≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Contoh Draf Peta Lakar Geografi Pt3 : Simbol dan Petunjuk

Contoh Draf Peta Lakar Geografi Pt3 aka Peta Topografi. Simbol, Petunjuk, justifikasi. Contoh cara membuat tafsiran dan mentafsir peta lakar Tingkatan 3

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, Mypt3 boleh katakan yang mana tahun kerja kursus geografi PT3 bagi pelajar tingkatan 3 tahun ini lebih mencabar berbanding tahun-tahun yang lalu.

peta lakar geografi

Ini terdapat beberapa elemen tambahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan kerja khusus geografi Pt3 kali ini perlukan anda lebih kreatif, berkemahiran teknikal untuk melukis draf peta lakar merujuk tajuk kajian guna tanah di kawasan pilihan anda samada di sekitar kawasan sekolah anda ataupun sekitar rumah anda.

Selepas itu anda perlu mentafsir dan membuat tafsiran peta lakar Geografi Tingkatan 3 untuk kajian taburan guna tanah.

Jadi anda boleh dapatkan foto, gambar, fakta, carta pai, jadual, graf yang didapati di Internet bagi menguatkan lagi hasil kajian yang dilakukan. Walaubagaimanapun, pastikan setiap bahan yang diambil dan digunakan diletakkan bersama di bahagian Sumber RUJUKAN kelak.

Mypt3 sedar yang mana kerja kursus geografi pt3 kali ini tidak mudah dan tidak senang. Oleh itu, kami berbesar hati untuk berkongsi contoh draf peta lakar Tingkatan 3 kawasan kajian yang boleh anda jadikan sumber rujukan utama anda bagi menyiapkan tugasan yang cukup mencabar kali ini.

Tetapi tidak mustahil mendapat markah penuh selagi anda tidak meniru bulat-bulat dan mengikut format dan panduan yang betul.

Senarai Elemen dan Petunjuk Peta Lakar

Anda hendaklah pastikan draf peta lakar geografi Tingkatan 3 mempunyai beberapa elemen di bawah ini:

  1. Tajuk peta
  2. Mestilah berasaskan kepada format lukisan peta topografi
  3. Peta anda mesti mempunyai latar belakang ciri pandang fizikal dan budaya sepertimana anda lihat dari ruang udara
  4. Mesti disertakan petunjuk arah utara, arah mata angin, petunjuk peta, simbol peta topografi yang tepat
  5. Lorekkan di kawasan merujuk jenis guna tanah yang dipilih untuk dimuatkan dalam kajian Kerja Kursus Geografi Pt3 Tingkatan 3
  6. Gunakan warna yang bersesuaian dengan simbol-simbol yang diletakkan
  7. Bingkai peta
  8. Selepas siap, anda perlu membuat tafsiran dan mentafsir peta lakar tingkatan 3

Jikalau yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya definisi bagi ciri budaya, simbol, definisi bagi ciri fizikal, definisi peta lakar. Semoga perkongsian ini membantu anda :

  • Maksud dan Justifikasi : Jikalau peta adalah satu lukisan memberikan gambaran bagaimana rupabentuk sesuatu kawasan atau muka bumi dari pandangan udara. Manakala maksud peta lakar merupakan objek objek yang ada ciri geografi iaitu ciri budaya dan ciri fizikal.
  • Dengan satu kawasan kajian yang agak besar untuk dirangkumkan dalam satu lukisan draf peta lakar, ia boleh diringkas dengan memasukkan simbol-simbol yang bersesuaian. Simbol yang dipilih nanti akan mewakili objek di kawasan kajian anda.
  • Maksud ciri fizikal : Elemen semula jadi. Contoh seperti sungai, rumput, tasik, bukit, gunung dan sebagainya.
  • Maksud ciri budaya : Elemen ciptaan manusia. Contoh : kedai, rumah, tanaman pokok getah, tanaman pokok kelapa sawit, tanaman padi, masjid, jalan raya, sekolah, hospital, taman permainan

Contoh Peta Lakar Geografi Pt3 dan Simbol, Petunjuk

Perkara Butirannya
Contoh simbol geografi KLIK SINI
Contoh simbol ciri fizikal KLIK SINI
Contoh simbol ciri budaya KLIK SINI
Contoh Peta Lakar Geografi berasaskan Peta Topografi KLIK SINI

 

Simbol sudah ada. Bagaimana cara pula mahu menulis perkataan untuk simbol di peta? Nah…ini contoh senarai untuk anda

Perkara Butirannya
Sungai Sg.
Gunung G.
Bukit Bt.
Pejabat Pos P.P.
Sekolah Sek.
Kawasan Tanah Kubur Kb.
Kampung Kg.
Balai Polis B.P.
Pejabat Daerah P.D.
Padang Pdg.

Untuk membolehkan simbol-simbol dilihat lebih di draf peta lakar anda, pemilihan warna pada setiap simbol juga penting bagi memaparkan ciri Geografi tersebut.

Ciri geografi Warna
Kawasan berair seperti sungai laut tasik BIRU
Tanah Tinggi PERANG
Kawasan Hijau HIJAU
Bangunan HITAM
Jalan raya MERAH

P/S : Boleh juga semak bagaimana paparan di Google Maps Malaysia untuk rujukan tambahan seperti gambar-gambar di bawah :

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Senarai Faktor Guna Tanah di Cameron Highland Geog... Punca mempengaruhi petempatan perniagaan, Sebab dan menghuraikan Faktor Guna Tanah petempatan perniagaan di Cameron Highland Kawasan Kajian Kerja Kurs...
Impak dan Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar Senarai Impak petempatan pertanian perniagaan dan Kesan Guna Tanah terhadap Alam Sekitar Kursus geografi Pt3 berdasarkan kajian taburan pada peta laka...
Kerja Kursus Geografi PT3 2018 Tingkatan 3: Pandua... Contoh tugasan folio Kerja Kursus Geografi PT3 2018 Tingkatan 3: Panduan Tugasan bagi kajian taburan guna tanah dengan peta lakar? Alhamdulillah, rat...
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com