≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Berita Kenaikan Gaji Penjawat Awam Tahun 2018

Kenaikan Gaji Penjawat Awam. Semakan Skim Tangga Gaji Kakitangan kerajaan

Seperti biasa Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Perkhidmatan Awam dan Awam (Cuepacs) terus merayu kepada pihak kerajaan Malaysia supaya diluluskan permohonan dan rayuan kenaikan gaji penjawat awam naik ini dipercepatkan.

kenaikan gaji penjawat awam

Sudah semestinya dengan pelaksanaan tuntutan ini dapat meringan beban terutanaya kalangan kakitangan awam pada kala mereka menghadapi desakan kos sara hidup hari ini.

Kos sara hidup naik sehingga 8 peratus, tetapi gaji masih di tahap itu. Tiada perubahan untuk sekian lamanya. Jadi ia sangat membantu bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam ini terus berhutang semata-mata mahu mendapatkan duit lebihan setiap bulan untuk perbelanjaan isi rumah masing-masing.

Walaubagaimanapun berdasarkan dapatan majoriti dari 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia mereka mahukan skim gaji mereka ada semakan semula. Ini kerana selama ini yang ada hanya pelarasan gaji semata.

Sejarah Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam di Malaysia

Tahun Butirannya
2011 Gaji naik antara 7 peratus hingga 13 peratus
2013 Gaji naik minimum penjawat awam naik kepada RM1200
2018 Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 penjawat awam dijanjikan satu lagi kenaikan gaji tahunan jika Barisan nasional menang

 

NOTA PENTING : Malangnya, regim Barisan nasional telah ditumbangkan pada keputusan PRU yang lalu. Bermakna tiada kenaikan gaji. Seperti yang disahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kenaikan gaji penjawat awam tidak diteruskan 1 Julai 2018 adalah kerana ia dijanjikan oleh parti Barisan Nasional bukannya parti Pakatan Harapan. Oleh itu, Pekeliling kenaikan gaji 2018 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam tiada, harap maklum.

Patutkah Kenaikan Gaji Penjawat Awam

  1. Harga barang naik terlalu pantas, tetapi gaji bergerak perlahan yang tidak padan dengan impak inflasi di Malaysia hari ini
  2. Perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia semakin berkurang dek kerana impak pengenalan cukai GST di zaman pimpinan Najib Razak, subsidi minyak yang dipotong, kenaikan tarif elektrik naik, kenaikan tol dan juga pemotongan subsidi gula
  3. Pertumbuhan ekonomi dikatakan baik, jadi tiada salahnya untuk kakitangan kerajaan merasai sendiri impaknya
  4. Sudah lama penjawat awam menggunakan skim gaji yang lama yang tiada penambaikan sejak sekian lamanya
  5. Patut. Ini kerana penjawat awam telah bekerja keras dan buat yang terbaik untuk memberikan servis kepada rakyat Malaysia. Jadi berita ini sebagai tanda penghargaan.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Sejarah Tahun 2013 Hingga 2018 Bonus Penjawat Awam Bonus Penjawat Awam. Sejarah Tahun 2013 Hingga Tahun 2018 Saranan Cuepacs adalah bonus penjawat awam dua bulan gaji yang wajar dipertimbangkan oleh k...
Pengumuman Bonus Raya 2018 Untuk Kakitangan Awam Pengumuman Bonus Raya 2018 Untuk Kakitangan Awam dan bantuan khas raya penjawat Awam Aidilfitri Dahulu orang tidak kisah sangat pengumuman seperti in...
Tawaran 100,000 Jawatan Kosong SPA Setiap Tahun Tawaran 100,000 Jawatan Kosong SPA Setiap Tahun Yang hantar permohonan jawatan kosong tidak sama dengan tawaran jawatan dan kerja yang ada. Itulah ya...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: