≡ Menu

Contoh Karangan Laporan PT3 : Laporan Lawatan Ke Parlimen

Contoh Karangan Laporan PT3 : Laporan Lawatan Ke Parlimen

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda contoh karangan terbaik laporan untuk pelajar PT3.

karangan laporan

Semoga dengan perkongsian penulisan ini dapat memberi manfaat dan membantu anda semua untuk menulis karangan jenis laporan PT3.

Contoh Karangan Laporan Pt3 Lawatan Sambil Belajar

Laporan Sambil Belajar Ke Bangunan Parlimen

Pada tanggal 20 mei 2015 yang lalu, lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur telah diadakan yang melibatkan seramai 40 pelajar daripada Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Invictus, Melaka. Rombongan sambil belajar ini turut disertai oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Aaron dan Cikgu Fasha.

                       Pada awal pagi kira-kira pukul 5.30 pagi, kami dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan sekolah. Sarapan pagi yang ringkas iaitu nasi lemak, kuih muih dan teh telah disediakan oleh pihak sekolah selepas kami selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di musolla sekolah. Sebelum menaiki bas yang disewa khas untuk ke lawatan, kami terlebih dahulu mendengar taklimat yang diberikan oleh Cikgu Aaron. Kami berasa sungguh teruja dan tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.

                       Sebaik sahaja kami tiba di pintu masuk utama bangunan itu, seorang pegawai bertugas telah menyambut kami dengan mesra. Kami dibawa melawat dan bersiar-siar di sekitar bangunan Parlimen yang meliputi taman-taman dan kolam ikan yang dibina di hadapan bangunan tersebut. Kemudian, barulah kami dibawa masuk ke dalam bangunan Parlimen. Perbahasan ahli-ahli parlimen yang akan akan berlangsung sebentar lagi akan dapat kami saksikan dan kami berasa sangat bertuah dengan peluang yang diberikan. Tempat duduk disediakan untuk kami di bahagian dewan persidangan. Kami dapat melihat dengan begitu jelas akan perbahasan yang bakal berlangsung di dewan itu. Selepas itu, ahli parlimen mengambil tempat duduk masing-masing sebelum perbahasan bermula.

                       Isu perbahasan yang dibincangkan adalah mengenai e-pendidikan. Ada sebahagian ahli yang berdiri untuk membangkang cadangan yang diusul dan tidak kurang juga segelintir ahli yang mempertahankan usul itu. Suasana dewan menjadi lebih gamat apabila segelintir ahli mengetuk meja sebagai tanda bantahan. Perbahasan yang dibincangkan di dewan itu mengambil masa selama 45 minit.

                       Perbahasan isu e-pendidikan sungguh rancak dengan pelbagai pendapat, idea dan juga bantahan daripada pihak pembangkang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya isu yang dibahaskan kepada masa depan anak-anak. Kesemua ahli parlimen telah meninggalkan dewan sejurus sahaja perbahasan tamat. Kami telah bersalaman dengan speaker Parlimen. Kami berasa sungguh gembira dan teruja kerana dapat berjumpa dengan pegawai itu.

                       Makan tengah hari telah disediakan untuk kami di dewan makan. Selepas urusan kami selesai di bangunan Parlimen itu, lawatan kami ke Kuala lumpur diteruskan. Akhir sekali, kami berharap lawatan sambil belajar seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Kami tiba di sekolah pada hari yang sama iaitu pada jam 8 malam.

Yang melaporkan,

………………………………

(MOHD HARIZ ALI)

Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Menengah Kebangsaan Invictus, Melaka
Tarikh laporan : 30 Mei 2016

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM Mypt3 boleh katakan bahasa Istana cukup indah dan klasik. Bahasa Istana ini jikalau boleh jangan dibiarkan ...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: