Contoh Karangan Jerebu Pt3 : Punca Masalah Jerebu Malaysia

Karangan Jerebu Pt3 – Punca Masalah Jerebu di Malaysia

karangan jerebu

Bersama-sama ini anda boleh semak dan rujuk contoh karangan terbaik punca-punca masalah jerebu sebagai panduan dan semakan para pelajar.

Semoga ia memudahkan anda membuat latihan dan ulangkaji sebagai persediaan menjelang hari peperiksaan kelak.

Pada saban tahun negara kita mengalami fenomena cuaca masalah jerebu.

Acap kali fenomena ini melanda negara kita seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca Malaysia.

Soalan Contoh Karangan Jerebu, Punca Masalah Jerebu di Malaysia?

BACA SINI >> Permohonan nadma bantuan banjir

Sila bincangkan mengenai punca-punca berlakunya masalah jerebu serta kesan-kesannya.

BACA SINI >> Tips spm bahasa melayu

  • Tema/Isu : Masalah jerebu yang berlaku
  • Tugasan kesannya : Bincangkan punca-punca terjadinya dan berlakunya jerebu serta kesan-kesannya
  • Format : Tiada (hanya perbincangan)

BACA SINI >> Contoh Peribahasa Melayu

Sebenarnya, tanpa kita sedar masalah jerebu berpunca daripada perbuatan dan salah laku manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa menghiraukan dan mengambil berat kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, kepada negara Singapura dan Malaysia seringkali menjadi masalah tahunan dengan berlakunya asap tebal, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang Indonesia mengambil jalan mudah dengan melakukan pembersihan ladang secara murah dengan hanya membakarnya. Lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera Tengah, Wilayah Riau, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung telah ditunjukkan dan maklumat diperolehi daripada ASEAN Specialised Metereological Centre (ASMC). Masalah jerebu ini sangat membimbangkan warganegara Malaysia dengan keadaan yang berlaku.             Saban tahun negara kita seringkali mengalami masalah jerebu yang sudah menjadi fenomena cuaca pada setiap tahun. Acap kali negara kita dilanda jerebu seolah-olah fenomena ini seperti sudah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara disebabkan kehadiran partikel dan habuk-habuk terampai di atmosfera seperti debu, habuk, gas-gas dan zarah di dalam keadaan udara zarah kering. Tahap kualiti udara di Malaysia akan ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU terkini). IPU 101-400 adalah tahap kualiti udara yang teruk.  Namun, realitinya kesihatan rakyat akan berada di dalam bahaya jika keadaan udara yang berjerebu penuh dengan partikel asing. Persoalannya, apakah punca-punca berlaku dan terjadinya masalah jerebu di negara ini?

                      Selain itu, keadaan jerebu akan semakin menjadi-jadi apabila ada faktor yang memburukkan lagi keadaan iaitu pembakaran secara terbuka tanpa kawalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Kebiasaannya pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada milik individu ataupun pemilik kilang melakukan pembakaran terbuka ini. Contohnya, pembakaran terbuka dilakukan di belakang kawasan rumah mereka sendiri oleh sesetengah anggota masyarakat. Sikap terlalu malas oleh segelintir masyarakat untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula telah membawa kepada pembakaran terbuka. Ada juga pemilik kilang papan, kain dan sebagainya yang bertindak dengan membakar sendiri bahan buangan kilang  mereka. Sifat kurang bertanggungjawab dan tidak mengambil peduli akan asap yang terhasil daripada pembakaran terbuka sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu yang lebih teruk. Asap daripada pembakaran terbuka ini hanya bukan bersifat setempat sahaja teatpi akan ditiup angin dan dibawa jauh dan meliputi kawasan yang sangat luas. Natijahnya, asap yang dilepaskan ke udara adalah akibat daripada pembakaran terbuka dan mengakibatkan berlakunya jerebu.

                       Tambahan pula, masalah jerebu juga diakibatkan oleh jumlah kenderaan di jalan raya yang semakin meningkat yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di Malaysia, jumlah kenderaan di jalan raya adalah sebanyak 9.3 juta dan menyebabkan pengeluaran gas berbahaya iaitu 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida pada setiap hari. Keadaan jerebu bertambah parah dan serius dengan kesesakan lalu lintas kerana asap masih tetap dikeluarkan yang akan mencemarkan udara walaupun kenderaan tidak bergerak. Bertambahnya jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan peningkatan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan dan seterusnya berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon dan akhir sekali tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Kesannya, udara menjadi tebal dan jerebu berlakulah di negara kita.

                           Selain itu, punca utama jerebu adalah daripada kawasan perindustrian yang tidak mengawal pengeluaran asap seperti kawasan perindustrian yang mengunakan arang batu dan minyak. Udara di negara kita telah dicemarkan yang berpunca daripada asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara akibat perbuatan dan sikap pengusaha kilang yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Wang yang banyak tidak sanggup dibelanjakan oleh mereka untuk mendapatkan alat penapisan asap bagi proses penapisan asap yang dikeluarkan sedangkan mereka mengetahui terkandungnya nitrogen dan sulfur dioksida di dalam asap-asap ini yang boleh mengakibatkan jerebu. Situasi menjadi semakin buruk apabila corong asap yang dipasang terlalu rendah oleh pihak pengusaha kilang yang tidak beretika sehingga asap beracun disalurkan ke udara. Contoh situasi ini seperti di kawasan Lembah Klang dan Seguntor di Sandakan.

                       Konklusinya, konsep bagai aur dengan tebing haruslah dipraktikkan dan ditanam dalam diri semua pihak demi mengatasi masalah jerebu ini. Kesejahteraan dan keharmonian negara dapat dijamin melalui usaha ini. Bagi mengatasi masalah jerebu dari terus menghantui dan membelenggu negara kita, pihak kerajaan khususnya perlu mengambil langkah yang lebih drastik dan efektif. Demi memastikan kemajuan negara, rakyat yang sihat tubuh luar dan dalam merupakan tonggak utama sesuia dengan slogan ‘Rakyat Sihat Negara Maju’.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia