≡ Menu

Bagaimana Cara Pembayaran Caruman KWSP Suri Rumah

Bagaimana Semak Cara Pembayaran Skim Caruman KWSP Suri Rumah. Bayaran Caruman Kwsp untuk Suri Rumah

Berita baik untuk golongan suri rumah. Dalam usaha memperkasakan dan meningkat martabat wanita di Malaysia, kerajaan baru di bawah pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (kpwkm.gov.my) melaksanakan satu skim yang membela nasib golongan wanita di malaysia terutamanya kelompok suri rumah, janda dan juga ibu tunggal di Malaysia.

kwsp suri rumah

Berdasarkan manifesto Pakatan Harapan selepas menang pilihanraya umum yang lalu, mereka ada berbuat janji ini.

Sekarang tiba masa untuk mereka menunaikan janji mereka untuk melaksanakan skim  caruman kwsp suri rumah.

Ini antara gambaran awal yang boleh anda perhatikan bersama :

  1. hanya untuk golongan wanita yang terdiri suri rumah, ibu tunggal dan golongan janda
  2. golongan suami buat caruman dari gaji dan pendapatan bulanan sebanyak 2 peratus
  3. Manakala kerajaan akan sumbang RM50 setiap bulan

Bagaimana Cara Bayaran Caruman KWSP Suri Rumah

Seperti yang dijanjikan kerajaan telah pun melancarkan program ini dan mendedahkan butiran bagi skim ini yang mana terbahagi kepada 3 fasa. Jika yang tiada akaun KWSP boleh buka akaun anda. Mulakan dengan serendah RM5.

Fasa Tarikh Butirannya
Fasa 1 Bermula 15 Ogos Kerajaan akan lakukan bayaran Rm40 ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja anda setiap bulan. Anda boleh tambah RM5 setiap bulan.
Fasa 2 Bermula tahun 2019 Kerajaan akan terus bayar RM40 ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja anda manakala RM10 lagi ke akaun SOCSO Perkeso anda. Jumlah ada RM50 setipa bulan
Fasa 3 Bermula tahun 2020 2 peratus daripada bayaran caruman KWSP suami anda akan diberikan dan disalurkan ke akaun suami anda

 

Syarat Kelayakan Terima Skim KWSP Untuk Suri Rumah

kwsp untuk suri rumah

  1. Pastikan nama anda tersenarai dalam senarai nama ekasih
  2. Ini kerana kerajaan akan menggunakan senarai nama dalam sistem ekasih untuk menyalurkan sumbangan bagi bayaran KWSP suri rumah ini
  3. Ini bermakna jikalau anda masih belum melakukan pendaftaran lagi, sila daftar sekarang melalui pautan di bawah ini :
Perkara Butitannya
Akses Portal Pembasmian Kemiskinan ekasih KLIK SINI

 

Ayuh, jangan berlengah lagi.

Cara pembayaran Caruman KWSP Suri Rumah

  • Kerajaan akan salurkan bayaran caruman ke akaun anda pada setiap bulan
  • Anda hanya perlu check sahaja setiap bulan

P/S : Dalam pada masa yang sama suri rumah yang merupakan isteri pertama, isteri kedua juga telah diberikan perhatian untuk pemberian skim ini

PP/S : Kami menyokong penuh usaha dan cadangan ini dilaksanakan. Ia memberikan hak kepada golongan isteri yang dilihatkan dibiarkan terkapai-kapai apabila berlakunya masalah dalam rumahtangga dengan pasangan masing-masing

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Cara Semakan eKasih : Daftar Bantuan Sara Hidup di Portal E-Kasih Semakan eKasih dan Daftar bantuan sara Hidup di Portal E-Kasih Online Sekarang kos sara hidup di Malaysia terus melambung tinggi. Bagi meringankan be...
Berita Program Sukarela Insentif (SURI) : Sumbangan Caruman Dari Kerajaan Berita Program Sukarela Insentif (SURI) : Sumbangan Caruman Dari Kerajaan untuk ibu tunggal, suri rumah, balu, janda Tahniah kepada anda semua yang t...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com