Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages
≡ Menu

Berhabis RM1900 4 Hari Cuti di Koh Lipe Thailand

Berhabis RM1900 4 Hari Cuti di Koh Lipe Thailand

Inilah yang dipanggil MALDIVES of THAILAND. Antara tempat yang mempunyai pantai yang cantik, biru, bersih dan unik kejadiannya. Saya kongsikan sedikit coretan untuk anda semua seperti saya cuti di koh lipe Thailand

cuti di koh lipe thailand

Senarai Aktiviti 4 Hari Cuti di Koh Lipe Thailand

Sehari sebelum trip : 26/04/18

Bertolak dari KLIA ke Langkawi dan bermalam semalaman di Langkawi

DAY 1 di Koh Lipe : 27/04/18

Bergerak dari Jeti Kuah ke Bundhaya, Koh Lipe menaiki feri. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setibanya di Bundhaya yang terletak berdepan dengan Pattaya Beach, kami terus di bawa untuk check in di Mama Hotel dan bersiap untuk aktiviti hiking ke Chado Cliff yang terletak di Koh Adang. Pada malam hari pula, kami mengambil aktiviti tambahan iaitu snorkeling untuk melihat plankton.

DAY 2 di Koh Lipe : 28/04/18

Berbekalkan cuaca yang cantik, kami melakukan aktiviti snorkeling di 5 buah lokasi yang berbeza dengan menaiki boat yang disediakan. Lunch beserta buah buahan segar disediakan untuk kami menikmatinya selepas aktiviti ini. Kami juga sempat singgah di Tarutao National Park untuk bergambar.

DAY 3 di Koh Lipe : 29/04/18

Pada hari ketiga, kami menghabiskan masa dengan berjalan jalan di Walking Street Koh Lipe. Mencuba urutan Thailand di spa massage yang terdapat disitu dan membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pada petang hari, cuaca agak mendung jadi kami buat keputusan untuk tidak ke Sunset Beach melihat matahari terbenam.

DAY 4 di Koh Lipe : 30/04/18

Seawal jam 6.10pagi waktu Thailand, kami ke Sunrise Beach untuk melihat matahari terbit dan berehat di tepi pantai sebelum bersiap siap untuk pulang. Sebelum bergerak pulang, kami sempat juga ke Sunset Beach kerana boat tidak dapat menunggu di Pattaya Beach disebabkan laut bergelora. Alhamdulillah..ketiga tiga pantai di Koh Lipe dapat di abadikan di dalam ingatan. Trip yang sangat santai, relax dan menyenangkan.

Perkara Harga
Pakej RM690/PAX termasuk tiket feri pergi balik
Flight RM272.79
Hotel Langkawi RM42.80
Travel Insuran RM29.12
Belanja RM600 (Makan Minum tambahan pakej plankton taxi boat dan cenderahati)

 

Semasa bercuti di Koh Lipe Thailand terdapat banyak anjing anjing liar yang berkeliaran tetapi tidak menganggu para pelancong. Makanan halal juga hanya terdapat beberapa restoran sahaja yang diyakini untuk dikunjungi.

Transport yang ada hanya motosikal beroda tiga dan sukar sekali melihat kereta kerana keadaan jalannya yang sempit & kawasan yang terpencil. Selamat mencuba guys!

10 Gambar Cuti Di Koh Lipe Thailand

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: