≡ Menu

Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Tingkatan 3: Panduan Tugasan?


Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Tingkatan 3: Panduan Tugasan?

Alhamdulillah, rata-rata pembaca setia Mypt3 sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus sejarah Pt3 2017, hampir kesemuanya telah memulakan, ada yang telah siap malah ada yang hantar awal kepada guru masing-masing.

kerja kursus geografi pt3

Semuanya hasil panduan yang Mypt3 kongsikan di sini dan tidak lupa juga semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh kalangan ahli kumpulan “Study Group Pt3 by Mypt3.com”. Tahniah diucapkan kepada anda semua.

Nah, kali ini giliran tugasan kerja kursus Geografi Pt3 2017 untuk disudahkan oleh kalangan pelajar Tingkatan 3 yang mana akan bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Seperti biasanya Mypt3.com akan berkongsi segala intipati dan maklumat berdasarkan format yang telah ditetapkan termasuklah :

Butiran Awal Kerja Kursus Geografi Pt3 2017?

Seperti yang kita semua sedia maklum, tajuk peta lakar pt3 telah dipilih untuk anda muatkan dalam Tugasan Kerja Khusus Geografi Pt3 2017 kali ini melibatkan kawasan kajian anda.

Seperti di bawah ini antara perlu anda sudahkan dan siapkan sebelum dihantarkan pada tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 31 Julai 2017 ini.

Kehendak soalan atau tugasan yang telah diberikan hendaklah ditepati dalam menghasilkan kajian kes yang bermutu dan terbaik. Aspek kehendak soalan yang dikehendaki itu merangkumi :

  1. Pengenalan
  2. Tajuk kajian kes yang relevan
  3. Senarai Isi Kandungan
  4. Penghargaan
  5. Objektif Kajian Yang Dijalankan,
  6. Kaedah Kajian Geografi PT3
  7. Latar Belakang (Pendahuluan), Ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian yang dilakukan
  8. Peta Lakar berasas peta topografi di kawasan kajian anda
  9. Halangan bagi memajukan kawasan berlorek di kawasan kajian
  10. Potensi yang ada untuk memajukan di kawasan kajian
  11. Cadangan untuk menyelesaikan halangan dan masalah bagi memajukan kawasan berlorek di kawasan kajian
  12. Rumusan Geografi PT3
  13. Borang Soal Selidik Geografi Pt3
  14. Lampiran (gambar/dokumen) yang berkaitan dan akhir sekali adalah Sumber Rujukan.

Jelas? Di bawah ini adalah tarikh tempoh pelaksanaan kerja kursus Geografi PT3 2017 berserta dengan perkara yang mesti dirangkumkan dalam kes kajian geografi anda:

Perkara Butiran
Tempoh Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Tarikh pelaksanaan : 3 Julai sehingga 31 Julai 2017
Arahan Kerja Kursus Geografi PT3 2017 Latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian
Melukis dan mentafsir peta lakar berasaskan peta topografi di kawasan kajian
Lorekkan kawasan yang ada potensi dan peluang untuk dimajukan dan hurai dan jelaskan potensi tersebut
Cadangan Penambahbaikan atau pembaikanpulih atau usaha-usaha atau langkah-langkah yang boleh dilaksanakan terhadap sebarang halangan di kawasan kes kajian hendaklah untuk dimajukan.
Bentangkan laporan hasil kajian kepada guru

Calon PT3 2017 dikehendaki untuk melakukan Tugasan kerja kursus geografi PT3 iaitu kajian kes berhubung atau berkaitan dengan lukisan peta lakar yang perlu ditafsirkan di kawasan tempat tinggal calon ataupun berhampiran sekolah calon.

Calon dinasihati supaya memastikan ketulenan ataupun ‘originality” kajian kes kerja kursus geografi Pt3 yang dijalankan. Dalam erti kata lain, anda tidak boleh memplagiat ataupun meniru secara bulat-bulat sepenuhnya hasil kerja pihak dan individu lain. Seeloknya tugasan kajian yang dihasilkan ini adalah atas titik peluh dan usaha calon sendiri.

Mahu lihat contoh terbaik untuk kerja kursus geografi pt3 2017 yang boleh anda jadikan rujukan, hasil perkongsian Mypt3.com boleh klik pada pautan di bawah ini :

pt3

Perkara Butirannya
Contoh Geografi Pt3 Jawapan Tugasan 2017 KLIK SINI

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Kaedah Kajian Geografi PT3. Peta Lakar aka Peta To... Kaedah Kajian Geografi PT3 : Peta Lakar aka Peta Topografi Ada beberapa cara teknik, cara atau kaedah kajian geografi pt3 yang boleh digunapakai ba...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: