≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Impak dan Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar

Senarai Impak petempatan pertanian perniagaan dan Kesan Guna Tanah terhadap Alam Sekitar Kursus geografi Pt3 berdasarkan kajian taburan pada peta lakar Tingakatan 3

Seperti yang kita tahu, daripada struktur muka bumi yang semulajadi untuk dimajukan untuk pelbagai tujuan aktiviti ekonomi dan pembangunan sudah pastinya memberikan kesan langsung dan tidak langsung, kesan positif dan juga kesan negatif.

kesan guna tanah

Jikalau kesan negatif boleh menyebabkan pencemaran udara, pencemaran air ataupun pencemaran bunyi yang berlaku akibat aktiviti guna tanah.

Tidak boleh dielakkan kesan guna tanah terhadap alam sekitar lebih-lebih melibatkan kawasan kajian di kawasan saya iaitu Cameron Highland.

Aktiviti pertanian dan perlombangan yang giat berlangsung di sekitar Cameron Highland telah memberikan impak dan kesan kepada kawasan ini.

Senarai Kesan Pembangunan Tanah Ke atas Alam Sekitar

Kesan Guna Tanah Akibat Aktiviti Pertanian

Penebangan hutan secara meluas dan berleluasa, ditambah dengan pembakaran secara terbuka untuk melakukan aktiviti guna tanah dengan menukarkan daripada kawasan hutan tebal kepada kawasan pertanian luas telah menyebabkan impak dan kesan terhadap alam sekitar termasuk mengakibatkan pencemaran udara di Cemeron Highland.

Ia telah menyebabkan kawasan Cameron Highland seringkali menghadapi kawasan tanah menjadi mendap, banjir lumpur, hakisan tanah, tanah runtuh, cerun-cerun di skeitar menjadi tidak selamat.

Biodiversiti dan kehidupan haiwan di hutan turut terjejas dek kerana ekosistem di kawasan hutan telah menjadi musnah. Sehingga menyebabkan akan ada masalah haiwan terpaksa menceroboh masuk di kawasan penempatan manusia di sekitar Cameron Highlands.

impak guna tanah

Tidak cukup dengan itu bekalan air bersih turut terganggu dengan aktiviti penebangan hutang yang berleluasa. Kawasan bukit Cameron Highland yang seringkali menjadi kawasan tadahan hujan akan terjejas dengan aliran air bawah tanah yang sudah pun tercemar.

Apabila sudah menjadikan kawasan guna tanah kepada pertanian, pastinya penggunaan racun makhluk perosak tidak boleh sama sekali tidak boleh dielakkan.

Berdasarkan rekod, sejumlah USD30 bilion dibelanjakan setiap tahun di seluruh dunia untuk kegunaan racun makhluk perosak. Bertambah teruk lagi, negara negara membangun seperti Malaysia telah membelanjakan 40 peratus daripada USD30 bilion itu untuk racun makhluk perosak seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.

Ini menyebabkan penduduk di sekitar akan terdedah kepada masalah kulit dengan penggunaan racun makhluk perosak yang berleluasa tanpa kawalan. Inilah antara kesan guan tanah terhadap alam sekitar.

Dan akhirnya kita boleh lihat dan nilaikan sendiri di mana didapati suhu di sekitar Cameron Highland menjadi semakin panas di kawasan setempat dek kerana pokok yang menjadi pelindung kepada sinaran terik matahari semakin berkurang.

P/S : Sudah tahu apa kesan guna tanah terhadap alam sekitar pasti ada yang tertanya apa usaha usaha dan cadangan mengatasi kesan guna tanah terhadap alam sekitar seperti yang diulas panjang di atas. Di bawah ini kami kongsikan beberapa cadangan kesan guna tanah terhadap alam sekitar untuk tujuan langkah mengatasi pencemaran udara dan juga langkah mengatasi pencemaran air

Perkara Butirannya
Langkah mengatasi pencemaran udara KLIK SINI
Langkah mengatasi pencemaran air KLIK SINI

 

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Apa Definisi dan Maksud Guna Tanah Geografi Pt3 Apa Definisi dan Maksud Guna Tanah petempatan pertanian perniagaan Geografi Pt3. Senarai jenis guna tanah Tajuk Kerja Kursus geografi Pt3 Sebagai tid...
Kerja Kursus Geografi PT3 2018 Tingkatan 3: Pandua... Contoh tugasan folio Kerja Kursus Geografi PT3 2018 Tingkatan 3: Panduan Tugasan bagi kajian taburan guna tanah dengan peta lakar? Alhamdulillah, rat...
Contoh Kaedah Kajian Geografi PT3 : Kajian Guna Ta... Contoh Kaedah Kajian Geografi PT3 : Maksud Kajian Guna Tanah Kerja Kursus Geografi Pt3 Ada beberapa cara teknik, cara atau kaedah kajian geografi pt3...
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com