Contoh Karangan Berita PT3 SPM Terbaik untuk Bahasa Melayu

Contoh Karangan Berita PT3 Terbaik. Contoh Terbaik Bahasa Melayu?

karangan berita

Di bawah ini kami ada sertakan contoh karangan berita PT3 bersama tips penting yang boleh dijadikan sebagai panduan karangan format berita PT3.

BACA SINI: Contoh Surat Berhenti Kerja & Sebulan (Bahasa Inggeris & Melayu)

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghasilkan karangan yang berkualiti.

Butiran seperti di bawah dan diharapkan membantu anda menghaasilkan karangan yang terbaik :

Tips Penting Karangan Berita PT3

Senarai tips penting seperti di bawah ini:

BACA SINI >> Berita terkini malaysia

  • Karangan jenis berita akan membincangkan tajuk atau peristiwa yang hangat diperkatan atau yang menarik perhatian seperti musibah bencana alam, isu semasa, hiburan, berita sukan luar mahupun dalam negara.
  • Struktur karangan berita ini mempunyai tajuk, nama tempat dan hari. Pastikan berita yang ditulis mempunyai tiga perkara ini iaitu pendahuluan, isi dan penutup.
  • Isi boleh diolah berdasarkan pendapat sendiri atau boleh berdasarkan kisah yang ingin dilaporkan. Isi karangan boleh terdiri daripada data, hasil penyelidikan, statistik atau cadangan
  • Karangan berita ini haruslah dianggap akan terpampang di akhbar, oleh itu segala maklumat hendaklah benar dan dapat menarik minat para pembaca

Contoh Isi Karangan Berita PT3 (1)

Tajuk karangan berita PT3 : Sebagai seorang wartawan tuliskan berita mengenai penculikan seorang kanak-kanak dipercayai merupakan perbuatan bapanya sendiri ketika sedang bermain di halaman rumah

Pendahuluan

  • Dua orang anak telah diculik oleh bapanya sendiri di kediaman rumah di Ayer Keroh; Melaka.
  • Ahli keluarga mangsa dan masyarakat berasa terkejut dengan tindakan lelaki selaku bapa kepada anak itu.

Isi- Isi Penting,

  • Pasangan suami isteri yang baru sahaja bercerai dan berpisah. Ibu kanak kanak tersebut telah diberikan hak penjagaan. Atas kebenaran pihak mak mahkamah; bapa mangsa dibenarkan untuk melawat anak yang berada di bawah penjagaan bekas isterinya.
  • Kejadian berlaku apabila Nani yang telah ke pergi bilik tidur sebentar sementara membiarkan anak-anaknya bermain bersama dengan Ramli (bekas suami)
  • Nani mendapati anak-anaknya telah hilang sekembalinya dia ke halaman rumah.
  • Dia telah bertanyakan mengenai hal itu kepada jiran sebelah rumahnya; Mak Cik Ana memberitahu dia ternampak anak-anaknya bersama Ramli telah keluar dari rumah dengan menaiki sebuah kereta.
  • Suaminya cuba dihubungi oleh Nani; namun gagal.
  • Dia bersama-sama Ketua Kampung telah membuat aduan dan laporan di balai polis yang berdekatan.
  • Pihak polis berjaya menjejaki seorang lelaki bersama-sama dengan dua orang kanak-kanak sedang menuju ke arah Segamat. Untuk menjejaki suami Nani; sekatan jalan raya telah dibuat oleh pihak polis.
  • Berita penculikan tersebut dihebahkan melalui pelbagai medium termasuklah saluran televisyen dan juga radio.
  • Pihak polis mendapati Ramli masih berada di sekitar kawasan Muar dan polis masih berusaha untuk mengenal pasti kedudukan sebenar Ramli.

Penutup

  • Kerjasama diharapkan daripada masyarakat tempatan bagi menyelesaikan isu penculikan kanak-kanak itu.
  • Di sekitar bandar Muar dan Melaka gambar kedua-dua kanak yang diculik dan Ramli telah ditampal.
  • Jika terdapat sebarang informasi atau maklumat; orang awam diminta untuk tampil memberikan informasi di mana-mana balai polis yang berdekatan

Contoh Karangan Berita PT3 (2)

Tajuk karangan berita : Anda sebagai pemberita, sila laporkan berita yang selengkapnya mengenai kejadian tanah runtuh di Bukit Jelutong telah mendapat perhatian orang ramai mengenai isu ini.

Pendahuluan

  • Telah berlaku kejadian tanah runtuh di Bukit Jeluton jalan keluar menghala ke arah Lebuh Raya Lembah Klang
  • Kejadian tanah runtuh berlaku kira-kira jam 2.00 pagi ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur.

Isi-isi Penting

  • Punca kejadian telah dapat dikenal pasti berlaku kerana tanah dan batu-batan yang runtuh telah menutup sepenuhnya jalan utama.
  • Punca kejadian yang berlaku akibat daripada pergerakan bawah tanah telah dinyatakan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
  • Hujan yang berpanjangan sepanjang hari dan berterusan telah memburukkan lagi keadaan hingga terjadinya tanah runtuh.
  • Punca kejadian tersebut juga dipercayai oleh penduduk berkaitan dengan projek pembinaan di lereng bukit tepi jalan Bukit Jelutong.
  • Mangsa kejadian telah ditempatkan di pusat penempatan yang berhampiran.
  • Terdapat juga beberapa orang yang menumpang di rumah saudara mara
  • Jumlah kos kemusnahan masih lagi dalam siasatan.
  • Empat orang telah maut dalam kejadian tanah runtuh menurut kenyataan pegawai MPAJ.
  • Pencarian mangsa yang tersekat di bawah tanah masih diteruskan oleh pasukan khas SMART.
  • Operasi mencari mangsa menjadi sukar kerana cuaca hujan ditambah banjir di kelantan yang berterusan tanpa henti.
  • Wang pampasan ganti rugi dan bantuan wang serta kemudahan dan infrastruktur asas akan diberikan oleh pihak kerajaan.

Penutup,

  • Bagi menyiasat kejadian tanah runtuh dengan lebih terperinci; penubuhan satu jawatankuasa khas telah diwujudkan.
  • Oleh kerana tidak memiliki sijil permit permbinaan yang sah; projek pembinaan di lereng bukit telah pun diberhentikan oleh pihak berkuasa.

Contoh Karangan Berita PT3 (3)

Lembah Klang , 26 April – Satu sindiket mencuri kereta di sekitar kawasan Lembah Klang telah berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polis. Beberapa buah kereta curi hasil telah berjaya dikesan oleh pihak polis daripada serbuan yang dijalankan.

                    Mengikut kenyataan daripada jurucakap polis, sindiket itu telah mula disiasat sejak beberapa minggu yang lalu. Menurutnya lagi, beberapa orang juga turut ditahan bagi siasatan lanjut kes itu.

                    Serbuan telah dilakukan  di sebuah bengkel lama membaiki motor terpakai di Jalan Meru. Serbuan ini dilakukan selepas hasil daripada maklumat dan informasi daripada orang ramai. Dalam serbuan itu, tujuh orang berjaya ditahan. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik. Kepingan-kepingan pintu kereta yang dicuri telah dijumpai oleh pihak polis. Hasil serbuan di bengkel tersebut, beberapa nombor plat terkini setiap negeri yang belum didaftar dan palsu turut ditemui.

                    Sementara itu, gerakan pencarian seorang lelaki yang bernama Samyvellu sedang giat dijalankan oleh polis yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan kes pencurian kereta ini. Orang ramai diminta untuk tampil membuat kenyataan polis sekiranya mempunyai maklumat atau ternampak kelibat mengenai lelaki berkenaan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia