≡ Menu

Bangunan Bersejarah Di Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin



Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin

Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor yang masih samar-samar lagi untuk mengkaji bangunan bersejarah di tempat anda, anda boleh memilih bangunan Istana Bandar untuk dimasukkan di dalam bahan kajian dalam kerja kursus PT3 2016 anda.

bandar bersejarah selangor

Diharapkan dengan sedikit perkongsian informasi di bawah ini dapat membantu anda dalam menyiapkan tugasan kerja sejarah PT3 dengan sukses cemerlang.

Bangunan Bersejarah Selangor : Sejarah Istana Bandar / Alaeddin

Istana Bandar ataupun dikenali sebagai Istana Alaeddin terletak di daerah Kuala Langat Mukim Bandar. Pada tanah seluas 12.96 ekar, istana ini telah dibina. Istana ini terletak jauhnya 20km dari Bandar Banting dan berdekatan dengan Masjid Sultan Alaeddin.

Latar Belakang Bangunan

Pada penghujung abad ke-19, Istana Bandar ini mula dibina pada tahun 1905, ia siap sepenuhnya.

Struktur / Senibina Bangunan

Struktur binaan Di dalam istana ini dikatakan mempunyai 15 buah bilik dan senibina ini diambil dari adunan dan gabungan senibina Islam Timur Tengah dan India.

Tukang-tukang Cina yang mahir dan berpengalaman turut sama terlibat dalam membina istana ini. Unsur-unsur atau elemen ragam hias dan seni ukuran pengaruh Cina telah diterapkan pada bangunan ini.

Selain itu, bangunan bersejarah Selangor ini turut mempunyai kolam-kolam yang kedudukannya terletak di bahagian hadapan istana dan lanskap yang menarik dan indah. Disebabkan pemindahan pusat pemerintahan ke Kuala Lumpur, istana ini telah ditinggalkan selepas merdeka tahun 1957.

Tujuan Pembinaan Bangunan

Baginda Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah bersama Hajjah Safiah, permaisuri baginda telah menggunakan bangunan  ini sebagai tempat bersemayam sehinggalah pada tahun 1889, baginda mangkat. Istana ini juga fungsinya pada masa dahulu sebagai tempat pertabalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah iaitu sebagai sultan ke-7 untuk Negeri Selangor Darul Ehsan pada tahun 1926.

Fungsi / Keadaan Bangunan

Istana ini pernah dijadikan sebagai Pusat Kraftangan Daerah tetapi oleh kerana kurang mendapat sambutan, ia telah dikosongkan semula

Bangunan bersejarah Selangor ini juga telah mengalami pembaikan pulih semua pada tahun 1988 kerana kerosakan yang teruk. Kemudian, ia pernah dijadikan untuk Pusat Tahfiz Al-Quran oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibr... Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 2016 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada se...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: