Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia: Kelemahan & Cadangan

Contoh Masalah Pengangkutan awam di Malaysia Pt3 di kawasan kajian : Mengenal Pasti Dan Huraikan Senarai Faktor serta cadangan penambaikan?

contoh masalah pengangkutan awam di malaysia

Di bawah ini terdapat beberapa contoh masalah sistem pengangkutan yang ingin kami kongsikan bersama dengan adik-adik calon PT3 pada artikel kali ini.

Semoga dengan entri kali ini anda akan mendapat sedikit pencerahan dan informasi mengenai intisari masalah sistem pengangkutan yang mesti anda disertakan sekali dalam tugasan geografi anda itu.

BACA SINI >> Harga renew lesen memandu 2023

Apakah masalah dam kelemahan sistem pengangkutan haruslah bersesuaian dan berkaitan dengan pengangkutan awam di malaysia untuk jangka  pendek dan jangka masa lama yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda. Kami akan kongsikan intipati, maksud, definisi, konsep, pengertian atau lebih tepat lagi takrifan dan konsep sistem pengangkutan di Malaysia.

Contoh Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia

BACA SINI >> Kedudukan kerusi bayi dalam kereta

Antara kesan kesan keburukan masalah perkembangan sistem pengangkutan darat, udara dan air di malaysia yang sering dihadapi dan dialami oleh pengguna adalah :

BACA SINI >> Cara isi borang gdl license malaysia

  1. Keselamatan penumpang dan pengguna terancam – Sesetengah pemandu bas yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab boleh mengundang padah kepada para penumpang. Penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas itu berasa tidak selamat dan khuatir akan keselamatan dirinya. Sikap seperti ini juga boleh meyebabkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain turut terancam sama.
  2. Jangka masa / tempoh masa yang lama – Sebelum pelancaran Bas Rapid Penang, pengguna terpaksa menggunakan dan menunggu bas henti-henti hampir satu jam lamanya. Ketibaan bas yang tidak tentu masa juga menyukarkan dan menyusahkan para penggunanya menggunakan khidmat bas ini. (Sumber sini)
  3. Kos bahan api meningkat naik –  Tambang pengangkutan awam terutamanya bas meningkat dan bertambah berikutan harga minyak yang semakin meningkat.
  4. Kenderaan lama yang digunakan – Perkhidmatan van atau bas sekolah adalah jenis kenderaan lama telah yang berdaftar dan usia kenderaan menjangkaui 10 sehingga 15 tahun. Keadaan, kondisi dan tempat duduk bas juga dalam keadaan tidak memuaskan dan tidak selesa.
  5. Bacaan indeks pencemaran udara yang terhasil – Udara boleh tercemar disebabkan kebanyakan pengangkutan awam menggunakan minyak diesel terutamanya bas. Gas karbon monoksida dan asap hitam yang berjelaga daripada kenderaan akan mencemari udara
  6. Pencemaran Bunyi – Bunyi enjin kenderaan yang kuat dan sangat bising akan membingitkan telinga dan menimbulkan susasana yang tidak tenang. Ini jelas sekali, mengganggu ketenangan dan ketenteraman penumpangnya. Kebiasaannya situasi ini sering terjadi pada bas-bas yang sudah lama digunakan. Ini pula situasi bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan lapangan terbang, yang pasti seringkali terganggu dengan bunyi bising enjin kapal terbang yang membuat pendaratan mahupun yang mahu berlepas. Ini sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian penduduk sekitar berikutan bunyi bising di kawasan lapangan terbang demikian.

takrifan konsep pengangkutan awam

BACA SINI: Contoh Borang Soal Selidik Pt3

Contoh Penambaikan Pengangkutan Awam

Setiap isu pasti ada langkah langkah cadangan penambahbaikan masalah sistem pengangkutan awam di malaysia untuk diselesaikan supaya ia tidak terus berpanjangan.

cadangan penambahbaikan pengangkutan awam

  • Kualiti pengangkutan awam di Malaysia hendaklah dipertingkatkan oleh kerajaan dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang dinamik dan mantap setiap geri kerjanya.
  • Pengangkutan awam perlu diperbanyak oleh kerajaan untuk menampung dan memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terutamanya di bandar-bandar utama.
  • Sistem pengangkutan awam yang disediakan kerajaan mestilah tidak memerlukan masyarakat untuk kerap kali bertukar rangakaian atau ‘station’ sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
  • Cara yang lebih mudah dan senang hendaklah difikirkan oleh kerajaan untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti dengan menyediakan kemudahan sistem membeli tiket secara bersepadu.
  • Supaya tidak membebankan pengguna yang berpendapatan rendah terutamanya, harga tiket murah dan berpatutan atau mampu milik perlulah ditetapkan oleh kerajaan.
  • Bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam, kajian secara menyeluruh mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam perlu dilaksanakan oleh Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
  • Jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan perlulah dipastikan pengusaha pengangkutan awam supaya jadual yang dirancang dapat ditepati agar pembaziran masa pengguna tidak akan berlaku.
  • Kualiti perkhidmatan syarikat kenderaan boleh ditingkatkan oleh pengusaha pengangkutan awam dengan meletakkan radio dan televisyen agar pengguna lebih berasa selesa dan terhibur apabila menaiki kenderaan mereka.
  • Sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada kenderaan masing-masing oleh pengusaha pengangkutan awam supaya sebarang aktiviti dan perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika dan peraturan jalan raya dapat dirakam.
  • Keselamatan kenderaan yang ditinggalkan kepada pengguna mestilah dipastikan oleh pengusaha agar pengguna lebih yakin dan selamat untuk menggunakan pengangkutan awam.
  • Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia perlulah diuar-uarkan oleh media massa.
  • Saranan kerajaan hedaklah disahut oleh masyarakat supaya pengangkutan awam di Malaysia digunakan oleh orang ramai.
  • Penerangan kepada para pelajar perlulah diberikan oleh pihak sekolah berkenaan dengan kepentingan menggunakan pengangkutan awam di seperti contohnya dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap yang keluar dari kenderaan, kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan kesesakan lalu lintas juga dapat dielakkan.

Contoh Takrifan dan Konsep Sistem Pengangkutan

Kami akan kongsikan intipati, maksud, definisi, pengertian atau lebih tepat lagi takrifan dan konsep sistem pengangkutan di Malaysia.

Menurut sumber Wikipedia, pengangkutan adalah merujuk kepada sebuah kenderaan yang akan mengangkut atau membawa seseorang atau sesuatu dari satu destinasi ke destinasi yang lain, yang biasanya jarak perjalanan adalah lebih jauh berbanding dari berjalan kaki.

Sistem Pengangkutan kebiasaannya boleh terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa kenderaan itu dan lain-lain lagi.

Antara pembahagian pengangkutan yang kebiasaannya kita dengar adalah pengangkutan laut, pengangkutan udara dan pengangkutan darat.

Menurut sumber dari Wikipedia, pengangkutan awam meliputi segala sistem pengangkutan yang ada di mana kenderaan sendiri tidak akan digunakan oleh penumpang untuk bergerak.

Menurut sumber dari Kamus Dewan dan Pustaka (Edisi Keempat), pengangkutan awam dapat dimaksudkan atau didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti bas, teksi ataupun kereta api yang digunakan oleh orang awam dan ramai di kawasan tertentu dengan tetapan kadar tambang yang selaras.

Pengangkutan awam juga adalah merupakan pengangkutan yang dikenakan bayaran dan digunakan oleh orang ramai yang telah disediakan oleh pihak awam. Kebiasaannya pengangkutan awam dikawal sebagai pengangkutan umum dan telah dikonfigurasi dan ditetapkan untuk menawarkan perkhidmatan yang berjadual tetap dalam setiap laluannya tanpa sebarang tempahan. Penumpang kebanyakannya akan bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan iaitu di antara rumah mereka dan pusat membeli belah, kawasan pendidikan dan tempat kerja mereka.

Contoh Rumusan Sistem Pengangkutan di Malaysia

rumusan sistem pengangkutan

Pengangkutan awam adalah sistem pengangkutan yang digunakan oleh kalangan penumpang di mana kenderaan sendiri tidak akan digunakan untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Di kawasan kajian saya, jenis pengangkutan yang terdapat adalah van dan sekolah, Bas RapidKL dan teksi.

Di kawasan Perdana Putra ini, pengangkutan awam adalah sangat penting kerana  ia memudahkan penduduk dan meningkatkan mobiliti penduduk terutama bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak. Antara kepentingan lain pula adalah kesesakan jalan dapat dikurangkan di Perdana Putra. Selain itu, penjimatan kos penduduk Perdana Putra dapat dilakukan dan pekerja kilang dan para pelajar boleh mengggunakan kemudahan ini untuk mengangkut mereka. Walau bagaimanapun, beberapa masalah dihadapi oleh penduduk Perdana Putra berkaitan pengangkutan awam iaitu contohnya seperti tambang mahal, mengambil jangka masa yang lama, keselamatan penumpang dan yang paling ketara adalah pencemaran udara.

Saya mencadangkan beberapa solusi atau langkah untuk mengurangkan masalah-masalah sistem pengangkutan tersebut  seperti kos operasi dikurangkan, penggunaan petrol tanpa plumbum, undang-undang dikuatkuasakan dan lebih diperketatkan dan akhir sekali, penapis asap digunakan ataupun ‘catalytic converter’ pada pengangkutan awam. Dengan masalah-masalah yang dihadapi penduduk Perdana Putra ini, saya amat berharap pihak berwajib dan yang bertanggungjawab akan prihatin berkenaan isu ini. Saya berasa bangga dan berbesar hati kerana pihak berwajib berusaha sedaya upaya memperbaiki perkhidmatan sistem pengangkutan awam yang terdapat di Perdana Putra ini.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia