≡ Menu

Antara SBP Terbaik Adalah Sekolah SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

Antara SBP Terbaik Adalah Sekolah SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur. SMS Seri Puteri Cyberjaya

Jangan terkeliru ya. Ini SM Sains Seri Puteri atau nama glamor mereka SESERI tidak sama dengan Sekolah Seri Puteri SSP. Sama tetapi tidak serupa. Lokasi SM Sains Seri Puteri sekarang ini menggunapakai sekolah yang pernah menempatkan pelajar-pelajar Sekolah Seri Puteri yang telah pun berpindah ke kawasan yang lebih moden dan terancang iaitu di Cyberjaya

sm sains seri puteri

Walaubagaimanapun SMS Sains Seri Puteri atau SESERI ini bukan calang sekolah berasrama penuh ya. Ia merupakan antara 10 yang tersenarai dalam ranking sbp terbaik di Malaysia.

Malah salah seorang pelajar SESERI merupakan pelajar terbaik di Kuala Lumpur pada keputusan SPM keluar  yang lalu. Tahniah MYpt3 ucapkan kepada anda.

Jikalau anda bercita-cita mahu masuk ke sekolah yang mempunyai deretan guru yang cukup berpengalaman di tengah-tengah kota Kuala lumpur yang hanya menawarkan kepada pelajar perempuan sahaja, nah inilah sekolah yang sesuai untuk anda.

Perkara Butiran dan Pautannya
Nama Penuh Sekolah Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur
Nama Pengetua Sekolah Puan Asiah Binti Zainal Abidin
Alamat dan Lokasi Di tengah kota Kuala Lumpur. Dekat dengan Pavilion; KLCC; SOGO; Berjaya Times Square; Midvalley. Kalau masa outing memang best and heaven.
Syarat Kemasukan ke SM Sains Seri Puteri KLIK SINI

 

Kehidupan di SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

Mypt3 boleh katakan kehidupan belajar di SESERI sangat ‘tough’ kerana jadual yang padat dari pagi sehingga malam. Tetapi yang bagusnya sifat setiakawan dan kekeluargaan di antara senior dan junior sangat akrab. Yang tua tolong yang muda, yang muda hormat yang tua. Buli-buli? Jauh sekali ada di sekolah ini.

  1. Maggi tidak dibenarkan
  2. Jangan sesekali buat kesalahan jikalau tidak anda akan kena denda mata demerit
  3. Bilik dorm, loker mesti sentiasa dalam keadaan bersih
  4. Kehidupan di SESERI boleh dikatakan acapkali terkejar-kejar masa. Ini kerana untuk mendisiplin pelajar-pelajar
  5. Anda perlu bersedia pada bila-bila masa dipanggil semasa berhimpun untuk public speaking yang diadakan setiap hari. Ini semua untuk melatih tahap keyakinan diri anda
  6. Ada waktu-waktu tertentu sahaja yang boleh anda buat panggilan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

Siapa bekas pelajar SESERI atau yang berminat untuk masuk sekolah ini, KLIK button share sini. Kami mahu lihat…

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Syarat Kemasukan Bagi Permohonan KISAS Tingkatan 4 Permohonan KISAS Tingkatan 4 Kolej Islam Sultan Alam Shah KISAS. Berminat Masuk Sekolah ini. Apa syarat kemasukan? Jikalau anda datang dari kalangan ...
Senarai Ranking SBP MRSM PT3 Terbaik di Malaysia Senarai Ranking SBP Ranking MRSM PT3 Terbaik di Malaysia? Kepada adik-adik di sini yang sedang berkira-kira untuk sambung belajar untuk kemasukan ke ...
Senarai SMKA Terbaik di Malaysia : Sekolah Pilihan Anda Tersenarai SMKA Terbaik di Malaysia. Sekolah Pilihan Anda Tersenarai? Jikalau anda berminat untuk masuk sekolah menengah kebangsaan dengan ada aliran agama, SMK...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com