≡ Menu

Contoh Kegiatan Ekonomi PT3 Geografi Tingkatan 3



Contoh Kegiatan Ekonomi PT3 Geografi Tingkatan 3

Untuk makluman kepada ibu bapa yang akan memantau perkembangan anak-anak anda untuk subjek PT3 Geografi kali ini dan juga calon peperiksaan Tingkatan 3, tajuk kegiatan Ekonomi merupakan tajuk yang umum sebenarnya.

kegiatan ekonomi

Ini kerana berdasarkan tajuk umum kegiatan ekonomi Pt3 perlu dikembangkan dengan memilih tajuk dan contoh yang lebih spesifik berdasarkan lokasi tempat tinggal anda ataupun kawasan kajian yang anda lakukan.

Mypt3 ingin memberikan contoh mudah di sini, jikalau anda tinggal di kawasan Kuala Selangor contohnya, majoriti di sana banyak terlibat dan menjalankan sektor perikanan. Nah, ini anda boleh dijadikan rujukan dan untuk memulakan tugasan anda.



Untuk lebih memudahkan lagi pemahaman anda, anda boleh semak senarai tajuk bagi contoh kegiatan ekonomi Geografi yang boleh anda pilih bersesuaian dengan demografi, lokasi dan bentuk geografi kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, anda sebenarnya perlu memilih sektor atau industri yang sedang dijalankan oleh penduduk di kawasan tempat tinggal dan kediaman anda.

Senarai Contoh Kegiatan Ekonomi PT3 Geografi

Contoh senaraian yang boleh anda semak :

  • Sektor Pertanian – Kawasan FELCRA/FELDA ataupun RISDA
  • Sektor Perindustrian – Zon Bebas Cukai, Kawasan Industri
  • Sektor Perniagaan – Kawasan Bandar Utama Negeri (pusat membeli belah, restoran kedai runcit)
  • Sektor Penternakan – Kawasan penternakan utama seperti lembu, kambing, ikan dan udang dalam sangkar)
  • Sektor Perikanan – Kawasan di persisiran pantai Malaysia
  • Sektor Perlombongan – Kawasan perlombongan di Malaysia
  • Sektor Pembalakan – Antara kawasan yang dinamakan hutan simpan di Malaysia
  • Sektor Perkhidmatan – Pengangkutan (Komuter KTM dan juga LRT)

Di bawah ini, Mypt3 kongsikan bersama dengan anda contoh kegiatan ekonomi dan jawapan yang melibatkan industri pertanian yang mana boleh anda semak satu persatu gambar di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas.

Manakala maklumat lain termasuklah borang soal selidik Geografi PT3, maksud dan definisi kegiatan ekonomi, contoh cara naik pendapatan penduduk boleh anda semak melalui LINK yang kami kongsikan di bawah ini :

Mypt3 doakan adik-adik semua dapat menjalankan tuagasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Moga perkongsian ini termasuk jawapan Geografi Pt3 membantu anda semua. Insyaallah. Amin.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 2016 : Senarai Pe... Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 2016 : Senarai Penambaikan Kerja Khusus Geografi? Pastinya semua calon PT3 sudah sedia maklum bahawa anda dikehendak...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: