≡ Menu

Pengumuman Bonus Raya 2018 Untuk Kakitangan Awam

Pengumuman Bonus Raya 2018 Untuk Kakitangan Awam dan bantuan khas raya penjawat Awam Aidilfitri

Dahulu orang tidak kisah sangat pengumuman seperti ini. Yelah, dapat pun berapa je sebenarnya. Tetapi semenjak, pesta berlumba-lumba untuk penjawat awam menjelang Hari raya Aidilfitri antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan negeri yang lain yang dipimpin pembangkang, masing-masing mahu berikan bayaran yang terbaik.

bonus raya kakitangan awam

Mari kita buat perbandingan bayaran di setiap negeri di malaysia.

Senarai Bayaran Bonus Raya 2018 di Seluruh Malaysia

Mari sama-sama kita semak berapa yang anda dapat mengikut negeri anda masing-masing

Negeri Jumlah bayaran Tarikh pembayaran bonus
Kerajaan Malaysia RM400 untuk penjawat awam dan RM200 untuk pesara kerajaan 6 Jun 2018
Kerajaan Selangor Bonus sebulan gaji (kakitangan Selangor) dan RM1000 untuk kakitangan persekutuan 25 Jun 2018
Kerajaan Melaka RM1000 15 Jun 2018
Kerajaan Johor RM1000
Kerajaan Sarawak
Kerajaan Sabah
Kerajaan Kelantan
Kerajaan Terengganu
Kerajaan Perlis
Kerajaan Kedah Akan ada
Kerajaan Penang RM1000 6 Jun 2018
Kerajaan Pahang Akan ada
Kerajaan Negeri Sembilan Akan ada
Kerajaan Perak

 

Sejarah Bonus Raya di Malaysia

Pekeliling bantuan raya penjawat awam 2018 anda boleh semak sekarang ini

Tahun Penjawat awam Pesara Kerajaan
2018 RM400 untuk gred 41 dan ke bawah RM200

Apa Kesan Pengumuman Bantuan Raya Penjawat Awam

1. Pembayaran bonus raya tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak membantu terutamanya penjawat awam yang beragama Islam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah

2. Apabila penjawat awam berbelanja ia sekaligus memberikan pusingan dan aliran duit tersebut di pasaran, iaitu dikalangan peniaga, dikalangan anak-anak buah, dikalangan masyarakat. Ini sedikit sebanyak membantu menaikkan kuasa beli menjelang Hari raya

3. Dalam sudut politik, pengumuman siapa dan negeri mana yang bayaran bonus raya lebih baik akan memberikan satu mata tambahan di mata rakyat di mana hasil yang dikutip oleh kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan dipulangkan dengan saksama kepada rakyat Malaysia

4. Ia sebenarnya akan memberikan tonik dan semangat untuk memberikan yang terbaik daripada segi servis yang diberikan mereka. Apabila melihatkan usaha dan pengorbanan mereka memberikan perkhidmatan terbaik di sektor awam dihargai

P/S : Di era jumlah hutang negara Malaysia yang tinggi, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk jumlah pengumuman bonus raya di Malaysia

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Berita Tarikh Bonus 2018 : Bila Pembayaran Untuk Penjawat Awam Tarikh Bonus 2018 : Bila Pembayaran Untuk Penjawat Awam. Bayaran kepada kakitangan kerajaan Berbanding pekerja swasta jikalau prestasi syarikat masin...
Sejarah Tahun 2013 Hingga 2018 Bonus Penjawat Awam Bonus Penjawat Awam. Sejarah Tahun 2013 Hingga Tahun 2018 Saranan Cuepacs adalah bonus penjawat awam dua bulan gaji yang wajar dipertimbangkan oleh k...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com