PTD: Gaji Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik 2024

PTD: Gaji Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

semakan permohonan ptd kadet pegawai tadbir diplomatik 2024

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) merupakan anggota pegawai kerajaan yang tergolong di bawah kumpulan perkhidmatan pengurusan dan professional. Jawatan PTD ini diletakkan di bawah penguasaan dan penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Malaysia).

Secara amnya, individu yang menyandang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik ini bertanggungjawab dalam membantu kerajaan dalam urusan yang melibatkan dasar-dasar negara seperti dasar kewangan negara, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan negara, hubungan antarabangsa, isu melibatkan keselamatan dan ketahanan negara, pengurusan sumber tenaga manusia dan banyak lagi.

Kerjaya ini kebiasaannya akan memenuhi jawatan utama dan professional di peringkat kementerian, badan berkanun, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat antarabangsa. 

Oleh yang demikian, peranan sebagai pegawai tadbir dan diplomatik amatlah signifikan kerana ianya melibatkan hubungan diplomatik kerajaan Malaysia dan negara-negara luar yang lain. 

Permohonan PTD Jawatan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Jawatan kadet pegawai tadbir dan diplomatik bagi mengikuti program diploma pascasiswazah pengurusan awam intan bagi tahun 2024/2025 ini menjadi idaman dan impian kebanyakan anak muda di Malaysia. Namun begitu, jawatan ini adalah sukar untuk disandang.

Hal ini kerana proses perlantikan untuk menyandang jawatan kadet PTD ini sangat kompleks.

Pemohon pastinya wajib memenuhi semua kelayakkan yang telah digariskan bagi jawatan ini.

Individu yang melepasi syarat kelayakan jawatan ini perlu melalui pelbagai proses seperti peperiksaan secara atas talian, ujian psikometrik, temu duga secara fizikal dan banyak lagi.

Oleh itu, individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh JPA boleh membuat permohonan perlantikan ke jawatan kadet pegawai tadbir dan diplomatik ini.

Permohonannya boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

kadet ptd m41 malaysia

SUMBER: SPA

Skop Bidang Kerja dan Tugas PTD

Penjawat awam yang memegang jawatan PTD ini memainkan peranan yang signifikan kepada sesebuah negara.

Secara umumnya, PTD berperanan penting dalam urusan yang melibatkan pentadbiran negara dan hubungan diplomatik antara negara-negara luar.

Bidang pekerjaan mereka adalah meluas meliputi bidang tugas yang bervariasi seperti pegurusan kewangan, perlaksanaan dasar-dasar negara, pengurusan sumber manusia, pengurusan teknologi maklumat, menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar, dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan Malaysia.

Ianya adalah untuk memastikan perkhidmatan pentadbiran awam di Malaysia berjalan dengan lancar dan penuh berintegriti.

Jelaslah, individu yang menyandang jawatan PTD merupakan individu yang berkaliber kerana bidang kerja dan tugasnya berteraskan professionalisme.

Bila Tarikh Buka Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik

Kerajaan Malaysia telah membuka peluang pekerjaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kepada individu yang ingin menjawat jawatan ini dalam perkhidmatan awam.

Sebanyak 120 kekosongan telah dibuka bagi tahun 2024/2025.

  • Permohonan jawatan kosong Pegawai Tadbir Diplomatik ini dibuka sepanjang tahun yang mana pemohon boleh melakukan permohonan secara atas talian menerusi portal SPA di https://spa9.spa.gov.my.  

Bila Tarikh Buka Permohonan

Individu yang berminat untuk menjawat jawatan PTD ini boleh menghantar permohonan mereka menerusi portal rasmi SPA.

Permohonan jawatan ini mestilah dilakukan sebelum 14 November 2023 bagi pengambilan tahun 2024/2025.

Oleh yang demikian, individu yang berjaya menghantar permohonan jawatan PTD ini serta memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki ujian psikometrik secara atas talian. 

Benarkah PTD Cepat Naik Gaji dan Pangkat Dalam Sektor Penjawat Awam

Pekerjaan dalam perkhidmatan awam menjamin peluang pekerjaan yang stabil dalam masa yang panjang.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan ditawarkan dengan pelbagai faedah serta peluang kenaikan pangkat dan gaji secara konsisten bergantung kepada prestasi dan pengalaman kerja mereka. 

Sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), jawatan tersebut adalah di bawah Gred M41.

Mereka yang mempunyai prestasi kerja yang baik, mencapai tahap prestasi yang memuaskan dan memenuhi kompetensi yang ditetapkan akan dinaikkan pangkat mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti PTD Gred M44, M48, M52 dan M54 (Kumpulan Pengurusan Tertingi).

Kenaikan pangkat sekali gus naik selari dengan kenaikan tangga gaji.

Tuntasnya, peluang dan peningkatan pangkat dan gaji sebagai seorang pegawai dipengaruhi sepenuhnya oleh prestasi kerja dan pengalaman kerja mereka selama mana mereka berkhidmat.

Syarat Kelayakan Kadet Pegawat Tadbir Diplomatik

Individu yang memenuhi syarat kelayakan yang digariskan oleh JPA sahaja yang layak untuk memohon jawatan PTD ini.

Kemahiran yang pelbagai seperti kemahiran berkomunikasi, diplomatik, pengurusan, penyelesaian masalah, analitikal, berfikir secara strategik dan fasih berbahasa asing perlu dimiliki oleh seorang PTD.

Oleh sebab itu, jawatan ini adalah sebahagian daripada jawatan professional.

contoh soalan ptd

Berikut merupakan antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh semua individu yang ingin membuat permohonan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini;

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun pada tarikh permohonan.
  2. Pemohon mestilah individu yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.
  3. Memiliki penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam penulisan dan percakapan.
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  5. Tidak memiliki rekod jenayah dan melakukan perlanggaran mana-mana undang-undang negara.
  6. Pemohon hendaklah mempunyai pengetahuan asas melibatkan isu politik dan pentadbiran negara Malaysia.

Berapa Gaji Ptd M41 Malaysia

gaji ptd m41

Jawatan PTD ini merupakan jawatan yang tergolong dalam kumpulan pengurusan dan professional di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik yang ditawarkan mestilah lebih tinggi daripada tangga gaji jawatan perkhidmatan awam yang lain.

Sepertimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, secara puratanya gaji minimum bagi jawatan ini adalah RM2,422.00.

Ianya tidaklah termasuk dengan manfaat dan faedah-faedah yang lain seperti elaun, kerja lebih masa, bonus dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, Pegawai Tadbir Diplomatik ini akan diberikan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225.00. Secara spesifiknya, purata gaji ptd adalah dalam lingkungan RM3500 sebulan sehingga RM10000 sebulan.

Status Semakan Keputusan PTD

Individu yang berjaya membuat permohonan jawatan PTD ini akan disenaraikan nama mereka untuk menduduki ujian psikometrik secara atas talian terlebih dahulu.

Seterusnya, mereka perlu menjalani beberapa lagi tahap ujian yang membolehkan mereka menyandang jawatan ini. Ianya tidak mudah.

Namun begitu, jika individu pemohon berjaya melepasi semua ujian yang telah ditetapkan, mereka boleh membuat semakan status keputusan PTD mereka menerusi portal rasmi SPA.

Semakan Pegawai Tadbir Diplomatik boleh dibuat melalui akaun SPA mereka sendiri.

semakan ptd online

10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik PTD dan Jawapan

Ujian Psikometrik PTD merupakan ujian tahap pertama yang perlu diduduki oleh setiap calon Pegawai Tadbir Diplomatik.

Terdapat 564 set soalan yang disediakan kepada calon PTD untuk dijawab semasa ujian ini.

Ujian ini adalah bertujuan untuk mengukur personaliti seseorang calon dari segi kemahiran berfikir, sikap, perwatakan, dan emosi agar dapat melahirkan pegawai yang mempunyai ciri kepimpinan dan disiplin yang tinggi.

Berikut merupakan antara contoh soalan Ujian Psikometrik PTD dan jawapannya;

1. Saya sentiasa bimbang dan takut atas kesilapan-kesilapan yang telah berlaku sehingga menjejaskan kerja seharian saya.

  • Betul
  • Salah

2. Saya lebih suka apabila mempunyai ramai kawan.

  1. Betul
  2. Salah

3. Saya suka mengambil risiko supaya saya dapat belajar benda yang baharu.

  1. Betul
  2. Salah

4. Saya mudah menyesuaikan diri apabila berada di tempat baharu.

  1. Betul
  2. Salah

5. Setiap kejayaan adalah hasil usaha diri sendiri.

  1. Betul
  2. Salah

6. Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya merasa jauh tertinggal ke belakang.

  1. Wajar
  2. Tidak Wajar
  3. Tidak Pasti

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” masih relevan pada masa kini.

  1. Sangat setuju
  2. Setuju
  3. Tidak pasti
  4. Tidak setuju
  5. Sangat tidak setuju

8. Saya sentiasa mempunyai perasaan ingin tahun yang mendalam.

  1. Sangat setuju
  2. Setuju
  3. Tidak pasti
  4. Tidak setuju
  5. Sangat tidak setuju

9. Saya mudah merasa bosan terhadap kerja saya.

  1. Sangat setuju
  2. Setuju
  3. Tidak pasti
  4. Tidak setuju
  5. Sangat tidak setuju

10. Saya menghadiri sesuatu majlis hanya untuk memenuhi jemputan dan meninggalkan majlis tersebut apabila merasa bosan.

  1. Sangat setuju
  2. Setuju
  3. Tidak pasti
  4. Tidak setuju
  5. Sangat tidak setuju

Apakah Yang Perlu Dilakukan Semasa Ujian Fizikal PTD

Jika seseorang calon PTD berjaya lulus dalam ujian psikometrik, seterusnya mereka perlu menduduki ujian fizikal.

Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kesihatan fizikal calon PTD agar berada dalam keadaan yang baik.

Berikut merupakan antara pemeriksaan fizikal yang dilakukan semasa ujian fizikal Pegawai Tadbir Diplomatik ini;

  1. Calon perlu melakukan pemeriksaan ukuran badan seperti ketinggian (lelaki 157cm dan perempuan 153cm), berat badan (lelaki 48kg dan perempuan 46kg), Body Mass Index (BMI), dan ukuran lilit dada (bagi calon lelaki sahaja dengan dada keadaan biasa 79 dan dada tarik nafas 84).
  2. Calon perlu menjalani pemeriksaan mata seperti mengukur jarak penglihatan dan pengecaman nombor dan warna.
  3. Calon perlu menjalani pemeriksaan pendengaran.
  4. Seterusnya, menjalani pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan calon melalui larian 2.4km, bangun tubi dalam tempoh masa 2 minit, lari ulang alik sejauh 10 meter untuk 4 kali, dan lompat jauh berdiri.

Hanya calon yang melepasi ujian fizikal ini layak untuk ke peringkat seterusnya.

10 Contoh Soalan PTD Pegawai Tadbir Diplomatik

Salah satu daripada peringkat ujian yang perlu diduduki oleh calon PTD adalah termasuklah menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 secara atas talian.

Peperiksaan ini dijalankan untuk menguji tahap pengetahuan am dan pemikiran kritikal calon Pegawai Tadbir Diplomatik.

Peperiksaan tersebut dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A (soalan pengetahuan am tentang Malaysia dan negara-negara lain), Bahagian B (soalan penyelesaian masalah) dan Bahagian C (soalan melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris PTD).

Semua calon PTD wajib menjawabnya dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Calon yang berjaya melepasi tahap ini akan dipanggil untuk peringkat temu duga.

Berikut merupakan antara 10 contoh soalan PTD seperti berikut;

1) Sekotak pen berharga RM35.50. 15 peratus diskaun akan diberikan untuk setiap pembelian 3 batang pen tersebut. Linda membeli 5 kotak pen tersebut. Berapakah harga yang harus dibayar oleh Linda?

  • A) RM90.50
  • B) RM150.90
  • C) RM161.50
  • D) RM171.50

2) Farah memiliki wang sebanyak RM2,350 di dalam dompetnya. Dania pula mempunyai wang RM120 lebih sedikit daripada Farah. Manakala wang Nazira lebih sebanyak RM235 daripada Dania. Berapakah jumlah wang Farah, Dania dan Nazira kesemuanya?

  • A) RM7,045
  • B) RM6,575
  • C) RM8,000
  • D) RM2,300

3) Terdapat 85 biji bola yang bersaiz sama dengan jumlah berat purata sebiji 1.45kg. 1/5 biji bola tersebut adalah rosak. Berapakah jumlah berat bola yang masih boleh digunakan?

  • A) 24.6kg
  • B) 98.6kg
  • C) 100.1kg
  • D) 101.5kg

4) Terdapat 1,120 bji gula-gula di dalam sebuah kotak Ianya diberikan kepada 4 kumpulan pelajar dengan nilai yang sama rata. Kemudian, 3/5 daripada bilangan yang diperolehi oleh setiap kumpulan itu disumbangkan. Berapakah jumlah kesemua gula-gula yang masih berbaki bagi setiap kumpulan?

  • A) 103
  • B) 112
  • C) 168
  • D) 170

5) Sebuah syarikat menerima tender kerajaan untuk mencetak sebanyak 5025 naskah buku motivasi, 4150 buku keagamaan dan 3815 naskah buku akademik dalam masa sebulan. Purata masa selama 25 saat untuk menyiapkan cetakan bagi senaskah buku tersebut. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan cetakan bagi semua buku?

  • A) 90 jam 2 minit 50 saat
  • B) 90 jam 12 minit 30 saat
  • C) 90 jam 30 minit 12 saat
  • D) 90 jam 50 minit 2 saat

6) 10 beg plastik nasi lemak diagihkan sama banyak kepada 5 orang. Terdapat 30 bungkus nasi lemak dalam satu beg plastik tersebut. Berapa bungkuskah nasi lemak yang diperolehi oleh setiap 5 orang tersebut?

A) 20

B) 40

C) 60

D) 90

7) 18 buah bekas mengandungi campuran gula-gula berwarna hijau, putih dan kuning yang berjumlah 95 biji bagi setiap bekas. 40% daripada jumlah keseluruhan gula-gula tersebut berwarna kuning dan 30% berwarna hijau. Berapakah bilangan guli berwara putih?

  • A) 513
  • B) 684
  • C) 855
  • D) 1,197

8) Kotak A, B dan C mengandungi 380, 450 dan 530 batang pen. Setiap kotak mengandungi 1/10 pen berwarna merah, 3/10 berwarna biru. Berapakah jumlah pen selain warna merah dan biru?

  • A) 136
  • B) 160
  • C) 816
  • D) 952

9) 3 botol air mineral mengandungi 4.5liter air bagi setiap satu. 4/7 bahagian air tersebut digunakan untuk minuman harian. Berapakah jumlah keseluruhan isipadu air yang tinggal di dalam botol air mineral tersebut?

  • A) 3,857ml
  • B) 5,786ml
  • C) 7,114ml
  • D) 7,714ml

10) Harga asal basikal yang dijual di sebuah kedai basikal ialah RM78.90 sebuah. Ahmad membeli 65 buah basikal dengan potongan harga 15%, namun selebihnya 320 buah basikal lagi dibeli dengan potongan harga 5%. Berapakah jumlah harga pembelian basikal tersebut? 

  • A) RM25,820
  • B) RM28,345
  • C) RM28,858
  • D) RM30,377
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia