Contoh Karangan Pelancongan PT3 : Usaha Memajukan Sektor di Malaysia

Contoh Karangan Pelancongan Terbaik PT3

karangan pelancongan

Contoh Karangan Pelancongan PT3 : Usaha Memajukan Sektor Pelancongan di Malaysia.

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghasilkan karangan yang berkualiti.

Soalan Karangan : “Usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita”.

Tulis sebuah rencana dengan menggunakan tajuk yang telah diberikan.

Soalan Karangan Pelancongan Pt3?

Butiran lanjut seperti di bawah ini. Teruskan membaca…

BACA SINI >> Jom sertai home tuition ramai sudah boleh tulis karangan dengan baik, yuran tuisyen di rumah pun lebih murah

  • Tema/isu : Sektor pelancongan di negara kita
  • Tugasan karangan pelancongan pt3 : Rencana hendaklah ditulis mengenai usaha-usaha atau insitiatif yang diambil untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia
  • Format : Rencana karangan

BACA SINI >> Contoh Payment Voucher Templete Baucar Pembayaran

Contoh Karangan Pelancongan Terbaik PT3?

BACA SINI >> Contoh Soalan Bahasa Melayu 2023: Percubaan bm tingkatan 3

Semoga contoh karangan pengalaman bercuti membantu anda menulis dengan baik dan berkualiti.

                  Industri pelancongan adalah merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara. Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Sejumlah 24.6 juta orang telah berkunjung dan melancong ke Malaysia telah dicatatkan dan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan bagi bulan Januari hingga Disember 2015. Peningkatan pula telah ditunjukkan oleh pelancongan Asia Barat pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015. Meskipun keadaan ekonomi serantau yang agak kurang memberangsangkan pada masa kini, peningkatan 44 peratus  daripada 5.02 juta kepada 7.23 juta telah berlaku pada tempoh enam bulan pertama bagi jumlah pelancong yang telah melawat dan berkunjung ke Malaysia. Jumlah pelancong yang bertandang ini berdasarkan pada tempoh yang sama tetapi pada tahun yang berlainan. Pada pandangan saya, pelbagai inisiatif dan usaha haruslah dijalankan bagi menggalakkan pertumbuhan dan kepesatan pelancongan di Malaysia.

                  Sebagai kesinambungan pendapat dan idea saya, pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan dan pihak swasta perlu mengambil inisiatif dan usaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia ke mata dunia dan ke peringkat lebih global. Kegiatan untuk mempromosi Malaysia boleh dibuat dengan memperbanyak dan merancakkan lagi aktiviti pelancongan di negara kita. Terdapat beberapa promosi pelancongan yang boleh dijalankan seperti memperkenalkan destinasi pelancongan yang menarik untuk dituju, karnival jualan atau kebudayaan pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia. Kesemua program yang dianjurkan ini hendakalh dijalankan dengan kerjasama yang pada daripada pelbagai pihak wajib yang berkenaan dan bukan sekadar hanya hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga. Sebagai contohnya, promosi kebudayaan telah dianjurkan oleh kementerian Pelancongan untuk menarik minat para pelancong dari negara Asia Barat seperti di Arab Saudi dan di Dubai.

                  Penggunaan teknologi maklumat seperti internet juga boleh menjadi antara salah satu usaha untuk mempromosikan negara kita ke mata dunia dengan penyebaran meluas mengenai informasi dan butiran lanjut pelancongan di Malaysia. Semua pelancong akan memperoleh informasi yang tepat dan butiran yang jelas berkenaan dengan destinasi pelancongan menarik yang boleh dilawati di Malaysia bersama dengan aktiviti pelancongannya dengan adanya penggunaan internet ini. Jelasnya di sini, promosi yang ligat dan giat dijalankan dapat memastikan penyebaran secara berkesan bagi semua informasi pelancongan seterusnya menarik pelancong untuk bertandang ke Malaysia. Ini seterusnya dapat menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang diminati untuk dilawati oleh pelancong luar. Natijahnya, industri pelancongan akan lebih terserlah dan dapat bersinar bergemerlapan ke seluruh dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.

                  Selain itu, Malaysia juga dapat bersaing dengan industri pelancongan negara-negara lain di dunia dengan langkah pihak swasta haruslah bekerjasama atau berganding bahu dengan pihak kerajaan dengan membuka lebih banyak pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia dan memberi keselesaan yang optimum kepada pengunjung. Pihak swasta dan pihak kerajaan boleh mempraktikkan konsep bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat demi menjamin industri pelancongan ke arah yang lebih baik. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan pembinaan hotel lima bintang yang akan menyediakan servis perkhidmatan yang terbaik diirngi dengan bilik dan suasana yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai analoginya, pakej penginapan murah berserta dengan pakej makanan tempatan telah diperkenalkan oleh Hotel Seri Malaysia dan buktinya, hotel ini telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung untuk menginap saban tahun.

                  Bagi membuktikan perkara ini, peningkatan ketibaan pelancong luar atau antarabangsa dan pertumbuhan sektor pelancongan domestik yang teguh telah menyumbang kepada pertambahan kadar penginapan hotel sebanyak 4.3 peratus iaitu perangkaan pada tahun 2000, 59.2 peratus kepada 63.5 peratus pada lima tahun kemudian. Pendek kata, sekiranya inisiatif yang dijalankan secara bersungguh-sungguh, sistematik, konkrit dan berterusan sudah pasti kadar pengunjungan pelancong  ke Malaysia bagaikan pepatah di mana ada gula di situ ada semut.

                  Selain itu, peranan dan fungsi ibu bapa dalam proses penggalakkan sektor industri pelancongan haruslah tidak diketepikan. Memang sangat diakui bahawa peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam pendidikan anak-anak dalam membentuk keperibadian yang cemerlang. Ibu bapa adalah orang pertama yang bertanggungjawab di rumah untuk mencorakkan personaliti anak-anak agar mempunyai sifat patriotisme yang tinggi dan tidak melakukan perbuatan atau gejala sosial seperti vandalisme yang boleh merosakkan imej negara kita. Oleh itu, ibu bapa hendaklah melentur buluh dari rebungnya agar anak-anak tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan nama Malaysia terpalit. Pihak sekolah juga berperanan dan terlibat dalam menggalakkan pelancongan dengan memperkenal dan memperdalamkan lagi subjek Geografi dan Sejarah dalam kalangan para pelajar.

                  Kelab pelancongan juga boleh ditubuhkan bagi memupuk dan menanam minat pelajar untuk melancong. Pihak sekolah dan kelab-kelab yang telah ditubuhkan boleh mengadakan lawatan sambil belajar dan pertandingan atau kuiz mengenai tempat pelancongan yang dilawati untuk lebih mendalami ilmu pengetahuan tentang tempat pelancongan tersebut.

                  Selain itu, filem mengenai adat resam dan keistimewaan tempat pelancongan menarik untuk dilawati seperti di Sarawak dan Sabah boleh ditampilkan oleh pihak sekolah. Dalam konteks ini, anak-anak tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung sekiranya masa dapat diluangkan oleh ibu bapa dengan anak-anak dengan melancong bersama-sama. Kesannya, hubungan antara ahli keluarga dapat dieratkan dan jalinan silaturrahim dapat dirapatkan di samping turut dapat menenangkan minda sekeluarga. Oleh yang demikian, ibu bapa dan para guru hendaklah memainkan peranan dalam menggalakkan pelancongan di negara ini.

                  Ketika kita sebagai rakyat rakus dan terlalu ghairah mengejar kemajuan dan kemewahan, kita sebagai rakyat Malaysia alpa dan terleka untuk melakukan penjimatan pengaliran keluar wang negara ini. Ini kerana apabila kita melacong di dalam negara, banyak kelebihan akan diperoleh termasuklah wang yang dibelanjakan untuk pelancongan akan diperoleh semula oleh kerajaan melalui sisterm cukai yang dikenakan. Sekiranya rakyat Malaysia melancong ke luar negara, segala perbelanjaan akan diperoleh oleh rakyat dan kerajaan negara asing. Ini hanya akan merugikan dua pihak iaitu diri sendiri dan  juga negara kita. Banyak manfaat dapat diperoleh dengan melancong di dalam negara seperti ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat diperluaskan. Khazanah warisan bangsa di tanah air tercinta kita akan dipelajari dengan lebih mendalam jika kita berkunjung ke tempat-tempat yang belum pernah dilawati.

                             Tambahan pula, keunikan sesuatu budaya dan tradisi masyarakat dapat kita ketahui. Dengan adanya aktiviti melancong di dalam negara, sebarang kekurangan atau kelebihan dan keistimewaan dapat diketahui berbanding di tempat sendiri, seterusnya idea-idea bernas dapat disalurkan untuk pembangunan negeri dan pelancongan. Sebagai langkah untuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap warisan khazanah Malaysia yang diiktiraf bertaraf dunia, kita hendaklah melancong di negara kita sendiri.

                  Konklusinya, pelbagai usaha dan inisiatif hendaklah diteruskan dan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pengunjung tidak mengira dalam dan luar negara untuk melancong ke negara kita. Sehubungan dengan itu, gandingan kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memaju dan mengembangkan industri pelancongan Malaysia. Martabat industri pelancongan dapat ditingkatkan apabila pelbagai sektor daripada pihak kerajaan, pihak swasta, agensi pelancongan dan juga rakyat Malaysia sendiri harus sama-sama berganding bahu. Hal ini sungguh bersesuaian dengan pepatah Melayu yang ada mengatakan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Matlamat atau usaha untuk memantapkan ekonomi tidak akan tercapai jika rakyat dan pelbagai pihak hanya berpeluk tubuh dan tidak bekerjasama.. Oleh yang demikian, jika kita menggunakan prinsip pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat sudah tentu kejayaan dan matlamat untuk memajukan industri pelancongan Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia