≡ Menu

Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah

Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah

Bangunan bersejarah Terengganu yang paling popular dan terkenal adalah bangunan Istana Maziah.

bangunan bersejarah terengganu

Bangunan Bersejarah Terengganu : Sejarah Pembinaan Istana Maziah

Bangunan Istana Maziah ini terletak di Kuala Terngganu, Terengganu. Ia terletak di pinggir Bukit Puteri yang kedudukannya menghala ke arah Laut China Selatan. Istana ini menjadi lambang kebesaran dan agung bagi negeri Terengganu.

Istana dua tingkat ini merupakan bangunan bersejarah Terengganu yang sangat menarik dan indah dan bersejarah bagi negeri Terengganu dan seluruh warga negeri itu.

Pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, istana ini telah dibina. Mengikut catatan sejarah dahulu, pada tahun 1895, upacara peletakan batu asas istana ini telah dilakukan manakala selepas itu barulah pembinaan istana dilakukan.

Walau bagaimanapun beberapa ketika pembinaan Istana Maziah ini tergendala dan akhinya pada tahun 1903 ia siap sepenuhnya.

Struktur / Senibina Istana Maziah

Tengku Chik Abu Bakar iaitu seorang arkitek yang terkenal di Terengganu pada ketika itu telah mengetuai pembinaan Istana Maziah ini. Arkitek terkenal ini juga merupakan ipar kepada Sultan Zainal Abidin III.

Engku Besar Paduka Raja dan Encik Muhammad bin Abdul Rahim telah membantu beliau dalam merangka pelan dan reka bentuk istana ini.

Tengku Besar Panglima dan Tengku Besar Paduka Indera telah menyelenggarakan urusan-urusan peralatan pertukangan dan kayu-kayan. Bagi pembinaan istana ini, kebanyakan kayu-kayan diambil dari daerah Dungun.

Terdapat pintu gerbang yang unik dan indah yang terletak dari arah hadapan istana yang asalnya dibina pada tahun 1887, iaitu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Terdapat juga sebuah panca persada berhampiran dengan pintu gerbang ini, yang dibina khas untuk upacara istiadat yang berkaitan dengan diraja dan sultan.

Reka bentuk dan seni bina bangunan bersejarah Terengganu yang unik dan menarik yang terdapat pada bangunan Istana Maziah ini tetap menjadi warisan budaya dan lambang kebanggaan pusaka yang tidak ternilai harganya untuk dibandingkan. Istiadat-istidat pertabalan, upacara diraja serta peristiwa-peristiwa lain yang bersejarah bagi negeri Terengganu banyak berlangsung di Istana Maziah ini.

Tujuan Pembinaan Istana Maziah

Pembinaan istana ini telah dititahkan oleh Sultan Zainal Abidin untuk menggantikan Istana Hijau yang terletak berdekatan dengan Istana Maziah. Istana Hijau ini telah dibina dalam tahun 1879 oleh Sultan Omar.

Khidmat 20 orang tukar mahir dan berpengalaman daripada orang-orang Melayu dan Cina digunakan untuk pembinaan istana.

Bagaimanapun, buat beberapa ketika, pembinaan istana ini pernah tergendala dan terbengkalai kerana masalah kewangan tetapi pada akhirnya ia mampu disiapkan  dan telah berlangsungnya upacara istiadat ‘naik istana’ pada bulan Ogos 1903.

Istana Maziah telah diperbaiki dan dicantikkan lagi pada zaman pemerintahan sultan-sultan yang terkemudian walaupun ia telah siap dibina. Beberapa pindaan untuk memperluaskan lagi bangunan bersejarah Terengganu ini telah diadakan pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Nazaruddin Shah dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Fungsi / Pemulihan Bangunan

Kini, bangunan bersejarah Terengganu seperti Istana Maziah masih terpelihara dan berdiri teguh dengan keaslian reka bentuk bangunannya dan menjadi mercu tanda penting dan kebanggaan bandar Kuala Terengganu.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibr... Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 2016 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada se...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: