≡ Menu

Senarai Kesalahan Tatabahasa PT3. Contoh Kesilapan Pelajar Tingkatan 3

Senarai Kesalahan Tatabahasa PT3. Contoh Kesilapan Pelajar Tingkatan 3

Pada entri ini, kami di MyPT3 akan berkongsi dengan anda semua berkenaan kesalahan tatabahasa yang sering pelajar lakukan.

Contoh Kesalahan Tabahasa PT3

kesalahan tatabahasa pt3

Jadi, para pelajar boleh merujuk pada kesalahan tatabahasa PT3 di bawah untuk memantap dan memperkasakan lagi ilmu tatabahasa anda.

Bahan dan material yang kami kongsikan mungkin dapat membantu dan membimbing para pelajar terutama bagi pelajar PT3.

Terdapat satu kesalahan bahasa pada setiap ayat di bawah. Sila garis pada bahagian kesalahan tersebut dan nyatakan kesalahan tersebut

  1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan
  2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
  3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
  4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
  5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
  6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung
  7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
  8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.
  9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
  10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
  11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
  12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat
  13. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
  14. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
  15. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
  16. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
  17. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
  18. “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
  19. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
  20. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
  21. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam.
  22. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
  23. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
  24. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat persiapan hari raya.
  25. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
  26. Wahida gemarkan masakan yang dimasak dari kakaknya
  27. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.
  28. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.
  29. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka
  30. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.
  31. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini.
  32. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu.
  33. Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang.
  34. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.
  35. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.
  36. Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal.
  37. “Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-pelajarnya.
  38. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.
  39. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.
  40. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan.
  41. Hidup berjiran mestilah saling tolong – menolong.
  42. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli
  43. Janganlah saling caci – mencaci sesama kita.
  44. Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya.
  45. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
  46. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang.
  47. Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu.
  48. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.
  49. Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di dusun datuknya.
  50.  Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari lahirnya.
  51. Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi.
  52. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.
  53. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu.
  54. “Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang,” ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya.
  55. “Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.
  56. Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat.
  57. Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk.
  58. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan.
  59. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka.
  60. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati.

Jawapan akan Mypt3 kemaskinikan bagi senarai contoh latihan seperti di atas. Nantikan!

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Mypt3 boleh katakan bahasa Istana cukup indah dan klasik. Bahasa Istana ini jikalau boleh jangan dibiarkan ...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: