≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Cara Hantar Permohonan PTPTN Online untuk Pinjaman Pendidikan

Cara Hantar Permohonan PTPTN Online untuk Pinjaman Pendidikan

Janganlah sampai anda bergolak gadai sampai jual tanah, atau buat pinjaman along atau buat pinjaman dengan bank komersil untuk membantu anda tampung kos pengajian dan kos sara hidup seharian sepanjang tempoh pengajian anda kelak.

permohonan ptptn

Semua orang tahu, kos pengajian semakin melonjak tinggi. Itu sebabnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mempelawa kalangan anda semua yang berminat dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon pinjaman pendidikan melalui permohonan PTPTN secara online.

Tips Dan Langkah Betul Hantar Permohonan PTPTN

1. Sebelum anda hantar permohonan PTPTN online, anda perlu pastikan terlebih dahulu, semakan UPU contohnya telah dilakukan dan anda sudah menerima tawaran untuk masuk ke universiti di Malaysia. Tidak kisah universiti awam atau universiti swasta

2. Untuk mohon, anda juga perlu beli terlebih dahulu ada nombor PIN PTPTNyang perlu anda dapatkan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan anda

3. Permohonan ini terbuka kepada yang mahu belajar di peringkat diploma sepenuh masa, ijazah sepenuh masa, ijazah sarjana sepenuh masa ataupun Ijazah doktor falsafah (PHD) sepenuh masa.

4. Jikalau semuanya sudah lengkap boleh mula isi permohonan PTPTN online. Pautannya adalah seperti di bawah ini :

Perkara Butirannya
Pautan Permohonan PTPTN secara online KLIK SINI

 

5. Selepas berjaya hantar, sila cetak salinan permohonan dan hantarkan ke cawangan PTPTN yang berdekatan dengan anda

P/S : Jikalau anda sudah mohon, dan dah dapat duit jangan lupa bayar semula duit tersebut. Hutang tetap hutang, perlu bayar semula.

PP/S : Lebih baik lagi gunakan peluang semasa belajar di pengajian tinggi untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Buat yang terbaik. Dengan harapan anda tidak perlu bayar semula. Menarik bukan tawaran ini? Terpulang kepada anda. Tawaran sudah dikemukakan.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bagaimana Cara Semakan PTPTN untuk Tahu Baki Bayar... Bagaimana Cara Lakukan Semakan PTPTN untuk Tahu Baki Bayaran Balik Pinjaman Permohonan PTPTN telah pun lulus. Duit pinjaman pendidikan sudah pun dite...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: