≡ Menu

Senarai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik di Malaysia

Senarai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik di Malaysia

Di kalangan rakyat Malaysia, isu pemilikan memang merupakan satu isu yang sensitif. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan pihak kerajaan tidak mengira pusat atau kerajaan negeri telah mewujudkan pelbagai insentif bagi memudahkan orang ramai untuk memiliki kediaman sendiri.

rumah mampu milik malaysia

Adakah anda mengetahui kewujudan 8 jenis inisiatif bagi membantu anda berkenaan isu rumah mampu milik yang sedang rakyat cari?

8 Inisiatif Kerajaan Projek Perumahan Rumah Mampu Milik

1. Skim Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA)

Skim pemilikan kediaman rumah mampu milik paling popular di negara kita adalah skim rumah PR1MA yang dibangunkan di beberapa kawasan yang strategik lokasinya.

Setiap unit jualan diletakkan pada kadar RM 100 ribu ke maksima RM 400 ribu yang mensasarkan golongan pertengahan. Pemilik tidak dibenarkan untuk menyewanya dan diwajibkan untuk tinggal di kediaman yang diperolehi. Selepas 10 tahun pemilikan barulah dibenarkan untuk penjualan semula kediaman.

2. MyHome

Golongan berpendapatan rendah adalah ditawarkan skim perumahan MyHome yang dibangunkan dengan kerjasama pihak pemaju swasta.

Ujian tapisan perlu dilalui oleh setiap pemohon bagi semakan kelayakan setiap untit tidak dibenarkan untuk jualan selama 10 tahun. Terdapat 2 jenis model rumah yang ditawarkan iaitu MyHome 1 yang harganya RM 50 ribu ke RM 90 ribu dan MyHome 2 pula harganya lebih tinggi iaitu RM 90,001 sehingga RM 220 ribu.

3. PPA1M

Bagi penjawat awam yang mempunyai gred jawatan di bawah JUSA C dan mempunyai pendapatan isi rumah RM 10 ribu, skim perumahan rumah mampu milik PPA1M ini ditujukan khas kepada anda. Permohonan secara online hendaklah dilakukan oleh pemohon dan akan melalui saringan sebelum proses undian dilakukan bagi menentukan permohonan berjaya atau gagal. Pada harga RM 150 ribu ke RM 300 ribu, setiap unit akan diletakkan dengan harga tersebut.

4. Program Perumahan Rakyat

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah solusi rumah mampu milik kepada anda bagi yang mempunyai kadar pendapatan isi rumah di bawah RM 3000. Setiap unit dijual dengan harga semura RM 30 ribu ke RM 40,500, permohonan boleh dilakukan oleh pemohon menerusi pautan yang disediakan di bawah ini. Keluasan setiap PPR ini adalah minima 700 kaki per segi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, berserta dengan kemudahan asas komuniti yang lengkap di dalamnya seperti surau, tadika, dewan, gerai dan taman permainan. Untuk maklumat lanjut skim rumah PPR, sila KLIK SINI.

5. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Golongan penduduk kampung yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai rumah adalah golongan yang disasarkan oleh Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Syaratnya adalah pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM 3000 sebulan dan keluasan tanah dimilik hendaklah mempunyai saiz minima 2800 kaki persegi.

Pemohon tidak memiliki sebarang jenis kediaman atas namanya ataupun kediamannya sudah usang, Dengan subsidi daripada kerajaan, rumah disediakan mengikut beberapa pilihan yang ditawarkan iaitu pada harga RM 45 ribu ke RM 65 ribu.

6. Rumah Mampu Milk Wilayah Persekutuan

Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) adalah satu program pemilikan kediaman bagi golongan yang mempunyai pendapatan rendah dan pertengahan. Syarat kelayakan yang dikenakan adalah mempunyai isi rumah RM 15 ribu dan ke bawah. RUMAWIP ini hanya dijalankan di Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan dan semua unit dijual dengan harga RM 52 ribu ke maksima RM 300 ribu. Bagi menentukan permohonan ini akan dijalankan proses undian. Penyewaan tidak dibenarkan untuk RUMAWIP ini dan tidak juga dibenarkan untuk dijual dalam tempoh 10 tahun.

7. Rumah Selangorku

Khas untuk penduduk negeri Selangor, skim perumahan Rumah Selangorku ini telah disediakan oleh kerajaan negeri Selangor yang mensasarkan golongan yang berpendapatan RM 3000 ke RM 10 ribu isi rumah sebulan dan syarat wajib yang perlu dipatuhi adalah mereka wajib duduk di negeri Selangor. Dalam tempoh 5 tahun pertama, Rumah Selangorku ini tidak dibenarkan untuk dijual dan larangan untuk sebarang penyewaan. Kesemua unit Rumah Selangorku dijual dengan harga RM 42 ribu ke RM 250 ribu sahaja.

8. Rumah Idaman Rakyat

Golongan berpendapatan sederhana adalah golongan yang disasarkan oleh Rumah Idaman Rakyat (RIR) dengan harga maksima dianggarkan bawah harga RM 350 ribu. Kediaman berbentuk semi-detached 2 tingkat (semi-D) mampu ditawarkan oleh RIR pada harga RM 340 ribu, iaitu satu harga yang cukup berbaloi untuk dimiliki jika dibandingkan dengan pasaran luar. Berbanding yang lain, syarat kelayakan RIR juga berbeza di mana pendapatan isu rumah tidak melebihi RM 10 ribu. Manakala tidak melebihi RM 7,500 sekiranya sendirian. Dalam tempoh 5 tahun pertama, penjualan semua unit RIR adalah tidak dibenarkan dan proses penyewaan juga tidak dibenarkan sama sekali.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB RMR1M Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB RMR1M Untuk makluman anda program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini ditawarkan di seluruh negeri di Malay...
Bantuan RM30 Ribu Untuk Beli Rumah Pertama Di bawah Skim Myhome Bantuan RM30 Ribu Untuk Beli Rumah Pertama Di bawah Skim Myhome Satu demi satu program rumah mampu milik diperkenalkan. Kalau boleh kerajaan malaysia...
Permohonan Rumah Selangorku : Projek Rumah Mampu Milik Selangor Permohonan Rumah Selangorku : Pendaftaran Projek Rumah Mampu Milik di Selangor Atas nama jenama Selangorku, rumah mampu milik di Selangor dilancarkan...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com