≡ Menu

Berita : Bank Negara Melancarkan Sistem Online eCCRIS

Bank Negara Melancarkan Sistem Online eCCRIS

Berita baik kepada semua di mana Bank Negara Malaysia telah pun melancarkan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat secara online atau dikenali dengan sistem eCCRIS, yang dapat membantu pengguna seperti anda mampu menguruskan kewangan dan tanggungjawab pinjaman yang telah dibuat dengan lebih baik.

bank negara eccris

Dengan sitem online, anda sebagai pengguna sistem online mempunyai akses untuk menguruskan kedudukan kredit anda sekaligus mampu meningkatkan tahap kelayakan kredit kewangan anda sendiri.

  • anda mampu pantau andaikata berlakunya kecurian identiti anda sendiri daripada masa ke semasa
  • melakukan semakan jikalau ada berlaku kesilapan maklumat yang terdapat dalam laporan CCRIS

Sistem online eCCRIS yang mula diperkenalkan pada bulan Januari, disediakan dan ditawarkan secara percuma. Ia membolehkan orang ramai memperoleh laporan kredit, yang memaparkan perincian sejarah pembiayaan dan pembayaran pinjaman selama ini seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan pendidikan, selama 12 bulan yang terakhir.

Maklumat yang diperoleh dari institusi kewanganakan dikemaskinikan secara bulanan. Sebelum ini, individu hanya boleh mendapatkan laporan CCRIS mereka dari agensi penarafan kredit langsung atau Bank Negara.

Cara Untuk Daftar Sistem ECCRIS

1) Untuk mendaftarkan perkhidmatan ini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Negara atau Cawangan Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) di seluruh negara untuk membuat pendaftaran.

2)  Identiti anda perlu disahkan di kiosk CCRIS menggunakan MyKad  dan pengesahan biometrik serta mendaftarkan nombor telefon yang sah

3) Pengguna akan menerima PIN enam digit pada telefon bimbit mereka, yang akan digunakan untuk login pada sistem eccris.

4) ID pengguna dan kata laluan boleh mula ditetapkan, pilih imej dan pilihan soalan keselamatan anda berserta dengan jawapan.

5) Selepas itu, anda sudah boleh mengakses eCCRIS pada bila-bila masa.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Berita : Hutang PTPTN Tidak Beban Peminjam Beli Rumah Berita : Hutang PTPTN Tidak Beban Peminjam Beli Rumah Jikalau sebelum kalangan yang meminjam tabung pendidikan Tinggi Nasional PTPTN menghadapi halan...
Cara Dapat Report Kredit Dengan Check CCRIS via eCCRIS Cara Dapat Report Kredit Dengan Check CCRIS via eCCRIS Ramai yang mengeluh hari ini apabila permohonan demi permohonan pinjaman yang dihantar ke piha...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com