≡ Menu

Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2017. Berminat?



Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2017. Berminat?

Berita baik kepada adik-adik yang sangat berminat untuk menyertai Maktab tentera Diraja MTD, sekarang ini

permohonan maktab tentera diraja

Berdasarkan sejarah, Maktab tentera Diraja MTD telah melahirkan ramai pemimpin Malaysia yang ada pada hari ini. Antaranya ialah Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Tun Dr. Ling Liong Sik, Tan Sri G. Gnanalingam, Datuk Munir Majid dan tidak lupa juga bekas pemain hoki kebangsaan, Minarwan Nawawi.

Adakah anda bakal menyertai kumpulan elit seperti di atas selepas ini?

Sekarang ini Maktab tentera Diraja MTD mempelawa anda semua pelajar Tingkatan 3 yang baru selesai peperiksaan Tingkatan 3 PT3 untuk tidak lepaskan peluang menghantar permohonan Maktab tentera Diraja MTD ambilan 2017 bagi kemasukan Tingkatan 4 untuk ini. Bagaimana Berminat?

Butiran Semakan Permohonan Maktab tentera Diraja MTD?

Jikalau berminat, boleh semak butiran pada jadual di bawah ini.

PerkaraButiran dan Pautannya
Tarikh buka permohonan5 Ogos 2016
Tarikh tutup permohonan30 November 2016
Permohonan Maktab Tentera Diraja secara onlineKLIK SINI
Butiran lanjut mengenai semakan keputusanKLIK SINI
Talian Hotline03-89465565 atau 03-89655562

 

Pastikan anda melepasi syarat kelayakan yang telah un ditetapkan oleh pihak RMC (Royal Military College)

  1. Dibuka untuk anda yang merupakan pelajar Tingaktan 3 bagi tahun ini
  2. Mestilah lelaki. Perempuan tidak dibenarkan sama sekali
  3. Tinggi anda mesti lebih 152 cm
  4. Berat pula tidak kurang 40.5 kg
  5. Dan Body Mass Index (BMI) berada pada julat antara 18 hingga 27
  6. Mempunyai ukuran dada 74 cm dan juga 79 apabila menarik nafas
  7. Penglihatan dalam keadaan baik dan tidak rabun warna.
  8. Walaubagaimanapun jikalau anda pakai cermin mata mestilah bacaan tidak lebih 6/12
  9. Kesihatan baik dan tiada penyakit
  10. Boleh melakukan sebarang aktiviti lasak tanpa kemudaratan
  11. Pastikan anda mendapat result dan keputusan yang baik bagi matapelajaran bahasa Melayu, Bahasa Inggeris English, Matematik dan juga Sains

Yang bagus apabila anda diterima masuk ke Maktab Tentera Diraja ini antara habuan dan kelebihan untuk diri anda yang akan menuntut semasa Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kelak.

  • Akan akan dapat elaun duit saku sebanyak RM100 setiap bulan
  • Tidak payah pening kepala mengenai tempat tinggal dan penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis, alat tulis dan juga uniform sekolah dan uniform kadet, makan sarapan, makan tengahari dan makan malam semuanya ditanggung dan diberikan percuma untuk anda
  • Apa yang anda perlu bayar hanyalah yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan sahaja

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: