan tempat.

KLIK : Cara Hantar Permohonan UPU Online Yang Terbaik

2) Sistem online sekarang ini lebih efisien. Ada 12 pilihan dan program yang perlu anda pilih mengikut keutamaan. Jangan ikut-ikutkan orang. Jangan letak pilihan semborono. Berdasarkan sistem sekarang, jikalau anda tidak berjaya pada pilihan pertama, pilihan kedua akan dipertimbangkan. Dan begitulah seterusnya sehingga pilihan ke 12. Jadi pilih berdasarkan kemampuan dan minat anda.

tawaran sambung belajar

3) Ada setengah program dan jurusan memerlukan anda menghadiri temuduga UPU, temuduga politeknik. Jadi anda perlu persediaan penting untuk menghadapinya jikalau memilih program tersebut

4) Jangan ingat semasa anda belajar dahulu hanya fokus kepada akademik semata. Sistem sekarang memerlukan kelibat anda terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang mana ia menyumbang 10 peratus untuk masuk ke universiti awam dan politeknik. Jadi jangan ambil remeh perkara ini.

dapat tawaran sambung belajar

lulus tawaran sambung belajar

5) Jikalau anda mahu masuk ke kejuruteraan elektrik contohnya. Pastinya anda perlu ada kelulusan pada bidang yang sama dahulu. Walaupun ada dapat keputusan cemerlang sekalipun itu bukan jaminan untuk anda layak dan dapat tawaran sambung belajar jikalau anda tiada kelulusan yang sama semasa belajar dahulu. Jadi kami nasihatkan letak program dan jurusan sama dengan apa yang anda belajar dahulu pada pilihan utama supaya ia mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

KLIK : Tarikh Keputusan SPM pada Mac

P/S : Oleh itu pastikan setiap borang permohonan yang anda isikan itu dibuat sehabis baik. Jangan ada kesilapan remeh sehinggakan menyebabkan permohonan anda ditolak bulat-bulat sekaligus tidak mendapat tawaran sambung belajar

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bagaimana Semak Syarat UPU untuk Kelayakan Masuk U... Bagaimana Cara Semak Syarat UPU untuk Kelayakan khas Masuk Universiti di Malaysia dan IPTA secara online Sebenarnya untuk masuk universiti awam di Ma...
Permohonan Matrikulasi : Kemaskini Kemasukan ke Ko... Permohonan Matrikulasi : Kemaskini Kemasukan ke Kolej Bagi anda yang masih belum hantar lagi permohonan matrikulasi secara online di bawah pengurusan...
Cara Terbaik Isi Borang Permohonan UPU Online Sehi... Cara Isi Borang Permohonan UPU Lepasan SPM Online dan Permohonan UPU Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma Sebelum tarikh tutup. Mesti Lulus Punya. Kepu...
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com