≡ Menu

Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara



Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara

Terdapat begitu banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh disenaraikan, salah satu contoh yang boleh didapati adalah Tugu Negara.

bangunan bersejarah kuala lumpur

Tugu Negara adalah antara tempat menarik dan bersejarah yang seringkali dilawati oleh pengunjung.

Pembinaan Tugu Negara ini sangat sinonim dengan warga Kuala Lumpur dan juga seluruh rakyat Malaysia sebagai tanda mengingati dan menghargai jasa dan pengorbanan perajurit-perajurit tanah air yang berkorban demi negara tercinta.

Oleh itu, kali ini kami akan menceritakan sedikit informasi mengenai latar belakang dan sejarah pembinaan Tugu Negara khususnya kepada pelajar PT3 yang kini pasti sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan sejarah PT3 2016 anda.

Bagi pelajar yang tinggal dan berada di Kuala Lumpur, anda boleh menjadikan bangunan Tugu Negara sebagai bahan kajian sejarah anda.

Bangunan Bersejarah Kuala Lumpur : Tugu Negara

Bangunan bersejarah Kuala Lumpur iaitu Tugu Negara ini terletak di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur iaitu bersebelahan dengan Taman Tasik Perdana.

Sejarah Binaan Tugu negara

Tugu Peringatan Negara ataupun lebih sinonim di kalangan rakyat sebagai Tugu Negara telah disiapkan pada tarikh 8 Februari 1966.

Struktur Binaan / Senibina Tugu Negara

Pada tahun 1966, bangunan bersejarah Kuala Lumpur merujuk kepada Tugu Negara ini telah dibina dan ketinggian tugu itu adalah setinggi 15 meter dan diperbuat daripada gangsa. Felix de Weldo, pengukir Austria adalah individu yang telah mereka bentuk struktur binaan tugu ini.

Pimpinan, persatuan, kekuatan, getir, siap sedia, pengorbanan dan kekuatan adalah lambang bagi setiap patung gangsa tersebut.

Tugu Negara Pernah Dibom

Pada 26 Ogos 1975, Tugu Negara telah dibom oleh pengganas komunis. Tunku Abdul Rahman, adalah antara penduduk yang mendengar letupan itu kerana tinggal berhampiran dengannya.

Namun penglibatan pihak komunis telah dinafikan oleh mereka dan menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan sendiri. Kerajaan telah dituduh terlibat oleh pihak komunis dalam letupan bom kerana secara sengaja merosakkan tugu tersebut. Alasan dan tuduhannya kerana pengubahsuaian semula patung tugu untuk menyerupai rakyat Malaysia boleh dilakukan dengan cara mengebom yang dikatakan patung-patung itu sebelumnya berhidung mancung yang persis dan mirip wajah orang barat-barat. Kononnya, dengan cara sedemikian Kerajaan tidak akan dituduh bersifat perkauman dan meletakkan kesalahan ke atas pihak komunis.

Fungsi / Keadaan Tugu

Bangunan bersejarah Kuala Lumpur ini dijadikan sebagai tanda penghormatan dan peringatan kepada pengorbanan dan jasa 11 ribu perajurit yang gugur dan terkorban dalam Perang Dunia Pertama (1914 hingga 1918), dan ketika Perang Dunia Kedua (1935 hingga 1942) dan juga semasa Darurat berlaku (1948 hingga 1960).

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibr... Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 2016 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada se...

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2016 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post: