Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages
≡ Menu

Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online


Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online

Semakan Keputusan Peperiksaan sekolah online. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan portal Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah untuk memantau setiap markah peperiksaan yang diperolehi anak mereka selain daripada maklumat yang berkaitan dengan jadual dan aktiviti di sekolah.

semakan keputusan peperiksaan

Ini penting bagi Ibu Bapa untuk memantau kemajuan atau pertumbuhan pelajaran anak-anak di sekolah secara online. Lebih mudah bukan? Slip keputusan dan markah ujian atau peperiksaan pelajar boleh didapati pada melalui sistem onlien yang disediakan ini.

Semakan keputusan peperiksaan sekolah hanya boleh dibuat bagi pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga 6) dan juga sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga 5.

” Maklumat dan informasi berkenaan dengan gred markah ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksan akhir tahun serta kalendar peperiksaan dalaman sekolah merangkumi tarikh data peperiksaan dimasukkan dan juga panduan pengguna portal juga turut disediakan oleh Sistem Analisis peperiksaan Sekolah ini yang mana boleh anda muat turun.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah

Berikut adalah cara-cara mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah yang perlu dilakukan oleh Ibu Bapa.

  • Ibu bapa perlu melayari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, KLIK SINI
  • Beberapa menu akan didapati seperti FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  • Kemudian, klik pada Semakan Ibu Bapa
  • Selepas Semakan Ibu Bapa diklik, Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa “SPACE”) haruslah dimasukkan.
  • Ibu bapa hendaklah memilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  • Kemudian, pilih tahun dikehendaki
  • Akhir sekali, klik pada SEMAK LAPORAN.

Berikut kami sediakan bersama untuk anda Kalendar atau Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun bagi para Ibu Bapa yang merangkumi tarikh mula dan akhir key-in markah ke dalam sistem SAPS.

Perkara Butiran dan Pautannya
Ujian Peperiksaan Awal Tahun Tahun 6 dan Tingkatan 5 Tarikh Mula : 10/11 Mac
Tarikh Akhir : 2 April
Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun (Tahun 6 dan Tingkatan 5) Tarikh Mula : 19/20 Mei
Tarikh Akhir : 11 Jun
Ujian Peperiksaan Percubaan (Tahun 6) Tarikh Mula : 21/22 Julai
Tarikh Akhir : 6 Ogos
Ujian Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 Tarikh Mula : 15/16 September
Tarikh Akhir : 1 Oktober
Ujian Peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 5 dan Tingkatan 4) Tarikh Mula : 10/11 November
Tarikh Akhir : 25 November
Cara Hubungi TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi talian bantuan SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali cuti umum) Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

Kami di MyPT3 berharap dengan platform atau kemudahan yang Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah sediakan ini iaitu Semakan Keputusan Peperiksaan sekolah SAPS dapat membantu Ibu Bapa dalam penambahbaikan tahap pelajaran anak mereka demi masa depan yang lebih cerah. Insyallah. Moga dipermudahkan.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Ranking Sekolah Terbaik di Malaysia : Senarai Untu... Ranking Sekolah Terbaik di Malaysia. Senarai Untuk SK, SJK, SMK Bukan jaminan untuk mengatakan anda masuk sekolah harian anda sudah selangkah ke ar...
SAPS Ibu Bapa : Semakan NKRA Sistem Analisis Peper... SAPS Ibu Bapa Semakan NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Semakan Ibu Bapa NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Bagaimana anda ingin membua...
SMKA Terbaik di Malaysia : Sekolah Pilihan Anda Te... SMKA Terbaik di Malaysia. Sekolah Pilihan Anda Tersenarai? Jikalau anda berminat untuk masuk sekolah menengah kebangsaan dengan ada aliran agama, S...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: