≡ Menu

Contoh Rumusan Sejarah PT3 2017 : Peristiwa Bersejarah


Contoh Rumusan Sejarah PT3 2017 dan Jawapan : Peristiwa Bersejarah

Pelajar-pelajar PT3 Tingkatan 3 dikehendaki untuk membuat dan menyiapkan kerja kursus Sejarah PT3 2017.

rumusan sejarah

Dalam Tugasan Sejarah PT3 2017 kali ini, pelajar akan turut menyertakan rumusan Sejarah PT3 di dalam laporan itu.

Di sini kami akan berkongsi contoh rumusan sebagai rujukan dan panduan yang boleh anda gunakan di dalam kerja kursus anda.

Semoga dengan contoh rumusan di bawah, anda akan mendapat sedikit pencerahan dan cara untuk mengarang rumusan mengenai tajuk yang telah diberikan kepada pelajar PT3.

Contoh Rumusan Sejarah PT3 : Peristiwa Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda

Kesimpulannya, peristiwa bersejarah yang telah pun terjadi merupakan episod sejarah yang sangat penting bukan sahaja untuk tontonan dan renungan generasi masa kini, bahkan juga kepada generasi akan datang. Di sebalik peristiwa bersejarah itu sendiri tersimpan seribu sejarah dan cerita yang unik dan tersendiri. Ini sekaligus akan mengingatkan kita untuk mengimbau kembali nostalgia dan sejarah pada suatu masa dahulu yang boleh diambil pengajaran dan ikhtibar bersama untuk genarasi sekarang dan genarasi akan datang.

Pepatah “sesiapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya kembali” sangat sesuai digunakan untuk dijadikan pengajaran dan peringatan kepada kita semua bahawa kesilapan dan masa lalu boleh dipelajari dengan mendalami sejarah. Daripada pepatah ini, betapa pentingnya masyarakat ini mengambil tahu peristiwa bersejarah yang pernah tercatat disekeliling kita semua.

Ini kerana peristiwa bersejarah adalah satu kebenaran yang tidak patut diseleweng dan dipesongkan kerana ia perlu disandarkan kepada fakta dan bukti yang sahih bersandarkan kepada sumber bahan kajian, tinggalan sejarah yang masih ada, sumber pengkajian sejarah dan sumber jurnal yang lain.

Oleh yang demikian, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab perlu terus mengukuhkan perpaduan semasa masyarakat yang ada di Malaysia agar ia kekal padu dan berpanjangan.

Kongsikan contoh rumusan sejarah pt3 ini kepada rakan-rakan anda di Facebook.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Borang Soal Selidik Sejarah Pt3 2017 Contoh Borang Soal Selidik Sejarah Pt3 2017 : Kajian Kerja Kursus Anda boleh menemuramah pemilik atau badan atau organisasi yang berkaitan dengan p...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: