Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages
≡ Menu

Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 (PART 1)

Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

Kali ini kami di Mypt3 akan berkongsi dengan para pelajar berkaitan dengan latar belakang Perjanjian Persekutuan 1895.

latar belakang perjanjian persekutuan 1895

Semoga dengan perkongsian Mypt3 dapat membantu anda dalam menambah ilmu pengetahuan berkenaan perjanjian dan dokumen lama Malaysia.

Pada tanggal 1 Julai pada tahun 1896 tercatatlah sejarah apabila negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan juga telah sepakat untuk bersatu dan bergabung bersama bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu seterusnya mengangkat Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat pentadbirannya.

Nah…sejarah ini bermula sistem Residen yang digunapakai sebelum itu dilihat sudah tidak lagi relevan dan tidak lagi menepati yang dikehendaki oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu pada waktu sehingga sudah ada usaha untuk Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Tambahan pula pihak British merasakan sudah masa dan ketikanya negeri-negeri di Tanah Melayu perlu bersatu dan digabungkan pada kesatuan yang lebih besar untuk menjadi negeri-negeri di Tanah Melayu lebih kuat dan bertambah kaya sekaligus dapat membantu dan meringankan beban negeri-negeri yang kurang kaya sekaligus dapat menyeimbangkan kekuatan setiap negeri di Tanah Melayu.

Akhirnya, Frank Swettenhem telah tampil menerangkan hasrat dan rancangan tersebut kepada Raja-raja yang berkenaan sekitar pada tahun 1895 untuk mendapatkan persetujuan dan perkenan raja-raja Melayu yang terbabit. Raja-raja Melayu bersetuju dan terbitnya satu perjanjian yang dipanggil perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 yang mana telah ditandatangan oleh :

  1. Gabenor Negeri-negeri Selat
  2. Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak kerajaan British
  3. Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Berdasarkan semakan pada Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 itu, raja-raja Melayu bersetuju untuk mereka ditempat di negeri-negeri mereka yang mana berada di bawah lindungan kerajaan British sekaligus membentuk satu persekutuan di bawah nasihat dan pentadbiran kerajaan British.

Untuk calon PT3 2015 Tingkatan 3 bagi Tugasan Sejarah Pt3 2015, anda dikehendaki membuat kajian dan menghuraikan apa yang berlkau disebalik Perjanjian Persekutuan 1895. Untuk siri laporan artikel kali ini, Mypt3 kongsikan bersama dengan anda Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895.

Semak Contoh Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

Untuk semak lebih lanjut apa butiran yang lebih lanjut dan lengkap disebalik latar belakang perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 boleh semak dokumen dan gambar di bawah ini

Ikuti perkongsian maklumat dan dokumen bagi Tugasan Sejarah PT3 2015 kali ini, ikuti (PART 2) untuk tajuk melibatkan faktor Perjanjian Persekutuan 1895 berlaku di MYpt3.com

KLIK SINI : Contoh Jawapan Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 (PART 2)

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Pengenalan Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 ... Contoh jawapan Pengenalan Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 Sejarah Pt3 Ada yang bertanya kepada kami samada dapat atau tidak, untuk kami kongsi...
Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 : Faktor, K... Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 : Faktor, Kesan dan Rumusan Sejarah PT3? Untuk edisi tugasan pelajar Tingkatan, pelajar diwajibkan menyiapkan ...
Perkaitan Pembentukan Persekutuan 1895 Dengan Keda... Menghubungkait Perkaitan Pembentukan Persekutuan 1895 Dengan Kedaulatan Malaysia. Contoh Jawapan Sejarah PT3? Selain daripada pengenalan dan latar be...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: