≡ Menu

Contoh Karangan Peribahasa PT3 : Hangat-hangat Tahi Ayam



Contoh Karangan Peribahasa PT3 : Hangat-hangat Tahi Ayam

Pada kali ini, kami di MyPT3 akan berkongsi tentang contoh karangan peribahasa PT3 terbaik yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan penulisan karangan jenis peribahasa.

karangan peribahasa

Semoga ia dapat membantu adik-adik dalam membuat latihan karangan dan seterusnya skor di dalam peperiksaan.

  • Peribahasa : hangat-hangat tahi ayam
  • Maksud Peribahasa : Mula-mula sahaja bersemangat, tetapi malas pada pertengahan jalan.

Contoh Soalan Karangan Peribahasa Pt3 : Maksud ‘Hangat-hangat Tahi Ayam

Berdasarkan maksud peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam, sila tulis cerita mengenai peribahasa berkenaan.



              Kehadiran Adam disambut baik dan mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar baru yang baru sahaja berpindah sekolah kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Sikap baik budi pekerti dan bersopan santun telah ditonjolkan oleh Adam agar tidak dipandang serong dan enteng oleh rakan-rakan baharunya. Ternyata, Adam diterima dan disenangi oleh teman-temannya. Sejak hari pertama persekolahan lagi, rakan-rakan sudah berdamping dengannya menyebabkan Adam langsung tidak berasa kekok dan janggal dengan situasi di sekolah barunya itu.

               Dia dihormati oleh rakan-rakannya disebabkan oleh sikap rajin dan disiplin yang ada pada diri Adam. Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar yang berjaya. Sokongan moral telah diberikan oleh rakan dan gurunya apabila impian besarnya itu diketahui ramai. Malah, dia antara salah seorang pelajar yang aktif dan sentiasa bertanyakan soalan jika ada yang tidak difahaminya. Namun, sikap baik yang ditonjolkannya tidak berkekalan. Setelah dia berkawan dengan pelajar bermasalah, dia sudah mula berkelakuan liar dan tidak baik. Pelajarannya sudah mula diabaikan dan tidak diendahkan sedangkan suatu ketika dahulu dia begitu fokus dan bersungguh-sungguh di dalam kelas. Dia sudah tidak lagi dihormati malah menerima cemuhan daripada teman-teman kerana hanya berpura-pura selama ini. Segala pandangan terhadap dirinya tidak dihiraukan oleh Adam kerana dia sudah memiliki rakan-rakan karib yang sebenarnya banyak merosakkan akhlak dirinya.

             Sungguhpun begitu, teguran supaya telah diberikan oleh guru-guru yang prihatin akan dirinya. Apabila sahaja dia ditegur, dia pasti akan insaf dan akan teresak-esak  menangis dan bertekad untuk membuang segala perangai buruknya. Namun, azam dan tekadnya itu hanya bersifat seketika sahaja. Dua atau tiga minggu kemudian selepas ditegur, perbuatannya yang lama akan diulangi kembali. Mujurlah, guru-guru yang mengajarnya tidak pernah kenal erti jemu atau bosan dalam terus mendidik dan menegur kelakuan Adam supaya berubah. Pantauan sikap Adam sentiasa dilakukan oleh guru kelasnya agar Adam tidak terlibat dalam kancah dan gejala sosial.

              Sikap kepala angin Adam ini sangat membingungkan rakan-rakan sekelasnya yang rata-rata sangat risau akan kelakuan Adam. Sikap Adam cepat berubah angin kerana sekejap Adam akan menjadi pelajar yang rajin dan adakala dia akan menjadi pelajar yang bermasalah. Dia hanya mempunyai semangat pada mulanya, tetapi akan berubah menjadi dingin jika dia sudah jemu berusaha. Nasihat yang diberikan sekadar mencurahkan air ke daun keladi kerana segala pesanan dan kata guru-gurunya hanya diabaikannya. Saban hari perangai dan kelakuan Adam semakin menjadi, malah dia sudah berani untuk ponteng sekolah dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Ramai rakan seperjuangannya tertanya-tanya akan ke mana hilangnya semangat rajin dan kental yang ditonjolkan oleh Adam sebelum ini?

                Musim peperiksaan sudah makin hampir. Adam pula masih alpa dengan dunia laghanya yang akan menyebabkan masanya terbuang begitu sahaja padahal dia bakal menduduki peperiksaan akhir. Dengan perasaan angkuhnya, pelajarannya telah diabaikan kerana dia yakin dia boleh menjawab soalan peperiksaan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Sebagai natijahnya, keputusan akhir yang diterima sangat tidak memuaskan. Ibu bapanya yang mula menyedari akan hal ini mula menegur Adam supaya berubah demi masa depan kelak yang cerah. Dia telah diturunkan ke kelas bawah dan bersama-sama dengan pelajar yang lemah di dalam akademik. Malunya tidak kepalang kerana dijadikan bahan tawa teman-temannya di sekolah yang dahulunya mengaku sahabat.

                    Keinsafan dan perasaan menyesal mula timbul dalam hati Adam. Sikap dan kelakuan buruknya ini harus dikikis dan dibuang jauh untuk berjaya. Memang sahlah kata pepatah, “hangat-hangat tahi ayam”, ditujukan kepada dirinya semangat yang ada pada dirinya hanya ketika permulaan waktu, tetapi akhirnya mengalah, Unutk masa hadapan yang gemilang, ksedarannya untuk betul-betul berubah bukan sahaja pada jangka masa pendek, tetapi untuk juga untuk jangka masa panjang dan selama-lamanya.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Mypt3 boleh katakan bahasa Istana cukup indah dan klasik. Bahasa Istana ini jikalau boleh jangan dibiarkan ...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: