≡ Menu

Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM



Contoh Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM

Mypt3 boleh katakan bahasa Istana cukup indah dan klasik. Bahasa Istana ini jikalau boleh jangan dibiarkan hilang ditelan zaman.

bahasa istana pt3

Ia harus dipopularkan dan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia KPm yang menekankan tahap kefahaman bahasa Istana PT3 dikalangan pelajar Tingkatan 3 yang menduduki Peperiksaan PT3 2016 harus dipuji.

Sekurang-kurangnya, pelajar-pelajar diberikan peluang menelaah sebaik mungkin untuk dijawab dalam soalan Bahasa Melayu PT3 BM yang diberikan nanti.

Di bawah ini dikongsikan senarai Bahasa Istana PT3 yang boleh anda semak berserta dengan maksudnya yang MYpt3 perolehi daripada Kamus Bahasa Melayu.

Senarai Bahasa Istana PT3 : Sumber Kamus Bahasa?

  1. ampun kurnia- maaf
  2. anugerah- beri/ hadiah
  3. baginda- dia (rakyat menyapa raja)
  4. beradu- tidur
  5. berangkat- berlepas
  6. bercemar duli- pergi ke/ berjalan
  7. berkenan- suka akan
  8. berputera- beranak
  9. bersiram- mandi
  10. bertitah- berkata
  11. beta- saya (raja)
  12. daulat- bahagia
  13. gering- sakit
  14. hulu- kepala
  15. kurnia- beri / hadiah
  16. mahkota- topi
  17. makam- kubur
  18. mangkat- mati
  19. murka- marah
  20. patik- saya(rakyat menghadap raja)
  21. peraduan- tempat tdur
  22. permaisuri-isteri
  23. santap- makan
  24. semayam- duduk/tinggal
  25. singgahsana- kerusi
  26. bersabda- berkata
  27. hari keputeraan- hari jadi
  28. iram2- payung
  29. kaus- kasut
  30. menghadap- menjumpai
  31. putera- anak lelaki
  32. puteri- anak perempuan
  33. sembah- memberi salam

Di bawah ini juga dikongsikan bersama lagi gambar yang mengandungi tambahan bahasa Istana untuk anda teliti dan fahaminya. Semak satu persatu gambar di bawah…

Diharap anda teliti dan praktiskan sehingga mahir. Semoga berjaya untuk anda.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh contoh Peribahasa PT3 Bahasa Melayu Contoh contoh Peribahasa PT3 Bahasa Melayu Kami akan berkongsi anda beberapa contoh terbaik peribahasa PT3 yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: