≡ Menu

Check Result Melalui Semakan Saps Ibu Bapa Dengan Mudah

Check Result Melalui Semakan Saps Ibu Bapa Bagi Pelajar Sekolah rendah dan Sekolah Menengah secara online

Semakan Ibu Bapa NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Bagaimana anda ingin membuat Semakan SAPS keputusan peperiksaan online terutama Ibu Bapa atau penjaga pelajar sekolah?

saps

Kini anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan bagi murid Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah merangkumi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan, Peperiksaan Akhir Tahunan, keputusan UPSR, PT3 dan juga SPM dan termasuk juga semakan ujian awal tahunan anak secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah iaitu laman web yang disediakan oleh KPM.

Slip keputusan serta markah peperiksaan akan dipaparkan pada sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bagi memudahkan Ibu Bapa untuk memantau dan mengawasi tahap akademik anak mereka termasuk kedudukan dalam kelas masing-masing.

Cara SAPS Ibu Bapa Semakan NKRA

Dengan adanya, Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini, keputusan peperiksaan mutakhir dan terkini boleh didapati bagi pelajar Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan juga bagi pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 sehingga 5).

Pastikan sebelum membuat sebarang Semakan SAPS Ibu Bapa, hendaklah dirujuk terlebih dahulu kalendar atau jadual tarikh key-in markah di dalam sistem SAPS NKRA di mana guru masukkan markah murid dan pelajar masing-masing

Ikutilah cara-cara di bawah untuk membuat semakan SAPS:

Perkara Pautan dan Butirannya
Pergi ke website Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah KLIK SINI; dan haruslah diklik untuk ke menu utama.
Contoh keputusan dan kedudukan kelas SEMAK SINI

 

  1. Nombor kad pengenalan (IC) atau sijil kelahiran murid (tanpa “SPACE”).
  2. Kemudian, Ibu Bapa hendaklah memilih salah satu sama ada Sekolah Rendah ataupun Sekolah Menengah dan juga pilih Tahun Peperiksaan pelajar.
  3. Klik pada butang Semak Laporan
  4. Jenis Peperiksaan yang ingin anda semak mestilah dipilih samada Ujian Awal Tahun, Peperiksaaan Pertengahan Tahun, UPSR, PT3, SPM dan lain-lain lagi.
  5. Selepas itu, klik pada butang Papar Slip Keputusan atau klik pada Papar Markah Peperiksaan untuk paparan yang lebih jelas dan terperinci.

Kini, applikasi Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA Online boleh dimuat turun di Play Store Android untuk memudahkan lagi para ibu bapa untuk membuat sebarang semakan dan mengetahui perkembangan semakan keputusan peperiksaan terkini anak-anak tidak kira sekolah rendah mahupun menengah.

“Aplikasi  Android ini boleh dimuat turun untuk menyemak sendiri keputusan peperiksaan sekolah anak.

Diharapkan dengan perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan tahap mutu akademik para pelajar secara tidak langsung.

Perkara Butirannya
Cara Hubungi TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk Isnin – Jumaat 8.30 pg – 5.00 ptg (kecuali cuti umum)
Rehat 1.00 ptg – 2.00 ptg (kecuali hari Jumaat 12.15 t/hari – 2.45 ptg

 

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Terkini/Mutakhir

Di dalam Sistem Gred Pt3 Baru Markah Peperiksaan dan Ujian Persekolahan, terdapat perubahan yang dilakukan seperti info yang diperoleh dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Tiga peringkat pembelajaran yang mengalami perubahan iaitu :

  1. Julat Gred Sekolah Rendah (SR)
  2. Julat Sekolah Menengah Rendah (MR)
  3. Julat Gred Menengah Atas (MA)

Nak lihat contoh keputusan peperiksaan sekolah daripada Semakan SAPS Ibu Bapa? Boleh semak gambar-gambar di bawah ini, di mana ia merupakan contoh terbaik untuk anda.

P/S: Semoga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini membawa faedah dan manfaat demi melihat perkembangan prestasi pembelajaran anak-anak kita.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online Cara Buat e Semakan Keputusan Peperiksaan MRSM Online bagi Setiap Semester Sekarang ini cukup mudah. Ingat dahulu jikalau dapat keputusan peperiksaan...
Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online bagi awal tahun ujian pertengahan tahun dan ujian akhir tahun sekolah rendah dan sekolah menengah ...
Ranking Sekolah Terbaik di Malaysia : Senarai Untuk SK, SJK, SMK Ranking Sekolah Terbaik di Malaysia. Senarai Untuk SK, SJK, SMK Bukan jaminan untuk mengatakan anda masuk sekolah harian anda sudah selangkah ke arah...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com