≡ Menu
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sistem ASB Online : Bagaimana Cara Login MyASNB

Sistem ASB Online : Bagaimana Cara Login MyASNB

Dahulu punya cara memang legend. Bawa buku pelaburan ke mana-mana cawangan Amanah Saham Bumiputera yang berdekatan. Jikalau hilang buku pelaburan lagi parah. Perlu mohon semula, tunggu giliran jangan cakaplah cukup main lama lagi.

login myasnb

Sebab dahulu tiada agen ASB seperti Maybank, CIMB, RHB macam yang ada sekarang ini. Selepas itu dapatkan buku itu semula perlu tunggu 20 hari bekerja. Kalau tiada buku, memang tidak boleh keluar. Itu dahulu.

Sekarang ini cukup mudah.

Langkah demi Langkah Login MYASNB Online

1. Kepada anda yang belum ada lagi akaun MYASNB, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan ASB atau agen ASB seperti Maybank, CIMB, RHB yang berdekatan dengan anda. Minta dengan pegawai tersebut borang daftar MYASNB untuk anda isi nombor telefon anda yang terkini dan maklumat lain yang berkiatan serta isi nombor akaun ASB yang terbaru. Selepas isi borang tersebut, hantar kepada mereka semula

2. Anda sudah boleh register dan daftar akaun ASB online

Perkara Butirannya
Register dan Login MYASNB KLIK SINI

 

3. Anda isikan maklumat nombor kad pengenalan anda, produk ASNB yang inginkan untuk lakukan semakan.

4. Masih ingat lagi nombor telefon yang anda daftar untuk buka akaun asb online semasa isi borang? Nah…pada langkah ini nombor keselamatan aka nombor TAC akan terus dihantar ke telefon bimbit ini untuk langkah seterusnya semasa proses pendaftaran.

3 Kelebihan Sistem ASB Online MYASNB

  1. Kalau nak keluar duit dari akaun ASB anda cukup mudah. Hanya perlu bawa IC iaitu kad pengenalan anda sahaja.
  2. Dengan dunia digital hari ini, anda sudah tidak perlu risau lagi buku pelaburan anda hilang dan tidak perlu bawa buku pelaburan ke mana-mana untuk urusan yang berkaitan seperti dahulu
  3. Anda sudah boleh check dan semak baki akaun asb online anda yang terkini terus dari komputer atau telefon bimbit anda

Walaubagimanapun semakan kami menunjukkan yang sistem online ini belum ada kemudahan untuk anda melakukan pindahan duit dan wang pelaburan ASB anda dari sistem MYASNB ke mana-mana akaun bank CIMB, Maybank, RHB anda. Belum ada lagi.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Pengumuman Agihan Dividen ASB : Cara Pengiraan Ter... Pengumuman Agihan Dividen ASB 2018 untuk pengeluaran 2019 : Cara Pengiraan Terbaik Kami pasti ramai di sini yang melakukan simpanan di Amanah Saham B...
Pengumuman Dividen Tabung Haji 2017 : Tarikh Kelua... Pengumuman Dividen Tabung Haji 2017 : Tarikh Keluar Tahun 2018 Sekarang ini dianggarkan sejumlah 600,000 yang menyimpan duit simpanan masing-masing d...
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

pt3

PERHATIAN! Jikalau anda pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Tingkatan 3, anda dijemput untuk sertai Study Group Facebook PT3 2017 dengan cara KLIK SINI.

1) Berbincang dan bertanya secara terus secara ekslusif dengan rakan-rakan online yang lain
2) Mengetahui soalan ramalan, contoh soalan dll
3) Tips persediaan menghadapi peperiksaan besar PT3
4) Semuanya adalah PERCUMA. Sertainya sekarang…

Next post:

Previous post:

Pt3 2018 by Mypt3.com

Pt3 2018 by Mypt3.com