≡ Menu

Karangan Dialog PT3 Bahasa Melayu. Semaknya Contoh Terbaik!

Karangan Dialog PT3 Bahasa Melayu. Semaknya Contoh Terbaik!

Untuk pengetahuan untuk membuat karangan dialog PT3 boleh disamakan dengan perbualan mirip wawancara.

karangan dialog pt3

Walaubagaimanapun tidak seperti wawancara yang merupakan sesi soal jawab, karangan dialog lebih kepada perbualan santai atau tidak formal antara dua pihak atau lebih.

Di bawah ini Mypt3 kongsikan kepada anda tips dan format yang perlu dititikberatkan dan corak pemarkahan pada ketika anda menulis karangan dialog pt3 :

  1. Karangan dialog PT3 terbahagi kepada 2 jenis, satau adalah dialog tidak format apabila perbualan untuk mengucapkan takziah, tahniah, bertanyakan kahbar dan sebagainya.
  2. Manakala satu lagi jenis adalah dialog yang berbentuk wawancara yang digunapakai dalam acara arasmi termasuk menemubual tokoh, orang kenamaan dan seangkatan dengannnya
  3. Perbualan mestilah tidak formal di mana menggunakan bahasa yang lebih mudah dan ringkas. Jikalau anda menulis seperti karangan biasa, anda bakal ditolak 3 markah. Mahu?
  4. Karangan yang ditulis imulakan dengan pendahuluan, isi-isi penting dan diakhiri dengan penutup
  5. Biasakan gunakan perkataan “Selamat Sejahtera” sebagai pembuka kata sebagai pendahuluan, manakala “Terima kasih” dalam karangan jenis dialog anda
  6. Anda sama sekali jangan menggunakan perkataan ringkas “short form atau bahasa sms” seperti “kan”, “tak”, “nak”
  7. Pastikan anda masukkan sekitar isi penting untuk mendapatkan markah yang maksimum
  8. Gunakan bahasa sebagai Tuan, Puan, Mak Cik, Encik pada ketika ayat perbulaan anda menyapa orang yang lebih berumur

Contoh Karangan Dialog PT3 : Ucapan Tahniah Menang Pertandingan

Sahabat anda telah memenangi suatu pertandingan. Anda telah menemuinya untuk mengucapkan tahniah. Tuliskan perbualan anda itu.

  • Ikhmal: Hai, Vincent! Awak sedang buat apa?
  • Vincent: Hai, Ikhmal. Saya tidak sedar akan kedatangan awak. Tiba-tiba sahaja awak muncul. Saya sedang membersihkan kamera saya.
  • Ikhmal: Tahniah, Vincent! Gambar foto awak telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan fotografi sekolah kita
  • Vincent: Terima kasih. Saya pun tidak menyangka bahawa gambar foto saya akan terpilih. Maklumlah, ini kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi. Tambahan pula, gambar foto peserta-perserta lain yang dipamerkan di dalam dewan sekolah sepanjang bulan lepas bagus belaka
  • Ikhmal: Siapakah yang mengajar awak teknik mengambil gambar?
  • Vincent: Ayah sayalah. Bukankah ayah saya mengusahakan kedai gambar? Minat kami sama. Ayah yang mengalakkan saya menyertai pertandingan fotografi tersebut, selain memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya tentang teknik mengambil gambar yang baik.
  • Ikhmal: Wah, beruntunglah awak kerana mendapat tunjuk ajar daripada pakar!
  • Vincent: Yalah. Saya sudah belajar tentang kelajuan pengatup kamera, kepekaan filem terhadap cahaya, dan jenis filem yang sepatutnya digunakan.
  • Ikhmal: Nampaknya hobi awak ini memberikan pengetahuan dan pengalaman yang berguna. Adakah awak akan menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya?
  • Vincent: Tidaklah. Bidang fotografi sekadar hobi sahaja. Saya bercita-cita hendak menjadi peguam.
  • Ikhmal: Eh, berbeza sekali cita-cita awak tercapai. Apakah yang awak buat dengan wang tunai RM500.00 yang awak menangi itu?
  • Vincent: Saya menyimpan wang itu di bank untuk saya gunakan bagi pendidikan saya pada masa hadapan.
  • Ikhmal: Seronok berbual dengan awak sehingga tidak sedar hari sudah lewat. Saya balik dahululah, Vincent
  • Vincent: baiklah. Jumlah lagi di sekolah esok

Jelas? Ada lagi satu lagi contoh karangan dialog PT3 yang dikongsikan untuk rujukan anda yang boleh Mypt3 katakan sebagai contoh terbaik yang bertajuk “Juara Pertandingan Perbahasan“.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Karangan Bahasa Arab PT3 Pentaksiran Tingka... Contoh Karangan Bahasa Arab PT3 Pentaksiran Tingkatan 3 Jikalau ada daripada anda di sini baik pelajar Tingkatan satu, Tingkatan dua, mahupun Tingkat...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: