≡ Menu

Bangunan Bersejarah Di Pahang Sejarah Pt3 : Struktur Muzium Sultan Abu Bakar

Bangunan Bersejarah Di Pahang Sejarah Pt3 : Struktur Muzium Sultan Abu Bakar

Pada kali ini, kami di MyPT3 akan menulis berkenaan dengan salah satu bangunan bersejarah di Pahang iaitu Muzium Sultan Abu Bakar. Muzium Sultan Abu Bakar ini adalah antara tinggalan bangunan bersejarah bagi negeri Pahang Darul Makmur.

bangunan bersejarah pahang

Bangunan bersejarah Pahang ini sangat popular kerana mempunyai sejarahnya yang unik dan tersendiri.

Dengan keunikan sejarah inilah, pelajar PT3 yang tinggal berdekatan sekitar negeri Pahang atau berhampiran dengan Pekan, Pahang boleh mengambil kesempatan ini membuat kajian sejarah PT3 2016 tentang sejarah bangunan Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah anda.

Bangunan Bersejarah Di Pahang : Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Pekan, Pahang.

Latar Belakang Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium ini merupakan sebuah binaan bangunan lama yang tersimpan seribu sejarah yang menarik dan tersendiri.

Dalam tahun 1948, DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar telah menduduki bangunan ini sebagai menggantikan Istana Sri Terentang.

Kemudian, bangunan ini dikenali dengan nama Istana Kota Beram iaitu tempat baginda bersemayam dan menjalankan upacara-upacara dan istiadat yang lain.

Disebabkan kedudukan ruang-ruang di dalam istana yang agak terhad, bangunan tambahan telah dibina oleh kerajaan negeri untuk dijadikan sebagai Balairung Seri pada tahun 1954.

Struktur / Senibina Bangunan

Pada asalnya, struktur bangunan muzium ini hanyalah bangunan kayu dua tingkat yang dibina pada tahun 1888 oleh Inggeris, yang merupakan tempat kediaman rasmi J.P. Rodger iaitu Residen British Pertama di Pahang.

YAB Perdana Menteri Tun Haji Abdul Razak telah mengusulkan supaya Muzium Pahang diwujudkan dalam pertemuannya bersama dengan penduduk Pekan, Pahang pada tahun 1970. Tujuan ia muzium ini diwujudkan bagi mengumpul dan mempamerkan kesemua sejarah dan kebudayaan negeri Pahang.

Susulan daripada itu, pada tahun 1974, kajian keperluan untuk menubuhkan Muzium telah dibuat oleh Kerajaan negeri Pahang dan pembentukan satu Jawatankuasa Kerja telah dilaksanakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian Istana Kota Beram kepada Muzium Negeri.

Kemudiannya, muzium ini telah dinamakan dengan nama Muzium Sultan Abu Bakar iaitu bersempena Istana yang pernah Baginda bersemayam.

Tujuan Pembinaan Bangunan

Ibu negeri Pahang telah dipindahkan dari Pekan ke Kuala Lipis pada tahun 1898 dan bangunan bersejarah Pahang ini dijadikan sebagai tempat penginapan Residen-residen Inggeris yang bertandang untuk menjalankan tugasan rasmi di bandar Pekan.

Struktur Bangunan kayu yang pada asalnya telah digantikan dengan bangunan batu dua tingkat pada tahun 1929 dan sehinggalah kini ini ia masih kekal dengan binaan bangunan batu dua tingkat seperti yang kita lihat sekarang ini.

Bangunan bersejarah Pahang ini digunakan dan dijadikan sebagai markas pegawai-pegawai tentera Jepun ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Fungsi / Keadaan Bangunan

Majlis Perundangan Negeri Pahang telah meluluskan satu Enakmen pada tahun 1975 dan pada tanggal 14 Ogos 1975 pula, ia telah diwartakan oleh Kerajaan.

Melalui enakmen ini, satu badan pentadbiran muzium telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang yang dikenali sebagai Lembaga Muzium Negeri Pahang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting terhadap pengurusan muzium ini.

DYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang, telah berkenan menyempurnakan pembukaan rasmi bangunan Muzium Sultan Abu Bakar pada tarikh 21 Oktober 1976.

Sejak dari itu, pengumpulan dan pameran kesan dan tinggalan sejarah serta kebudayaan tradisional negeri Pahang giat dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar ini.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada senarai...
Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Struktur Senibina Pintu Kota, Istana Bala... Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Struktur Senibina Pintu Kota, Istana Balai Besar Berikut di bawah ini MyPT3 akan kongsikan kepada anda tentang sala...
Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negar... Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara Terdapat begitu banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh di...


pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2018 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com