≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Contoh Rumusan Sistem Pengangkutan PT3 Geografi

Contoh Rumusan Sistem Pengangkutan PT3 Geografi

Berikut di bawah ini MyPT3 akan berkongsi dengan calon-calon PT3 berkenaan dengan rumusan sistem pengangkutan PT3.

rumusan sistem pengangkutan pt3

Ini berikutan kerana pelajar PT3 dikehendaki untuk menjalankan kursus geografi PT3 yang berkaitan dengan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal calon.

Semoga dengan contoh rumusan sistem pengangkutan PT3 ini dapat membantu anda semua khusus buat pelajar Tingkatan 3 yang masih lagi samar-samar dengan cara untuk menulis rumusan kerja kursus geografi  ini.

Butiran Rumusan Sistem Pengangkutan PT3

Pengangkutan awam adalah sistem pengangkutan yang digunakan oleh kalangan penumpang di mana kenderaan sendiri tidak akan digunakan untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Di kawasan kajian saya, jenis pengangkutan yang terdapat adalah van dan sekolah, Bas Rapid KL dan teksi.

Di kawasan Perdana Putra ini, pengangkutan awam adalah sangat penting kerana  ia memudahkan penduduk dan meningkatkan mobiliti penduduk terutama bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak. Antara kepentingan lain pula adalah kesesakan jalan dapat dikurangkan di Perdana Putra. Selain itu, penjimatan kos penduduk Perdana Putra dapat dilakukan dan pekerja kilang dan para pelajar boleh mengggunakan kemudahan ini untuk mengangkut mereka. Walau bagaimanapun, beberapa masalah dihadapi oleh penduduk Perdana Putra berkaitan pengangkutan awam iaitu contohnya seperti tambang mahal, mengambil jangka masa yang lama, keselamatan penumpang dan yang paling ketara adalah pencemaran udara.

Saya mencadangkan beberapa solusi atau langkah untuk mengurangkan masalah-masalah sistem pengangkutan tersebut  seperti kos operasi dikurangkan, penggunaan petrol tanpa plumbum, undang-undang dikuatkuasakan dan lebih diperketatkan dan akhir sekali, penapis asap digunakan ataupun ‘catalytic converter’ pada pengangkutan awam. Dengan masalah-masalah yang dihadapi penduduk Perdana Putra ini, saya amat berharap pihak berwajib dan yang bertanggungjawab akan prihatin berkenaan isu ini. Saya berasa bangga dan berbesar hati kerana pihak berwajib berusaha sedaya upaya memperbaiki perkhidmatan sistem pengangkutan awam yang terdapat di Perdana Putra ini.

P/S : Contoh Rumusan Sistem Pengangkutan PT3 Kerja Khusus Geografi

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 Kerja Khusus Geog... Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 : Senarai Penambaikan Kerja Khusus Geografi? Pastinya semua calon PT3 sudah sedia maklum bahawa anda dikehendaki unt...
Contoh Masalah Sistem Pengangkutan di Malaysia Pt3... Contoh Masalah Sistem Pengangkutan di Malaysia Pt3 : Mengenal Pasti Dan Huraikan Senarai Faktor? Di bawah ini terdapat beberapa contoh masalah sistem...
Takrifan Dan Konsep Sistem Pengangkutan PT3 Geogra... Takrifan dan Konsep Sistem Pengangkutan PT3 Geografi Kali ini khas untuk calon-calon PT3 khusus pelajar Tingkatan 3 yang akan bertempur selama dua mi...
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com