≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Apakah Senarai Kad Kredit Terbaik di Malaysia

Senarai kad kredit terbaik Bank Rakyat, Credit Citi Bank, Credit Card Maybank

Jikalau kita seluk setiap poket seluar atau beg dompet dikalangan rakyat Malaysia hari ini baik kalangan lelaki mahupun wanita. Tidak kira yang kakitangan kerajaan, penjawat awam ataupun kakitangan swasta pasti ada sekurang-kurangnya satu kad kredit.

kad kredit terbaik

Malah ada yang kami dapati memiliki sehingga 4, 5 kad kredit.

Ada yang suka memiliki dan mengumpul kad kredit, ada juga bertujuan tidak mahu bawa duit terlau banyak dewaktu keluar. Ada yang mahu memaksimakan setiap kali mereka berbelanja baik ketika melancong atau membeli belah untuk mendapatkan mata ganjaran ataupun pulangan tunai.

Macam-macam. Bagaimana pula dengan anda?

Senarai Kelebihan dan Faedah Kad Kredit di Malaysia

Kad kredit terbaik untuk isi minyak petrol : Maybank Ikhwan Petronas
Kad kredit terbaik untuk melancong : Citi PremierMiles Visa Signature

  1. ada yang tidak mengenakan caj tahunan (annual fee) jikalau anda berbelanja jumlah yang ditetapkan pada tahun tersebut
  2. Ada kad yang sesuai untuk travel (melancong). Maknanya jikalau anda belanja di luar negara (oversea) anda mungkin akan dapat ganjaran tambahan daripada segi cashback ataupun mata ganjaran tambahan daripada bank
  3. Ada kad kredit yang menawarkan peluang untuk anda mengurangkan bayaran komitmen kad kredit daripada bank lain. Berbanding anda bayar secara minimum setiap bulan daripada jumlah bayaran hutang kad kredit anda, dengan tawaran ‘balance transfer ‘ ini anda berpeluang untuk bayar secara ansuran sehingga hutang kad kredit anda selesai dibayar
  4. Ada bank yang menawarkan peluang anda dapat cashback atau ganjaran setiap kali anda berlenja di pusat membeli belah terpilih termasuk Sogo, Isetan KLCC, AEON, Mydin, Giant, Tesco dan lain-lain lagi, bayar duit minyak Shell, caltex atau Petronas
  5. Malah jikalau anda bayar bil TNB, bil Air, bil Astro, bil Unifi TM secara online menggunakan kad kredit anda dapat ‘reward atau ‘cashback’
  6. Jikalau anda peminat tengok wayang di GSC, TGV contohnya rugi rasanya jikalau anda bayar tunai. Ini kerana jikalau anda bayar kad kredit anda berpeluang untuk dapat tiket wayang satu lagi secara percuma. Menarik bukan?
  7. Jikalau anda di lapangan terbang (airport) anda berpeluang mendapat akses ke KLIA lounge.

Jikalau ada yang bertanya apakah kad kredit terbaik di Malaysia yang boleh dipilih? Jawapan kami terlalu subjektif. Tetapi jikalau bertanya kepada kami inilah dia kad kredit terbaik yang kami milki sehingga ke hari ini dan masih lagi digunakan.

Dahulu kami ada menggunakan kad kredit maybank Islamic Ikhwan Petronas, Kad Kredit Public Bank Visa Platinum, Kad kredit RHB Smart Value Visa Card, Kad Kredit AEON Platinum Visa, Kad Kredit Bank Rakyat Platinum Credit Card.

Tetapi…..

Tetapi semuanya kami sudah potong. Tinggal tiga ini sahaja kad kredit kredit terbaik yang kami masih gunakan.

Inilah Kad Kredit Terbaik Pilihan Kami

1) Citibank Choice

  1. Sebabnya tiada sebarang caj tahunan. Jadi tidak pening kepala untuk memikirkan komitmen bayaran tahunan
  2. Setiap Rm1 yang kami belanjakan akan diberikan tawaran 1 mata ganjaran. Yang bagusnya Citibank, tawaran barangan atau hadiah yang boleh ditebus paling lumayan dan lebih berkualiti berbanding lain. Pelbagai ada.

2) Citi PremierMiles Visa Signature

  • Kami akan dilindungi sehingga RM300 ribu jikalau kami beli tiket penerbangan menggunakan kad kredit ini selama 30 hari sebarang insiden kemalangan
  • Kami adapat akses percuma ke Plaza Premium Lounge di mana mana lapangan terbang di Malaysia atau luar negara secara percuma
  • Setiap kali kami bayar yuran tahun, kami dapat tambahan 10,000 PremierMiles
  • PremierMiles yang terkumpul kami gunakan menebus banyak tiket flight termasuklah daripada Singapore Airlines, Fly Emirates, Qatar Airways, Malaysia Airlines, Etihad.
  • Ada 90 syarikat penerbnagan yang Citibank tawarkan.
  • Apa kami belanja penginapan dengan Agoda atau Airbnb guna kad kredit ini kami dapat lagi PremierMiles

3) Maybank Islamic Ikhwan Petronas

  • Pada asalnya kami memikirkan untuk potong sahaja kad ini. Sebab untuk berbelanja kami lebih gunakan Citibank Choice ataupun Citi PremierMiles Visa Signature.
  • Tetapi dek kerana Maybank acapkali berita offer atau tawaran untuk balance transfer tanpa sebarang ‘interest’, jadi kami bertindak untuk mengekalkan kad kredit ini

Itu pilihan kad kredit terbaik daripada kami. Pokok pangkalnya terpulang kepada kehendak dan keperluan anda.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Senarai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik di Mala... Senarai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik di Malaysia Di kalangan rakyat Malaysia, isu pemilikan memang merupakan satu isu yang sensitif. Walaupun b...
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com