≡ Menu

8 Perkara Penting Tentang Rumah PPA1M

8 Perkara Penting Tentang Rumah PPA1M

Jikalau rumah mesra rakyat untuk golongan berpendapatan yang ada tanah sendiri. Jikalau rumah prima untuk golongan pertengahan yang ingin memiliki rumah mampu milik. Jikalau rumah Selangorku untuk rakyat Selangor yang nak ada rumah sendiri pada harga yang berpatutan.

rumah ppa1m

Nah, untuk penjawat awam dan kakitangan kerajaan pula ada tawaran rumah mampu milik untuk anda iaitu projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau dikenali dengan rumah ppa1m.

Ini kerana walupun kakitangan kerajaan dan penjawat awam boleh dikatakan mendapatkan gaji dan pendapatan yang stabil, kerja terjamin, pinjaman perumahan yang lebih mudah berbanding kumpulan lain, tetapi masih ramai penjawat awam yang belum memiliki rumah mereka sendiri.

Nah, itu sebablah lahirnya projek rumah ppa1m ini.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Projek Rumah PPA1M ini :

1. Tawaran harga, Sesuai atau tidak dengan kemampuan anda? Berdasarkan semakan kami, tawaran harga yang ada adalah di antara RM90,000 sehingga RM300 ribu

2. Luas atau tidak rumah tersebut? Ia akan berkeluasan antara 850 kaki persegi sehinggalah ke 1500 persegi

3. Jikalau anda merupakan penjawat awam dan kakitangan kerajaan, bagaimana cara untuk hantar mohon :

Perkara Butirannya
Permohonan rumah PPA1M secara online KLIK SINI

 

4. Jikalau anda pertama kali cuba untuk mohon, pastikan anda telah daftar dan register terlebih dahulu untuk akses atau login selepas itu.

5. Keutamaan diberikan yang tiada rumah lagi dan ini permohonan rumah pertama. Yang lain-lain jangan cuba-cuba untuk mohon, berikan peluang kepada yang lebih layak.

6. Jikalau sudah berjaya lulus dan semakan permohonan rumah ppa1m, janganlah sesekali jual rumah ini dalam tempoh 10 tahun. Ini adalah salah satu syarat yang perlu anda patuhi. Kecuali anda mahu jual kepada pasangan atau anak

7. Dalam pada masa yang sama, anda boleh cuba untuk mohon bantuan deposit rumah pertama mana tahu dapat. Ia bantuan khas dari kerajaan

8. Kepada yang gaji pendapatan tinggi aka pegawai tinggi kerajaan (gaji lebih RM10 ribu) tidak usahlah mohon.

P/S : Semoga dengan projek perumahan penjawat awam 1malaysia membantu kakitangan kerajaan tidak kira berpendapatan rendah atau berpendapatan tinggi untuk tinggal di rumah mampu milik sendiri

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Senarai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik di Malaysia Senarai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik di Malaysia Di kalangan rakyat Malaysia, isu pemilikan memang merupakan satu isu yang sensitif. Walaupun b...
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB RMR1M Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB RMR1M Untuk makluman anda program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini ditawarkan di seluruh negeri di Malay...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com