≡ Menu

Contoh Karangan Perpaduan Kaum Pt3 Bahasa Melayu Terbaik

Contoh Karangan Perpaduan Kaum Pt3 Bahasa Melayu Terbaik

Berikut di bawah ini, kami di MyPT3 ingin berkonsi contoh karangan kepentingan perpaduan kaum di Malaysia sebagai panduan dan sumber rujukan para pelajar.

karangan perpaduan kaum

Tajuk Karangan Perpaduan Kaum : Malaysia terkenal di persada dunia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa yang bersatu padu.

Berikan pendapat anda mengenai kepentingan perpaduan kaum di negara tercinta kita.

Contoh Karangan Perpaduan Kaum: Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

               Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara ini. Kita tiada seorang pahlawan seperti Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, ataupun Dol Said yang melakukan penentangan terhadap kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau gerakan penentangan Inggeris di Sabah yang gagah diketuai oleh Mat Salleh pada tahun 1884 hingga 1900. Yang kita ada adalah Dato Seri Najib Tun iaitu ketua barisan pemimpin negara yang merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tanpa kegagahan seperti tokoh zaman dulu-kala, yang perlu hanyalah semangat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, peganglah pepatah ini sebagai prinsip di dalam hidup demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

                      Perasaan cinta, sayangkan negara dan perasaan ingin membebaskan negara daripada sebarang penjajahan adalah satu semangat nasionalisme.  Oleh itu, semangat nasionalisme yang mendalam tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit telah dapat dipupuk menerusi perpaduan kaum. Berdasarkan senario hari ini, sifat tanggungjawab haruslah wujud dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menerima dengan minda yang terbuka segala adat resam dan budaya yang diamalkan oleh agama masing-masing agar penindasan yang berlaku di Afrika, Indonesia dan Thailand dapat dibendung. Budaya melentur buluh biarlah dari rebungnya hendaklah dipraktikkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dalam membentuk dan menanam semangat perpaduan. Sebagai contoh di sekolah, lagu kebangsaan dinyanyikan dan Rukun Negara dihayati sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan demikian, mereka akan menyedari akan kepentingan bersatu padu saling hormat-menghormati. Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu dan berganding tenaga dalam membajai dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih bersekolah.

                       Selain itu, pelancong juga akan tertarik untuk melawat negara kita dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia. Para pelancong akan lebih tertarik untuk mempelajari budaya dan adat resam rakyat Malaysia disebabkan keunikan masyarakat kita yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Hal ini demikian kerana, pelancong berasa lebih selesa dan selamat  berada di negara ini walaupun suatu ketika dahulu Malaysia turut tergugat dengan muncul dan tersebarnya wabak virus influenza H1N1 yang menjadi topik hangat di seluruh dunia, namun industi pelancongan tetap berkembang maju saban tahun kerana wujudnya perpaduan yang kukuh. Timbalan Menteri Pelancongan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dengan adanya sifat perpaduan dan layanan baik mesra yang diberikan oleh rakyat negara ini kepada pelancong asing, peratusan peningkatan industri pelancongan akan terus berlaku meskipun agak berkurangan dengan wujudnya wabak penularan H1N1. Tidak disangkal lagi bahawa, rakyat Malaysia dapat bergaul mesra antara satu sama lain yang boleh terdiri daripada berbilang kaum dan juga agama. Sebagai contoh, di sekolah rendah dan juga menengah, para pelajar dapat menikmati infrasruktur yang disediakan dan dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa ada mengatakan muafakat membawa berkat. Jadi, jelas sekali di sini perpaduan kaum bukan sahaja dapat menyemai dan menanam sifat patriotisme di dalam diri malahan dapat dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk bertandang ke Malaysia.

                     Negara ini sebenarnya turut tidak terlepas daripada isu pergaduhan, pertelingkahan dan penindasan yang pernah berlaku kepada rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di Malaysia. Pastinya rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah tertanam dalam ingatan dan minda masing-masing. Pada masa itu, semua barisan pemimpin dan rakyat telah berhempas pulas untuk mengatasi dan menamatkan masalah penindasan tersebut. Lantasan itu, konsep perpaduan kaum hendaklah diamalkan manakala sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hendaklah dielakkan bagi menjamin perpaduan kaum di seluruh Malaysia. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat mengekalkan keharmonian negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi dapat hidup dalam keadaan selesa dan hormat menghormati antara berlainan kaum sejajar dengan penggubalan dasar luar Malaysia selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekaligus membawa kepada keamanan setempat. Peribahasa Melayu ada mengatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pepatah ini dapat direalisasikan melalui kerjasama yang tidak berbelah bahagi dan erat antara semua kaum dan agama. Sebagai contoh, kaum India menghormati dan bersifat terbuka dengan budaya yang diamalkan oleh kaum Melayu dan Cina. Memang tidak dapat dinafikan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang melibatkan rakyat di negara ini meskipun Malaysia sudah mengamal dan mempraktikkan konsep perpaduan. Contoh yang boleh dilihat adalah seperti demonstrasi jalanan yang mempunyai hubung kait dengan Akta ISA. Maka jelaslah, kunci kepada kesejahteraan dan keharmonian yang dinikmati oleh rakyat bukan hanya bergantung kepada konsep perpaduan sahaja tetapi turut melibatkan pembukaan minda dan fikiran yang terbentang luas mengenai penerimaan adat resam, budaya dan nilai-nilai positif haruslah diisi di dalam diri masing-masing agar tidak berlaku sebarang permusuhan.

                            Pada zaman yang kian maju ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan dan nasionalisme negara. Dalam pembinaan dan pembentukan warganegara yang bersatu padu, sekolah dan pendidikan sebenarnya memainkan peranan dan watak penting dalam hal ini. Sememangnya di dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dicatatkan bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha atau inisiatif berterusan ke arah untuk memperkembangkan dan menyerlahkan lagi potensi setiap individu  supaya sentiasa bersatu padu dengan mewujudkan individu yang harmonis dan mendapat keseimbangan dari segi intelek, emosi, rohani dan juga jasmani dengan percaya dan patuh kepada Tuhan. Usaha yang dilakukan ini untuk melahirkan rakyat Malaysia yang luas ilmu pengetahuan, berbudi pekerti , bertanggungjawab dan berkemampuan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian setempat dan juga negara tercinta. Secara tidak langsung, satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi dapat dilahirkan selari dengan hasrat yang terkandung di dalam Rukun Negara. Izharlah bahawa perpaduan kaum amat penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa mementingkan semangat bersatu padu dalam memenuhi hasrat dan impian Kerajaan menerusi konsep slogan 1Malaysia.

                Kurikulum yang dibina untuk para pelajar bukan sahaja menjadi platform untuk untuk menimba ilmu pengetahuan dan informasi berbentuk ilmiah dan akademik, bahkan semangat perpaduan juga boleh dipupuk. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan mulai tahun 1983 yang meliputi Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pegangan agama dapat dikukuhkan, sifat-sifat terpuji seperti bantu-membantu dapat ditanam di dalam diri individu tingkah laku penuh sopan santun dapat dibentuk apabila pendidikan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral mula diperkenalkan di sekolah-sekolah. Mahukah kita melihat rakyat Malaysia bersikap seperti kacang hantu? Yang bersikap kacang hantu secara tidak langsung akan mencemarkan nama baik negara sekaligus merosakkan imej Malaysia. Janganlah kita semua memandang remeh terhadap  peranan dan fungsi pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana sesungguhnya pendidikan itu peranannya sangat besar sebagai benteng utama insan daripada dihancurkan oleh musuh-musuh negara yang berhasrat untuk memecah belahkan unsur perpaduan kaum di negara kita. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku kepada kita dan generasi pada masa akan datang. Fikirkanlah, hanya dengan pendidikan sahaja, keutuhan dan keteguhan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dijamin. Intihanya, dalam pemupukan semangat perpaduan, sistem pendidikan memainkan peranan penting agar negara terpelihara daripada muslihat dan tipu helah pihak musuh.

                        Sehubungan dengan itu, imej negara dapat ditingkatkan dengan semangat perpaduan hasil daripada kerjasama seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama tanpa timbulnya sebarang masalah. Sebagai contoh, ketika musim perayaan terutamanya, amalan ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan adalah antara amalan kebiasaan rakyat Malaysia. Bertitik tolak daripada ini, sedikit sebanyak sikap perpaduan dapat diwujudkan. Marilah kita berdaya saing dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong dari segi ekonomi yang kian meningkat naik dengan drastiknya dan semangat perpaduan yang wujud di negara itu. Mengapa semua rakyat Malaysia masih bersikap acuh tidak acuh dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk memajukan negara agar imej dan nama Malaysia gah di mata dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi setiap isu yang diberikan walaupun mungkin jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, peningkatan imej negara dapat dilakukan jika kerjasama wujud dalam diri seluruh rakyat negara ini sperti aur dengan tebing dalam menjalankan dan menjayakan inisiatif kerajaan yang berhempas pulas untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektik dan efisyen dan seterusnya meletakkan imej Malaysia seantero dengan negara maju dan membangun yang lain.

                            Jika kita semua berganding bahu menggunakan konsep pepatah ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, dengan izin Tuhan perkara ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan direalisasikan lebih awal daripada sangkaan kita. Dalam mewujudkan perpaduan kaum rakyat Maaysia, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita sememangnya sangat berbaloi. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak manfaat dan kepentingan kepada masyarakat dan negara dalam usaha pemupukan perpaduan kaum. Jangkaan pada masa hadapan sudah tentu tidak dapat kita ramal kerana semua itu terletak pada kekuasaan Tuhan Yang Esa. Oleh itu, dalam berhadapan dengan masa hadapan yang menjanjikan pelbagai cabaran di luar jangkauan kita, kita mestilah menyediakan payung sebelum hujan supaya kita tidak ditimpa malang yang tidak diduga seperti kata pepatah sudah terhantuk baru nak terngadah. Elemen bertolak ansur sepatutnya dipraktikkan supaya impian untuk mempunyai masa depan yang gemilang dan terbilang dapat dibina. Intihanya, semangat perpaduan di negara kita hendaklah dipertahankan oleh semua rakyat demi negara yang tercinta dan dapat menyambut objektif negara impian.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Mypt3 boleh katakan bahasa Istana cukup indah dan klasik. Bahasa Istana ini jikalau boleh jangan dibiarkan ...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: