≡ Menu

Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah SAPS



Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah SAPS

Semakan Keputusan Peperiksaan sekolah SAPS. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan portal Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali dengan SAPS Ibu Bapa untuk memantau setiap markah peperiksaan yang diperolehi anak mereka selain daripada maklumat yang berkaitan dengan jadual dan aktiviti di sekolah.

semakan keputusan peperiksaan

Ini penting bagi Ibu Bapa untuk memantau kemajuan atau pertumbuhan pelajaran anak-anak di sekolah secara online. Lebih mudah bukan? Slip keputusan dan markah ujian atau peperiksaan pelajar boleh didapati pada SAPS Ibu Bapa.

Semakan keputusan peperiksaan sekolah SAPS hanya boleh dibuat bagi pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga 6) dan juga sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga 5.

” Maklumat dan informasi berkenaan dengan gred markah ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksan akhir tahun serta kalendar peperiksaan dalaman sekolah merangkumi tarikh data peperiksaan dimasukkan dan juga panduan pengguna portal juga turut disediakan oleh Sistem Analisis peperiksaan Sekolah ini yang mana boleh anda muat turun.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah SAPS

Berikut adalah cara-cara mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah SAPS yang perlu dilakukan oleh Ibu Bapa.

  • Ibu bapa perlu melayari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, KLIK SINI
  • Beberapa menu akan didapati seperti FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  • Kemudian, klik pada Semakan Ibu Bapa
  • Selepas Semakan Ibu Bapa diklik, Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa “SPACE”) haruslah dimasukkan.
  • Ibu bapa hendaklah memilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  • Kemudian, pilih tahun dikehendaki (2011 hingga 2016)
  • Akhir sekali, klik pada SEMAK LAPORAN.

Berikut kami sediakan bersama untuk anda Kalendar atau Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2016 bagi para Ibu Bapa yang merangkumi tarikh mula dan akhir key-in markah ke dalam sistem SAPS.

PerkaraButiran dan Pautannya
Ujian Peperiksaan Awal Tahun Tahun 6 dan Tingkatan 5Tarikh Mula : 10/11 Mac 2016
Tarikh Akhir : 2 April 2016
Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun (Tahun 6 dan Tingkatan 5)Tarikh Mula : 19/20 Mei 2016
Tarikh Akhir : 11 Jun 2016
Ujian Peperiksaan Percubaan (Tahun 6)Tarikh Mula : 21/22 Julai 2016
Tarikh Akhir : 6 Ogos 2016
Ujian Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5Tarikh Mula : 15/16 September 2016
Tarikh Akhir : 1 Oktober 2016
Ujian Peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 5 dan Tingkatan 4)Tarikh Mula : 10/11 November 2016
Tarikh Akhir : 25 November 2016
Cara HubungiTALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi talian bantuan SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali cuti umum) Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

Kami di MyPT3 berharap dengan platform atau kemudahan yang Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah sediakan ini iaitu Semakan Keputusan Peperiksaan sekolah SAPS dapat membantu Ibu Bapa dalam penambahbaikan tahap pelajaran anak mereka demi masa depan yang lebih cerah. Insyallah. Moga dipermudahkan.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

e Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online bagi S... e Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online bagi Setiap Semester Sekarang ini cukup mudah. Ingat dahulu jikalau dapat keputusan peperiksaan setiap se...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: