Upu Online: Daftar Permohonan Baru & Kemaskini 2024

Cara Daftar Akaun Baru untuk link borang permohonan Upu Online dan cara kemaskini pendaftaran semasa mohon untu kemasukan pelajar ke ipta 2024

daftar borang permohonan upu online 2024

Kementerian pengajian tinggi telah berjaya membangunkan satu sistem dalam talian untuk sistem upuonline permohonan universiti kemasukan ke Instistusi Pengajian Tinggi Awam bagi pelajar lepasan SPM dan STPM.

BACA SINI >> result upu online login

Semua pelajar yang ingin sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi di kebanyakan universiti awam di Malaysia, akan menggunakan sistem atas talian upu university ini.

Mereka perlu melalui beberapa proses untuk diterima masuk dari permohonan, kemaskini, keputusan dan juga permohonan universiti kali kedua untuk rayuan bagi yang gagal.

Cara Daftar Upu Online 2024 Register Akaun Baru

Bagi individu yang belum pernah register, sign up, mereka perlu daftar upu online 2024 permohonan pendaftaran kali pertama bagi membolehkan mereka mengakses akaun sistem UPUonline bagi upu permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Berikut merupakan cara untuk sign up, register, daftar upu online 2024 untuk pendaftaran akaun kali pertama:

  1. Layariportal link upu 2024, https://online.mohe.gov.my untuk upu daftar akaun baru online
  2. Pada halaman utaman tekan pautan “daftar akaun baru upuonline”
  3. Seterusnya, isikan butiran yang diminta seperti nombor kad pebgenalan, alamat e-mel, nama ibu, soalan keselamatan dan kata lalaun dan tekan butang “daftar”.
  4. Setelah pendaftaran upu university Berjaya, anda boleh log masuk ke dalam sistem upu online permohonan akaun untuk pengguna baru dalam talian.

Cara Login Permohonan Upu Online 2024

Selepas membuat pendaftaran akaun seperti di atas, anda boleh log masuk ke dalam sistem UPU online. 

  1. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pendaftaran dan klik pada kategori upu permohonan online samada lepasan SPM atau STPM dan tekan “login masuk”.
  2. Pada halaman papan muka, skrol ke bawah dan tekan butang “seterusnya”. Semak semula maklumat anda di upuonline sebelum tekan “seterusnya”.
  3. Di paparan berikutnya, anda perlu menjawab beberapa soalan seperti pinjaman PTPTN, adik-beradik yang sedang / telah melanjutkan pelajaran ke IPTA dan lain-lain. Jawab semua soalan tersebut dan tekan “seterusnya”.
  4. Anda akan dibawa ke bahagian maklumat peribadi. Isikan maklumat peribadi anda seperti nomobr kad pengenalan, nama, alamat rumah, nombor telefon anda dan ibu bapa, alamat e-mel, tempat lahir, bilangan adik beradik dan menjawab soalan samada anda OKU ataupun tidak. Setelah lengkap, tekan “seterusnya”.
  5. Bahagian seterusnya adalah maklumat keluarga. Pada bahagian ini, masukkan maklumat ibu bapa seperti nombor kad pengenalan, alamat, jumlah pendapatan dan lain-lain. Tekan “seterusnya”.
  6. Masukkan keputusan SPM anda di bahagian maklumat akademik dan tekan “seterusnya”.
  7. Kini anda boleh membuat pilihan Universiti dan Kursus yang ingin anda sertai.
  8. Terdapat 12 pilihan yang anda boleh pilih dan pastikan anda meletakkan kursus yang paling anda inginkan sebagai pilihan utama.
  9. Pilih zon temuduga anda sebelum klik “simpan” dan “seterunya”.
  10. Akhirnya anda boleh mencetak maklumat upu online permohonan anda di bahagian pengesahan.

Syarat Upu 2024 Online (Kelayakan Asas)

Setiap tahun, permohonan upu 2024 online dibuka untuk kemasukan ke Universiti Awam kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM.

Seperti pada tahun ini, permohonan upuonline telah dibuka pada Februari 2024 hingga Mac 2024.

Para pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui syarat am untuk syarat masuk Universiti Awam sebelum permohonan daftar upu course.

1. Syarat Masuk Universiti Lepasan Spm

Pelajar lepasan SPM boleh memohon untuk memasuki Universiti Awam (UA), politeknik, matrikulasi, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi lain dengan syarat menepati kelayakan berikut:

(i) UA / IPG / Kolej Matrikulasi / Politeknik Premier

Program Asasi / Matrikulasi

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan keputusan kepujian untuk sekurang-kurangnya LIMA (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah. 

Program Diploma

  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan keputusan kepujian untuk sekurang-kurangnya TIGA (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah. 

(ii) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA

Program Diploma

  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan keputusan kepujian untuk sekurang-kurangnya TIGA (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah. 

Program Sijil

Pemohon mestilah :-

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Boleh menulis, membaca dan mengira

2. Syarat Masuk Universiti Lepasan STPM / Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke UA / IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai kad pengenalan sahaja.
  • Bukan Warganegara boleh membuat permohonan terus ke UA berkaitan.

Upu Course di UiTM

UiTM hanya menyediakan program pengajian kepada warganegara berketurunan Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta Orang Asli Semenanjung sahaja.

Kelayakan Akademik

  1. Memiliki SPM / setaraf / SPM kertas Julai dengan mendapat keputusan KEPUJIAN bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS mata pelajaran Sejarah; dan
  2. Mendapat keputusan STPM / Setaraf sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau 
  3. Sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam); atau
  4. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dalam Matrikulasi /aAsasi; dan 
  5. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

3. Syarat Kemasukan Universiti Lepasan Diploma Dan Politeknik

Pelajar lepasan Diploma dan Politeknik tidak lagi perlu membuat permohonan upu fasa 2 untuk melanjutkan pengajian ke peringakat Ijazah Sarjana Muda. 

Syarat Am IPTA

DIPLOMA (UA/POLITEKNIK)

  • Memiliki SPM / setaraf / SPM kertas Julai dengan mendapat keputusan KEPUJIAN bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS mata pelajaran Sejarah; dan
  • Memiliki diploma IPT / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau kelulusan lain yang setaraf diluluskan oleh senat Universiti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan
  • Mendapat keputusan sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

Syarat Tambahan Permohonan Program Pendidikan di KPM

  • Warganegara Malaysia
  • tidak melebihi umur tiga puluh (30) tahun semasa mengemukakan permohonan. 
  • Lulus Matematik dalam SPM
  • Sihat mental dan fizikal

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan Temu Duga

  1. Calon yang layak, perlu menduduki dan melepasi tahap minimum MedSI. 
  2. Lulus ujian khas yang ditetapkan 
  3. Diperaku temu duga 
  4. Hanya untuk calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program pengajian sahaja

Kenapa Upu Online 2024 Permohonan Tidak Berjaya

Terdapat pelbagai sebab dan punca kenapa permohonan upu course tidak berjaya dan gagal.

Ini termasuk tersalah isi maklumat di upuonline, kekurangan dokumen sokongan dan sebagainya. 

(i) Tidak Memenuhi Syarat Am IPTA

Antara sebab yang paling mudah kenapa permohonan anda tidak berjaya adalah keranan keputusan SPM, STPM, Matrikulasi dan peperiksaan setaraf lain tidak memenuhi syarat am IPTA seperti yang dibincangkan di atas.

Sekiranya syarat am ini tidak dapat dipenuhi, maka permohonan universiti anda tidak akan diterima

(ii) Memohon Program Pengajian Popular

Kursus-kursus dan senarai program degree upu popular pastinya menjadi tumpuan ramai dan menerima permohonan yang banyak.

Perkara ini sekaligus meningkatkan persaingan dan calon yang memiliki keputusan yang lebih cemerlang akan diutamakan.

Oleh kerana permohonan yang banyak tetapi dengan kuota pengambilan yang terhad, maka banyak permohonan akan terpaksa ditolak menggunakan sistem merit.

(iii) Menolak Tawaran dan Memohon Semula Melalui e-Rayuan

Apabila anda menolak tawaran yang ditawarkan dan membuat rayuan melalui sistem e-Rayuan, permohonan anda akan gagal.

Ini kerana sistem e-Rayuan di upuonline andalah untuk calon yang langsung tidak menerima sebarang tawaran.

(iv) Gagal Temuduga

Terdapat beberapa program yang memerlukan temuduga sebelum menerima anda sebagai pelajar.

Apabila anda gagal melepasi tapisan temuduga maka anda akan gagal untuk mengikuti pengajian tersebut.

(v) Tidak Menekan Butang Sah dan Hantar

Semasa anda mengisi borang permohonan secara dalam talian, pastikan anda menekan butang pengesahan dan hantar permohonan universiti anda.

Sekiranya anda tidak berbuat demikian, sudah tentu pihak berwajib tidak menerima permohonan universiti anda.

(vi) Dokumen Yang Penting Tidak Lengkap

Semasa membuat permohonan, calaon akan dikehendaki untuk memuat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil SPM / STPM dan sijil pendidikan lain.

Dokumen-dokumen ini perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dimuatnaik, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan upu 2024 anda gagal.

YouTube video

Permohonan Upu Berjaya

  1. Borang berjaya diterima oleh sistem upuonline
  2. Memenuhi syarat khas program
  3. Terdapat kekosongan kuota
  4. Lulus temuduga upu university
  5. Kedudukan merit yang tinggi
  6. Dokumen lengkap
  7. Permohonan upu disahkan dan dihantar 

Tips Memilih Program Pengajian Sesuai Dengan Minat & Akademik

a) Pastikan keputusan anda melepasi syarat am UA dan syarat khas program

Sebelum membuat permohonan upu online, calon perlu memahami dan mengetahui syarat am kemasukan ke UA dan juga syarat-syarat khas program yang ingin diikuti.

Sekiranya keputusan anda tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, masih terdapat banyak lagi institusi pengajian dan latihan yang lain yang mungkin menepati syarat keputusan peperiksaan anda.

b) Gunakan sistem merit

Sistem merit merupakan sistem yang sangat membantu dalam membimbing calon untuk membuat permohonan agar keputusan permohonan upu online tidak mengecewakan.

Di situ anda boleh tahu, keputusan spm yang layak masuk universiti mengikut kos yang anda inginkan.

Gunakan kalkulator merit untuk mendapatkan markah merit anda untuk dipadankan dengan markah merit yang diperlukan oleh program.

c) Dapatkan maklumat berkaitan program pengajian dan Upu university

Sebagai persediaan sebelum membuat permohonan upu online, calon boleh merisik maklumat berkenaan IPT dan juga kursus-kursus yang ditawarkan agar calon mempunyai panduan untuk membuat permohonan.

Semak senarai kursus upu 2024 termasuk senarai program degree & senarai program diploma yang ada untuk buat perbandingan.

Sesetengah Universiti juga akan menganjurkan karnival pendidikan bagi kemasukan ke universiti masing-masing.

Para calon harus memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Universiti tersebut beserta dangan program-program yang ditawarkan agar mereka dapat menilai kelayakan mereka dan seterusnya memohon pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat.

d) Elak sebarang kesilapan semasa membuat permohonan UPU online

Semasa mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan kemasukan upu, pastikan anda mengisi maklumat yang tepat dan terkini.

Pastikan maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah dan e-mel, dan maklumat-maklumat lain diisi tanpa sebarang kesilapan ejaan atau nombor.

Dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan perlu lengkap dan telah disahkan.

e) Susun program mengikut keutamaan

Semasa memilih 12 kursus atau program pengajian dalam sistem dalam talian, pastikan anda meletakkan kursus yang paling anda minat sebagai pilihan utama.

Selepas itu, pastikan anda memilih dengan teliti kursus pilhan yang lain agar anda tidak hanya memilih kursus, kos upu sekadar untuk memenuhkan ruang sahaja.

Ini kerana, sekiranya anda tidak layak untuk pilihan utama, anda kemungkinan besar akan ditawarkan kursus pilihan yang lain.

f) Rujuk pihak yang berpengalaman

Bagi membuka minda dan menunjukkan jalan untuk anda memilih pengajian yang sesuai dengan kehendak anda dan juga kehendak alam pekerjaan sebenar, anda boleh merujuk kepada guru-guru kaunseling, ibu bapa, serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang berpengalaman dalam membuat permohonan upu online.

Kos terbaik untuk lepasan spm untuk sambung belajar ke universiti awam adalah bidang yang mampu menjanjikan peluang kerjaya yang luas selepas tamat belajar.

g) Utamakan kehendak anda semasa membuat permohonan upu online

Pelbagai pihak akan memberi pandangan dan pendapat semasa anda ingin membuat permohonan upu online, tetapi akhirnya nanti anda sendiri yang akan mengharungi dunia dan kehidupan kampus yang mencabar.

Justeru pilih kursus yang bersesuaian dengan minat, kebolehan diri, sesuai dengan cita-cita anda dan perlu diambil kisah juga berkenaan peluang pekerjaan bagi program tersebut.

h) Selidik kelebihan dan kekurangan program yang ditawarkan

Memilih program, kos upu pengajian ibarat menentukan masa depan anda.

Jadi pilihlah program yang mampu menjamin masa depan anda agar pengajian anda bukanlah sesuatu yang sia-sia dan perlu anda kesali.

Buat sedikit kajian berkenaan kelebihan dan kelemahan kursus yang ingin anda ceburi agar anda boleh membuat pilihan yang tepat.

Elak ambil kursus yang kurang popular di universiti dan course yang jarang orang ambil.

UpuOnline Pocket

UPU Pocket online merupakan satu aplikasi mudah alin yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk memudahkan pemohon atau calon-calon bagi mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan rujukan berkaitan urusan kemasukan pelajar ke IPTA.

Antara perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi upuonline ini adalah seperti:

a) Semakan 

  • Semakan status permohonan upu online.
  • Semakan keputusan permohonan kemasukan UPU 2024
  • Semakan kelayakan program pengajian.

b) e-Panduan

  • e-Panduan SPM
  • e-Panduan STPM/Setaraf
  • e-Panduan UPUSkils
  • Carian Program
  • Laluan Kerjaya

c) Direktori IPTA

d) Takwim

e) Hubungi

f) Notifikasi

Cara Kemaskini Permohonan Upu 2024

cara kemaskini upu upuonline

Pemohon yang memohon untuk memasuki matrikulasi / asasi boleh buat permohonan kemaskini upu 2024 online untuk pilihan program pengajian dengan memasukkan keputusan sebenar dan penuh lepasan SPM, STPM dan STAM serta lepasan diploma untuk kemasukan diploma dan degree..

Bagi permohonan untuk semua pengajian yang lain pula, pemohon boleh mengemaskini pilihan program kecuali program yang ada melibatkan temuduga termasuk cara update keputusan spm di upu.

Pada fasa ini, tiada lagi pilihan untuk pengajian bertemuduga untuk kemasukan pelajar ke ipta 2024.

Bagi pemohon yang memiliki diploma/setaraf, kemaskini upu 2024 hanya boleh dibuat dengan memuat naik dokumen sokongan dan keputusan sebenar tanpa update pilihan kursus pengajian.

Untuk kemaskini dan update permohonan upu 2024, anda perlu peka dengan tarikh update baik lepasan spm, stpm dan diploma.

Sebagai contoh pada tahun ini, fasa tarikh kemaskini upu 2024 telah dibuka dari tarikh Jun, 12pm sehingga Jun, 5pm.

Selain daripada tempoh tersebut, sistem tidak dapat dibuka untuk pengemaskinian. Cara kemaskini permohonan upu 2024 untuk kemasukan pelajar ke ipta 2024 sangat mudah.

  1. Layari laman web, http://upu.mohe.gov.my
  2. Seterusnya log masuk upuonline dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
  3. Upu kemaskini 2024 pilihan program pengajian anda.
  4. Tekan sah dan hantar.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan dikalangan anda semua yang berminat untuk kemasukan pelajar ke ipta 2024

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia