≡ Menu

Contoh Karangan Tidak Rasmi PT3. Format Surat?

Contoh Karangan Tidak Rasmi PT3. Format Surat?

Berikut kami kongsikan kepada anda pelajar PT3 berkenaan contoh surat tidak rasmi PT3.

karangan tidak rasmi

Contoh karangan penulisan yang diberikan di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi para pelajar PT3 untuk menulis karangan surat tidak rasmi yang terbaik dari segi kualiti dan mutunya.

Contoh Surat Karangan Tidak Rasmi PT3 : Surat Kepada Sahabat

Contoh tajuk soalan : Balas dan pucukkan surat kepada sahabat anda yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat tempat pelancongan yang menarik.

(Pada sebelah kiri, alamat, tarikh dan tandatangan hendaklah ditulis)

 

No. 39, Jalan Damai,
Taman Bukit Anggerik,
Ipoh, 30290
Perak Darul Ridzuan.

6 Ogos 2016

Menemui sahabat penaku Arthur, yang kini berada bersama keluarga di Melbourne, Australia, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara Arthur,

Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat dan kawasan perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini, saya ada bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati oleh saudara. Antaranya termasuklah pemandangannya yang sangat memukau hati. Ini kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saudara dapat menikmati keindahan suasana dan pantainya ini dengan mengunjungi sendiri ke Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi juga terkenal sebagai gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan Legenda Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri. Sejarah ringkasnya Mahsuri adalah seorang perempuan cantik yang telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat fitnah. Darah putih telah mengalir daripada tubuh Mahsuri ketika hukuman bunuh dijalankan. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan terhadap Langkawi selama tujuh keturunannya akan jadi seperti padang jarang padang terkukur.

Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri. Sekiranya saudara berkesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat ini tentu saudara akan memperoleh lebih banyak informasi mengenai lagenda ini. Di Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Beras Hangus dan Telaga Tujuh yang mempunyai kaitan dengan pelbagai legenda dan mitos.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada peluang dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini akan saya cuba hantar kepada saudara.

Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.

Yang Benar,

Harith Faidz

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Mypt3 boleh katakan bahasa Istana cukup indah dan klasik. Bahasa Istana ini jikalau boleh jangan dibiarkan ...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: